Campurkan limau kasturi bersama dengan kicap dan garam. Kacau kemudian diminum setiap pagi dan malam. Insya-Allah, batuk akan beransur pulih
HILANG SAKIT KEPALA
Ads
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
Cara pertama adalah dengan memerah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian. Manakala, cara kedua, adalah dengan menggosok limau kasturi yang telah dibelah dua terus pada kawasan yang berbau.
Ads
TURUNKAN BERAT BADAN
Perahan limau kasturi dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Seeloknya, teh itu panas suam kerana kesannya lebih cepat.
Amalkan meminum air ini dan insya-Allah, perut yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
Petua simpan lengkuas ni memang menjadi. Lengkuas kalau simpan dalam peti sejuk beku, memang kalau nak potong jadi keras macam batu. Kalau simpan dalam simpanan sayur di bahagian bawah, jadi kering & kecut pulak. Lengkuas ni pun bukan tiap hari kita guna dalam masakan. Cuba cara min share ni. Tahan lama & kondisi tip top. Barulah mudah nak masak. Caranya mudah sahaja. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah;
PETUA MUDAH SIMPAN LENGKUAS AGAR TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Lengkuas
Balang kaca
Air
CARA-CARA:
1. Bersihkan lengkuas dari kesan pasir dan kotoran. Jika saiz besar, potong menjadi saiz yang muat untuk diletak dalam balang kaca.
2. Masukkan lengkuas tadi ke dalam balang dan isikan air seperti dalam gambar. Sebaiknya guna balang kaca ( boleh guna balang sos spageti)
3. Tutup balang dengan penutup dan simpan balang tadi dalam peti sejuk dan keluarkan bila nak guna. Pastikan air dalam balang juga sentiasa ditukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
4. Hasilnya lengkuas yang disimpan akan kekal segar dan tidak kecut walaupun disimpan berbulan-bulan lamanya.
Sambal Belacan memang kegemaran ramai. Ada gabungan rasa pedas, masam dan penuh umami! Memang antara hero di meja makan kita. Nampak simple tapi kalau Sambal Belacan ‘padu’ rasanya, nasi putih pun boleh habis sepinggan tanpa lauk lain.
Ramai juga alami masalah Sambal Belacan cepat basi bila disimpan. Nak buat stok pun jadi was-was. Sebenarnya, ada cara mudah nak bagi Sambal Belacan tahan lebih lama dan kekal sedap walaupun dah berhari-hari simpan dalam peti. Jom kita lihat petuanya.
PETUA SAMBAL BELACAN TAHAN LAMA
1. Tumis Bahan Asas Terlebih Dahulu
Ramai suka sambal belacan segar, tapi versi tumis ni lebih tahan. Tumis cili, bawang dan belacan hingga garing. Keadaan ini membantu mengurangkan kelembapan dan elak kulat.
2. Gunakan Minyak Secukupnya
Minyak bertindak sebagai lapisan pelindung daripada udara dan bakteria. Bila Sambal dah siap, tuang lebihan minyak atas permukaan Sambal sebelum disimpan.
3. Limau Kasturi? Perah Masa Nak Makan Nanti
Asid dari limau buat Sambal cepat berair dan tak tahan lama. Nak Sambal rasa segar? Perah waktu nak makan nanti.
4. Simpan Dalam Bekas Kedap Udara
Bekas kaca yang disteril sangat disarankan. Letak dalam peti sejuk, boleh tahan 1–2 minggu.
Resipi Sambal Belacan (Versi Tumis)
Bahan-bahan:
15 tangkai cili merah/cili padi
1 biji bawang merah
1 sudu besar belacan bakar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak:
Tumis cili, bawang dan belacan hingga naik bau dan garing.
Kisar bahan tumis bersama air asam jawa.
Masak semula sambal kisar dalam kuali, tambah garam & gula ikut cita rasa.
Bila sambal mula pecah minyak, tutup api dan biar sejuk.
Jom belajar tanam tauge! Walaupun dikategorikan sebagai sayur yang murah, namun tauge mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan malah sangat enak dicampur ke dalam sup. Kalau nak tahu, tauge ni juga sangat mudah untuk dihasilkan. Bagi anda yang nak cuba hasilkan tauge sendiri, bolehlah ikuti teknik-teknik yang dikongsi oleh saudari Princess Zhaza Nasheema ini.
CARA TANAM TAUGE GUNA KOTAK AIR
BAHAN-BAHAN:
1 senduk penuh kacang hijau
1 bekas kotak air bersaiz besar
CARA-CARA:
1. Bersihkan kacang hijau dan toskan airnya.
2. Ambil kotak dan pada bahagian bawahnya, potong sedikit bahagian bucu. Ini bertujuan untuk membolehkan air mengalir keluar selepas disiram.
3. Masukkan kacang hijau ke dalam kotak dengan perlahan-lahan sehingga habis.
4. Siram kacang hijau tadi dengan air.
5. Boleh nampak air mengalir keluar kan? Biar seketika sehingga air habis keluar dan tidak bertakung di dalam kotak.
6. Letakkan kotak dalam kedudukan condong ke dalam satu bekas untuk menadah lebihan air yang mengalir keluar.
7. Keadaan tauge pada hari ke 4-5. Hasilnya sudah boleh dituai dan dinikmati.
Nota:
Sepanjang proses ini, air perlu disiram ke dalam kotak sebanyak 5 kali sehari. Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
Setiap kali selepas disiram, pastikan air tidak bertakung di dalam kotak. Ini kerana ia akan menjejaskan rupa tauge dan berbau kurang enak.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.