Bila sebuat pasal kopi ais, terbayang segelas kopi sejuk yang pekat, sedikit pahit, tak terlalu manis dan penuh rasa lemak. Memang nikmat dapat menikmati minuman sebegini. Andai dibeli di kafe tersohor mahupun di restoran mamak, harganya boleh tahan. Sedangkan cara membuatnya cukup mudah. Benda yang boleh jimat, kenapa tidak kan? Jom buat segelas guna resipi perkongsian saudara Ben Safwan. Pasti puas hati. Ramai yag dah cuba dan puji. Anda pun jangan lupa untuk rasa tau. Mudah sahaja cara dan bahannya.
RESIPI KOPI AIS KAW PALING SEDAP. BANCUH SENDIRI JE
1.Reneh 1/2 cawan air biar mendidih. Tutup api. 2. Masukkan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. 3. Tapis dan tuang masuk air kopi tadi ke dalam jug. 4. Masukkan 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat ke dalam jug.
Ads
5. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun.
6. Simpan bancuhan kopi kaw dalam freezer atau boleh terus dinikmati.
Jantung adalah organ yang berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ia terdiri daripada empat ruang iaitu dua atrium (ruang atas) dan dua ventrikel (ruang bawah).
Jantung memainkan peranan penting dalam sistem peredaran darah, mengedarkan oksigen dan nutrien ke sel-sel tubuh serta membuang karbon dioksida dan bahan buangan. Ia juga membantu mengekalkan tekanan darah yang stabil. Oleh itu amat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan jantung di tahap yang paling optimum.
Memilih makanan yang penuh khasiat dapat menyokong kesihatan jantung yang baik. Antara ciri-ciri makanan yang diperlukan untuk jantung yang sihat termasuk:
1.KAYA DENGAN LEMAK BAIK SEPERTI OMEGA-3
Makanan yang mengandungi Omega-3 membantu dalam menurunkan risiko penyakit jantung, mengurangkan keradangan serta menurunkan tekanan darah.
2.TINGGI SERAT
Makanan yang berserat tinggi membantu menjaga jantung dengan cara menyerap kolesterol dan mengeluarkannya dari badan serta mengawal gula dalam darah.
3.TINGGI VITAMIN DAN MINERAL
Untuk dapatkan jantung yang sihat, anda harus memastikan sumber makanan yang diambil tinggi dengan kandungan vitamin dan juga mineral seperti Kalium, Magnesium, Vitamin D, Vitamin B, Vitamin B6, B12 dan folat.
4.KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN
Makanan tinggi antioksidan memberi manfaat kepada kesihatan dari segi membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel, mencegah penyakit kronik, menyokong sistem imun, mengurangkan keradangan, menjaga kesihatan kulit dan meningkatkan fungsi otak.
Coenzyme Q10 atau nama singkatannya CoQ10 merupakan antioksidan yang membantu jantung mengekalkan kekuatan otot dan menjana tenaga. Ia boleh didapati dalam jumlah yang kecil pada ikan, bijirin penuh, daging dan banyak lagi.
5.RENDAH LEMAK TEPU, KOLESTEROL & NATRIUM
Pengambilan makanan tinggi lemak tepu dan kolesterol akan meningkatkan tahap kolesterol jahat (LDL) dalam darah yang berisiko menyebabkan penyakit jantung. Manakala pengambilan natrium yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah yang juga meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.
Cara paling mudah untuk dapatkan jantung yang sihat adalah menerusi pengambilan makanan yang tinggi Omega-3 dan CoQ10.
Memasukkan makanan-makanan ini dalam diet harian dengan sukatan yang tepat dapat membantu menjaga kesihatan jantung serta fungsi sel dengan lebih baik sekaligus menjana tubuh badan yang lebih cergas.
1.BUAH-BUAHAN:
•Buah-buahan seperti beri, epal dan pisang kaya dengan antioksidan dan serat.
2. SAYUR-SAYURAN:
•Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kale serta sayuran berwarna seperti brokoli dan lobak merah memberikan vitamin dan mineral penting.
3. IKAN BERLEMAK:
•Ikan seperti salmon, mackerel, dan sardin mengandungi asid lemak omega-3 yang baik untuk jantung.
4. KACANG DAN BIJI-BIJIAN:
•Badam, walnut, kacang tanah dan chia seed mengandungi lemak sihat dan serat.
5.BIJIRIN PENUH:
•Oat, quinoa, dan beras perang membantu menurunkan kolesterol dan menstabilkan gula darah.
6.MINYAK ZAITUN:
•Minyak zaitun extra virgin (extra virgin olive oil) kaya dengan lemak tak tepu yang baik untuk jantung.
7. COKLAT GELAP:
•Mengandungi flavonoid yang baik untuk kesihatan jantung dan boleh diambil dalam jumlah sederhana.
Tahukah anda tubuh manusia tidak menghasilkan sendiri Omega-3? Ia diperoleh dari sumber-sumber makanan yang mengandungi Asid Lemak Omega-3.
Salmon, sardin, mackerel, kacang walnut, chia seed, flax seed adalah makanan yang kaya dengan omega-3. Malah alga dan rumput laut juga adalah sumber Omega-3 yang baik untuk vegetarian dan vegan.
Berlainan pula dengan CoQ10. Ia adalah sebatian yang dihasilkan secara semulajadi dalam tubuh dan berfungsi sebagai antioksidan dan memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga.
CoQ10 membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan dan menyokong kesihatan jantung, fungsi otak serta sistem imun.
Bila semakin berumur, tahap CoQ10 dalam tubuh akan semakin berkurangan. Tahap CoQ10 yang rendah berkemungkinan meningkat risiko penyakit berbahaya.
Gaya hidup warga kota yang sibuk, ada kalanya menyukarkan kita untuk menikmati sajian yang sempurna. Jangan risau! Anda boleh dapat sumber CoQ10 & Omega-3 yang cukup dan mudah menerusi pengambilan makanan tambahan (food suppliment) yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi farmasi-farmasi berdaftar di seluruh negara.
Penyakit jantung adalah penyebab kematian paling tinggi di Malaysia dan dengan pengambilan Omega 3 serta CoQ10 boleh membantu anda untuk kekal sihat.
Blackmores, syarikat dari Australia yang khusus dalam penghasilan produk suplemen kesihatan & nutrisi amat fokus dalam usaha menyampaikan informasi ini kepada masyarakat di semua lapisan umur.
Oleh itu sempena Hari Jantung Sedunia, Blackmores & Institut Jantung Negara (IJN) bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan kesihatan jantung di kalangan rakyat Malaysia.
Nak tahu lebih lanjut cara nak jaga kesihatan jantung? Jom datang beramai-ramai ke Aeon Mall, Shah Alam pada 24 -29 September 2024 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Blackmores akan berkongsi pelbagai ilmu mengenai kesihatan jantung dengan orang ramai melalui pelbagai aktiviti menarik yang telah diaturkan. Antaranya ialah ceramah kesihatan oleh pakar, agihan ‘sample’ produk percuma dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Jumpa anda disana ya!
Istimewa untuk anda, Blackmores juga kongsikan tiga resipi sihat yang mudah & sedap yang boleh anda masak untuk keluarga. Selamat mencuba!
1.SALMON PANGGANG BERSAMA KENTANG & BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
2 keping filet salmon
2 biji ubi kentang sederhana – potong dadu
1 cawan brokoli – potong kecil
2 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih – cincang
Garam dan lada hitam secukup rasa
Jus lemon (pilihan)
Sedikit mix herbs
Hirisan lemon
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Sediakan dulang pembakar yang dialas dengan kertas pembakar.
2. Ambil salmon dan gaulkan bersama sedikit garam, serbuk lada hitam dan mix herbs. Ketepikan seketika.
3. Dalam mangkuk, campurkan kentang dengan 1 sudu besar minyak zaitun, bawang putih, garam, dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
4. Susun kentang di dulang pembakar dan bakar selama 15 minit.
5. Sementara itu, masukkan brokoli ke dalam bekas. Gaulkan dengan 1 sudu besar minyak zaitun, garam dan sedikit serbuk lada hitam.
6. Setelah 15 minit, keluarkan dulang pembakar dari ketuhar, dan susun salmon di tengah-tengah dulang dan letakkan brokoli di sekelilingnya.
7. Bakar semula selama 12-15 minit atau sehingga salmon masak dan brokoli lembut.
8. Angkat dan hidangkan bersama hirisan lemon.
2.SUP AYAM BERSAMA SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam – dipotong
1 biji bawang merah – dicincang
2 ulas bawang putih – cincang
1 batang lobak merah – hiris
1 batang saderi – hiris
3 cawan air atau air rebusan ayam
2 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Daun sup secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan hirisan ayam dan masak hingga sedikit keperangan.
3. Masukkan lobak merah dan saderi. Masak hingga sayur sedikit lembut dan masukkan air. Masak lagi hingga sayur lembut.
4. Perasakan dengan sedikit garam dan juga serbuk lada hitam dengan secukupnya.
5. Tabur daun sup dan tutup api. Sup Ayam sedia untuk dinikmati.
3.AYAM PANGGANG BERSAMA TOMATO
BAHAN-BAHAN:
4 keping dada ayam
2 cawan tomato ceri – belah dua
4 ulas bawang putih – cincang
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu teh herba oregano kering
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit jus lemon
CARA MEMASAK:
1.Dalam mangkuk, campurkan minyak zaitun, bawang putih, oregano, garam dan serbuk lada sulah.
2.Lumurkan campuran ini ke atas ayam dan biarkan selama 15 minit.
3.Masukkan hirisan tomato ke dalam mangkuk kaserol dan susun ayam diatasnya.
4.Panggang dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 30-35 minit atau hingga ayam masak dan berwarna keemasan. Tomato akan lembut dan berair.
5.Keluarkan dari ketuhar, perah sedikit jus lemon dan sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Air Soyahomemade ni. Bagi yang gemar minum Air Soya boleh cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Rita Zul ni. Hanya guna 2 bahan sahaja. Sangat mudah untuk disediakan.
Enak dinikmati panas-panas. Nikmat rasanya. Jika suka minum sejuk, boleh sahaja tambah ais atau dinginkan dalam peti sejuk. Memang jimat banyak terutamanya bagi yang keluarga besar. Malah nak buat niaga pun boleh. Jom cuba!
INFO:
1.Kulit kacang boleh dibuang & boleh dikisar. Ini kerana kulitnya tidak banyak, lembut dan tiada masalah jika dikisar bersama.
2. Sukatan: 1 kg soya & 2 kg gula. Akan dapat 10 jug air soya seperti dalam gambar.
Resipi Sos Spagetihomemade yang sedap, mudah dan tanpa pengawet perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni memang kena cuba. Kalau anak-anak anda jenis peminat tegar pasta, seminggu 2-3 kali minta spageti, sos ni memang kena cuba buat. Jimat banyak. Malah sos ini juga sesuai buat anda yang gemar makan sos spageti yang kurang masam. Rasa dia tidak lah sepekat, masam dan berasid seperti di dalam tin. Rasanya lebih bersifat hambar tapi masih sedap dimakan. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
RESIPI SOS SPAGETI BOLOGNESE HOMEMADE GUNA TOMATO SEGAR
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SOS SPAGETI:
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan tomato, pilih buah yang merah ranum.
2. Hiris nipis bahagian luar buah tomato. Ia bertujuan untuk memudahkan proses mengupas kulit tomato nanti.
3. Kemudian rebus buah tomato tadi sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.
4. Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.
5. Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.
6. Seterusnya tapis tomato tadi untuk mendapat pes tanpa biji.
7. Ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti sejuk.
8. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam hingga masak.
9. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.
10. Akhir sekali boleh masukkan spageti yang telah direbus. Kacau sebati.
11. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan segera.
Hameediyah Ramadan 2026 tampil dengan promosi iftar nasi kandar, Briyani Buluh Kambing dan pakej open house Aidilfitri eksklusif. Tempah awal dan nikmati tawaran menarik!