Pisang goreng yang buat sedap selain jenis pisangnya batter atau larutan tepung tu kena betul bancuhan dan ramuannya baru sedap dan rangup. Lagi pulak kalau ada sambal kicap, lagi syoklah makan goreng pisang ni.
.
Nak pisang goreng yang rangup sampai ke petang dan tak serap minyak, jom follow resipi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal. Yang best Mariana juga turut kongsi resipi sambal kicap yang sangat mudah, simple namun rasanya memang tak boleh kompromi sedapnya.
CARA MEMASAK : 1. Satukan semua bahan-bahan. 2. Kacau sebati guna whisk atau senduk, masukkan pisang salut rata dah boleh goreng macam biasa. 3. Guna api sederhana, minyak dah panasterus goreng. Bila sebelah bahagian dah garing baru terbalikkan sebelah bahagian lagi.. 4. Angkat dan toskan.
Kalau ada udang, boleh cuba buat resipi ini. Penggemar makanan laut mesti suka Udang Goreng Ala Thai ni. Lauk ni ringkas tapi sedap. Tidak sampai 15 minit untuk menyediakan memasaknya. Memang senang. Jom RASA berikan resipinya.
UDANG GORENG ALA THAI
BAHAN-BAHAN
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
250 gram udang saiz XL | buang kulit
6 ulas bawang putih | cencang
2 biji cili merah | cencang
1 sudu makan chili flakes
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil pati ayam
1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
Sedikit daun bawang | hiris halus
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak. Goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak masak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Kuih Cakoi makan panas-panas memang padu lah. Lembut, gebu dan berongga di dalam nikmatnya dapat makan masa berbuka. Rahsia kegebuannya ni terletak daripada bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya.
Jom semak perkongsian rahsia resipi kuih cakoi yang lembut dan gebu di FB Resipi Sedap Mudah Dibuat, resipi dari Hamidah. Cubalah nanti masa berbuka nanti.
KUAH CAKOI LEMBUT GEBU
BAHAN-BAHAN :
1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 camca teh yis segera
1 camca teh gula
1 camca teh garam
1/2 camca teh soda bikarbonat
1 camca besar minyak mazola
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
LANGKAH PERTAMA :
Dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan ys segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan .
Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehingga sebati terlebih dahulu.
LANGKAH KEDUA :
Pindahkan adunan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh.
Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.
Tips – Letak doh di tepi peti ais untuk suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.
LANGKAH KETIGA :
Selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil berzaiz 1sm tebal dan panjang 2 sm. Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.
LANGKAH KEEMPAT :
Apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.
Pan Mee Sup menu ringkas yang boleh disediakan di rumah. Nak buat makan malam memang sesuai sangat. Rasa dia pun sedap macam makan kat kedai.
Bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapatkan, makan pula dengan sup jernih ada pucuk manis dan cendawan hitam, sungguh menyegarkan.
Pan Mee Sup ni juga sesuai makan dengan chilli oil. Kalau tak ada buat cili kicap pun sedap. Ada pula topping daging yang enak tu, lengkap lah hidangan makan malam bersama keluarga.
Pan Mee Sup
BAHAN-BAHAN:
Pan Mee
Ikan bilis hitam
Bawang putih
Pucuk manis
Garam halus
BAHAN-BAHAN TOPPING DAGING
Daging cincang
Bawang puting ditumbuk halus
2 sb kicap pekat
2 sb kicap cair
Minyak masak
Cendawan hitam – rendam dan carik
1 kiub ayam
Garam halus
CARA-CARA:
Pertama sekali rebus air ikut banyak mana kuah yang anda nak. Kemudian masukkan ikan bilis hitam yang telah dicuci bersih.
Tak perlu tunggu mendidih terus masukkan pula bawang putih yang dipotong seperti dalam gambar. Tak perlu buang kulit hanya potong dua sahaja. Tapi sebelum tu basuhlah bersih-bersih sebuku bawang terlebih dahulu.
Seterusnya masukkan sedikit garam.
Reneh kesemua bahan dalam 10minit. Kemudian tutup api dan bahagi dua kuah dengan toskan ikan bilis dan bawang.
Masukkan pucuk manis ke dalam kuah yang dah ditoskan tadi ( tiada ikan bilis dan bawang). Panaskan dalam dua minit
Ni pulak cendawan hitam. Yang bawah tu sebelum direndam…yang dalam mangkuk tu pulak selepas direndam, dibasuh dan diracik.
Untuk buat topping daging, tumis bawang putih yang dicincang halus tadi.
Bila bawang agak kekuningan masukkan pula daging cincang.
Bila daging sudah agak masak..masukkan kicap pekat..kicap cair..cendawan..seketul kiub ayam dan sedikitttt garam. Masak sehingga ianya kelihatan agak kering.
Ok siap. Macamnilah rupa topping daging setelah masak.
Celur pan mee ..toskan. Curah kuah, tabur ikan bilis goreng, letak topping daging dan masukkan cili api potong.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.