Bila terkenangkan kampung halaman, pastinya kita merindui masakannya juga. Buat Norfazida kuih tradisi seperti Batil Pisang ini sering mengingatkannya dengan emak yang sering membuat kuih orang banjar ni, kalau tak letak pisang mak akan letak nangka. Jadi kalau ada stok pisang di dapur, jomlah kita membuat kuih tradisi ini.
BATIL PISANG
Bahan lapisan bawah:
1 cawan pisang dilenyek kasar
(Saya letak lebih, 6 biji pisang berangan)
2 cawan santan cair
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula (Saya kurangkan)
Secubit garam
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan kecuali pisang. Blender hingga sebati. Tapiskan ke dalam bekas mengandungi pisang. Kacau sekata.
2.Panaskan periuk kukusan hingga air mendidih. Sapukan sedikit minyak pada loyang 9″. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
3.Kukus selama 20 minit.
Bahan lapisan atas:
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
½ sudu kecil garam
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan. Kacau sebati. Tapiskan ke dalam periuk/kuali. Masak sebentar hingga berwap.
2.Tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah masak. Boleh cakar-cakarkan sedikit permukaan bahagian bawah supaya melekat dengan elok dengan bahagian atas.
3.Kukus lagi selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu kuih sebelum dipotong untuk mendapat potongan kuih yang cantik.
4.Siap untuk dihidang.
Kredit : #norfazidagda
Guna Acuan Karipap. Mudah Je Buat Apam Puri Yang Lembut & Sedap
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Lauk Rendang Untuk Anda Yang Tiba-Tiba Teringin Nak Makan.
Hidangan rendang ni tak semestinya boleh hidang masa raya sahaja. Di hari-hari biasa pun boleh masak lauk rendang untuk dijadikan lauk makan tengah hari. Teringin nak merendang? Ini 6 resipi yang boleh dicuba hari ini.
1. RENDANG DENDENG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging pejal | dipotong agak besar
- 500gm bawang besar | dikisar
- 3-4 senduk cili kisar
- 1 keping asam gelugur
- 3 batang serai dititik
- 5cm halia | dititik
- 1 cawan kicap manis
- 750ml air rebusan daging
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk mengoreng daging dan menumis
CARA MEMASAK:
- Rebus daging di dalam periuk sampai empuk dan simpan air rebusan daging. Tos dan sejukkan.
- Hiris daging lawan urat (lebih kurang saiz 1”x1.5”). Tumbuk sekeping-sekeping daging yang telah dihiris dan perap daging yang ditumbuk dengan kicap selama 1 jam.
- Goreng daging dengan api sederhana dan toskan minyaknya.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang dan cili kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan serai, halia, asam gelugor dan air rebusan daging.
- Masukkan daging. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
- Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Guna daging batang pinang untuk mendapatkan daging yang mudah empuk
2. RENDANG AYAM PENCEN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
- 2 cawan pati santan
- 4 helai daun limau purut
- 2 helai daun kunyit | dimayang halus
- 3 sudu makan kerisik
- 1 liter air
- 3 senduk cili kisar
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
- 15 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 1cm lengkuas
- 1cm kunyit hidup
- 4 batang serai | dihiris halus
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum.
- Tambah bahan kisar halus dan cili kisar. Tumis sehingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api yang kecil dan kacau selalu.
- Masukkan ayam, gaul rata dan masukkan air. Masak lama sehingga ayam menjadi empuk.
- Tuang santan dan kerisik kelapa. Biar mendidih secara perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan garam dan gula secukupnya.
- Apabila kuah menjadi pekat, masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang dimayang halus. Kacau dan rasa. Pastikan rasa garam dan gula seimbang.
- Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Ayam pencen perlu direbus sehingga empuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan santan dan bahan-bahan rencah yang lain.
3. RENDANG UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 600gm udang harimau
- 2 helai daun kunyit | dihiris halus
- 2 senduk cili kisar
- 2 sudu makan gula melaka
- Garam secukup rasa
- 1 keping asam gelugur
- 1 cawan pati santan
- 2 sudu makan kerisik
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
- 8 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1cm halia
- 1cm lengkuas
- 2 batang serai | dihiris
- 2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tambah bahan kisar halus dan cili kisar. Tumis hingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan santan, kerisik, garam dan gula Melaka. Gaul rata. Bila mendidih, masukkan udang tadi bersama asam gelugur. Gaul rata dan masak hingga kuah menjadi pekat.
- Cuba dan pastikan rasa garam, gula dan masam seimbang. Tambah sedikit garam atau gula jika perlu.
- Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Masak seketika.
- Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Boleh juga menggunakan udang galah.
4. RENDANG KERANG
BAHAN-BAHAN:
- 400gm isi kerang
- 1 keping asam gelugur
- 1 cawan pati santan
- 2 helai daun limau purut
- 3 helai daun kunyit |sehelai disiat, dua helai dimayang halus
- 2 sudu makan penuh rempah kari ikan
- 2 senduk cili kisar
- 2 sudu makan penuh gula melaka
- 1 1/2 sudu makan kerisik
- 4 ulas bawang merah | dihiris
- 1 ulas bawang putih | dihiris
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
- 7 ulas bawang merah
- 2cm halia
- 1cm lengkuas
- 3 biji buah keras | dihiris
- 3 batang serai | dihiris
- 10 biji cili padi siam | boleh kurang atau tambah jumlahnya
- 2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Bancuh rempah kari ikan bersama-sama bahan kisar halus. Kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum dan keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
- Tambah pes rempah dan kacau rata. Masak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan isi kerang dan gaul rata. Tambah pati santan dan kerisik. Kacau dan masak hingga pekat. Tambah daun limau purut dan daun kunyit yang disiat. Gaul semua hingga rata, masak sekejap.
- Masukkan gula Melaka dan asam gelugur dan perasakan dengan sedikit garam. Kacau dan masak hingga rendang kering. Rasa dan pastikan rasa garam, gula dan masam seimbang.
- Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Isi kerang perlu dibersihkan dan dittos hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam rendang.
5. RENDANG PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
- 2 ikat pucuk ubi | dibersihkan
- 1/2 kg santan pekat
- 3 keping asam gelugur
- 5 batang serai | dititik
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
- 100gm ikan bilis
- 2cm kunyit hidup
- 10 ulas bawang merah
- 10 biji cili api
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan kisar halus, santan, serai, asam keping, garam dan gula secukupnya.
- Masak sehingga santan agak kering dan mengeluarkan minyak barulah dimasukkan pucuk ubi kayu tadi.
- Kacau sehingga kering dan pucuk ubi menjadi gelap dan garing.
- Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Guna puck ubi yang muda untuk hasil yang enak
6. RENDANG JANTUNG PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji jantung pisang bersaiz besar | dihiris kasar
- 2 cawan santan pekat
- 3 batang serai | dititik
- 2 sudu makan kerisik
- 1sudu makan air asam jawa pekat
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
- 15 tangkai cili kering
- 5 biji cili padi
- 7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- Segenggam udang kering
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan kisar halus dan santan ke dalam kuali dan masak sehingga santan pecah minyak dengan menggunakan api sederhana.
- Kemdian masukkan jantung pisang, air asam jawa, serbuk lada hitam dan kerisik.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sehingga sebati dan kering.
- Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
Info chef: Jantung pisang perlu dihiris kasar bagi mengelakkan ia menjadi terlalu hancur ketika dimasak rendang.
Cara Bancuh Tepung Untuk Cempedak Goreng. Peniaga 20 Tahun Kongsi Sukatan Yang Diguna
Musim buah cempedak masih lagi ada. Buah ini kalau digoreng memang sedap. Tapi jika beli, harga cempedak goreng ini memang mahal. Kebiasaannya ia dijual seketul RM1, sampai kita berkira nak beli.
Supaya puas makan dan lebih jimat eloklah beli saja cempedak sebijik dan goreng sendiri. Nak dapat cempedak goreng yang hasilnya macam peniaga tepi jalan tu boleh saja. Ikut sukatan yang dikongsi oleh Yayar Awang Noh.
Sukatan inilah yang beliau gunakan untuk berniaga gorengan sejak 20 tahun. Ujarnya bancuhan ini boleh digunakan untuk sebiji cempedak atau dua sikat pisang.
Sukatan bancuhan tepung untuk cempedak goreng
Tepung bancuhan ini yang keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kena pekat sedikit dari pisang.
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras klik sini untuk beli secara online
Suku cawan tepung gandum
1/2 sudu serbuk kunyit
Sedikit kapur makan
1 sudu besar gula
1 sudu garam
1 biji telur ayam/itik
Kelapa parut atau bijan (jika suka)
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan.
2. Gaul sebati, boleh tambah kelapa parut dan bijan ketika ini jika suka (lagi sedap).
3. Masukkan ulas cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan warnanya. Angkat dan tos minyak, sedia dihidang.
Selamat mencuba.
Sumber: Yayar Awang Noh.
Pembantu Rumah Kongsi Resipi Kacang Goreng Bawang Putih Sedap Dari Seberang
Kacang Goreng Bawang Putih merupakan salah satu snek yang jadi kegemaran ramai. Sangat sedap dan ralit bila dimakan. Rangup dan ada rasa bawang putih, membuatkan sesiapa yang mencubanya susah untuk berhenti makan. Menerusi perkongsian saudari Xiyans Muhamad, beliau kongsikan resipi Kacang Goreng Bawang Putih sedap yang diperolehi dari pembantu rumah kepada kawannya. Memang sedap dan mudah. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI KACANG GORENG BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN A:
Kacang tanah tanpa kulit – beli online disini
5 ulas bawang putih kisar – beli online disini
1 mangkuk kecil daun limau purut
1 kotak kecil santan – beli online disini
8 cawan air
2 sudu makan garam
2 sudu makan gula
BAHAN B:
8 ulas bawang putih – cincang
Air garam
CARA MEMASAK:
1. Ambil bawang putih cincang dan kacau dalam air garam selama 5 saat. Toskan. Ia bertujuan supaya bawang putih tidak hangit bila digoreng. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga garing.
2. Bawang putih yang telah siap digoreng.
3. Basuh kacang dan bilas selama 4-5 kali. Toskan.
4. Satukan air, bawang putih kisar, daun limau purut yang telah dikoyak-koyakkan, santan, garam dan gula. Gula tidak perlu banyak kerana jika digoreng akan menyebabkan kacang mudah hangus. Panaskan campuran ini.
5. Bila santan sudah mendidih, rasa. Jika kurang masin, tambah garam. Kemudian padamkan api. Tuang kacang yang telah ditoskan tadi.
6. Rendam kacang selama 1 – 1 1/2 jam. Pastikan kacang tenggelam. Jika air kurang, boleh tambah air panas.
7. Bila sudah cukup masa rendaman, toskan kacang tadi. Tidak perlu bilas ya. Toskan sahaja.
8. Panaskan minyak dengan banyak. Untuk tahu minyak sudah masak atau tidak, masukkan sebiji kacang. Jika timbul, itu tandanya minyak sudah cukup panas.
9. Goreng kacang dengan api sederhana dan selalu dikacau. Bila kacang nampak perang, boleh angkat dan toskan minyaknya.
10. Sejukkan kacang di dalam dulang. Tabur bawang putih goreng dan sedikit garam. Gaul mesra.
11. Kacang Goreng Bawang Putih siap disediakan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Xiyans Muhamad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Asam Pedas Ikan Kerisi. Resipi Orang Pantai Timur Yang Sangat Sedap
Masak Sayur Pedas Timun Ikut Resipi Arwah Mak. Sedap Tak Terkata
Resipi Sambal Goreng Sayur Yang Sedap & Menyelerakan. Semua Cukup Rasa!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official