Sayangnya kalau orang zaman sekarang dah semakin melupakan kuih raya zaman dahulu. Mungkin ramai peminat tapi tak ramai yang tahu buat. Nah, RASA kongsikan resipinya supaya kuih ini kekal selamanya dan ramai yang masih tahu nak buat.

BATANG BURUK

Batang Buruk, Kuih Raya Lejen Tetap Diminati

IKLAN

BAHAN-BAHAN
300 gram serbuk kacang hijau
200 gram gula aising
½ biji santan kelapa
300 gram tepung gandum
150 gram tepung beras
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Sangai serbuk kacang hijau di dalam kuali sehingga bau wangi. Sejukkan dan kisar sehingga halus bersama gula aising. Ketepikan ramuan.
2. Panaskan santan sehingga mendidih. Kemudian tutup api dan sejukkan di dalam air. Masukkan santan dalam bekas yang bahagian bawahnya direndam dengan air sejuk.
3. Campurkan tepung gandum, tepung beras, telur ayam dan garam. Masukkan juga santan yang telah disejukkan tadi. Gaulkan semua sehingga menjadi doh yang tidak melekat. Canai nipis dan potong ikut saiz anggaran 2 cm X 3 cm. Gulungkan menjadi seperti silinder berlubang.
4. Panaskan minyak. Goreng doh tadi sehingga warna keemasan.
5. Setelah sejuk, sumbatkan dengan inti serbuk kacang hijau tadi.

IKLAN

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI