Banyak Angin Dalam Badan? Susah Buang Air Besar? Amalkan Petua Ini In Sha Allah Berkesan!

Share

Kadang-kala apabila pemakanan tidak teratur, mula lah timbul masalah angin dalam badan, mahupun masalah susah membuang air besar atau sembelit. Jangan risau! Amalkan petua ini, In Sha Allah badan anda akan terasa lebih ringan dan tiada lagi masalah pencernaan. 

Bahan-Bahan 

  • Halba
  • Serai
  • Halia
  • Air secukupnya
  • Asam Jawa

Cara Penyediaan

Potong serai 2 batang kemudian ketuk-ketuk. Halia dalam 5 atau 6 hiris dan halba 1 sudu besar.

 

Masukkan air agak-agak untuk sekali minum dan muat untuk diletakkan ke dalam cawan.

 

Apabila air rebusan sudah tapis dalam cawan, masukkan asam jawa sedikit untuk bagi rasa masam-masam. Minum ketika masih suam. 

Kredit: Nasir Nasir 

Published by
Amanina