Bangkit Keju Garing & Cair Di Mulut, Sedap Berkrim

Share

Biskut bangkit adalah kuih warisan legend yang disukai sejak dulu hingga kini. Tapi kini biskut bangkit selain dari bangkit santan dan kelapa turut juga mengalami inovasi.

Biskut Bangkit Keju lembut dan cair di mulut, bagi pencinta keju memang jadi favorite sangat lah kan.

Yang penting guna krim keju berkualiti dan tambah pulak keju cheddar dalam adunan..perggh memang sedap dan kaya dengan rasa keju. Sedap dikunyah ni tak payah tunggu raya…jom practice buat dari sekarang.

BISKUT BANGKIT CHEESE

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :
150gm krim keju Tantura (suhu bilik)
250gm buttercup (seketul)
1cawan gula halus/100gm
2biji kuning telur

**Satukan gula dan mentega dalam mesin pengadun dan pukul sampai putih, masukkan krim keju dan telur kacau sampai sebati )

Bahan diayak :
3 cawan tepung ubi kayu ( sangai )
2 1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder

1sk esen vanilla.
30gm keju cheddar parut. (Timbang yang buku kemudian parut halus)

CARA-CARA MEMASAK :

1. Masukkan bahan-bahan ayak ni dalam adunan A , keluarkan uli sampai tak melekat di jari.

2. Jika adunan lembik tambah sedikit demi sedikit tepung ubi ubi, masukkan parutan keju cheddar.

3. Dah uli , biarkan dalam bekas 30 minit.

4. Terapkan dengan acuan yang anda suka

5. Bakar suhu 170 darjah C api atas bawah, 30 minit . Betul garing ye, baru seda[,bila gigit terasa parutan keju tu.

Resipi : Cake House,Elyani Khai

Published by
Faridah Talib