Kek kelapa merupakan antara kek legend yang menjadi kegemaran ramai. Baunya bila dibakar tersangatlah menggoda.
Aroma dan warna-warni parutan kelapa menambahkan lagi keenakan kek tersebut. Boleh cuba buat di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Juju Minhad ini.
KEK KELAPA PELANGI
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 cawan marjerin ½ cawan gula kastor 3 biji telur Esen ros 1 sudu susu pekat 1 ½ cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 cawan kelapa kering Pewarna merah/hijau/ kuning
Dapatkan BD Stainless Steel Doube Sided Cutting Board dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Putar marjerin dan gula kastor sehingga kembang. 2. Masukkan telur dan putar lagi. 3. Masukkan esen ros & susu pekat. Putar sekejap. 4. Ayak tepung, baking powder & soda bikarbonat.
5. Kaub balik adunan. 6. Masukkan kelapa kering yang sudah diwarnakan. Kaub balik adunan. 7. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin. 8. Bakar 170°C selama 60 minit (ikut ketuhar masing-masing). Siap.
Apabila semakin hampir tibanya bulan puasa dan raya ni, makin ternampak-nampak makanan yang jarang-jarang kita makan. Walaupun ada di sesetengah tempat, ketupat ini sentiasa ada dijual, namun perasaannya mesti lain jika dinikmati pada hari raya.
KETUPAT KACANG
BAHAN UTAMA
1 cawan kacang merah
CARA PENYEDIAAN KACANG MERAH
1. Rendam 1 jam atau lebih.
2. Rebus dengan 1/2 sudu kecil garam sehingga lembut dan toskan.
BAHAN BERAS PULUT
1 kg beras pulut
CARA PENYEDIAAN BERAS PULUT
1. Rendam 20 minit.
2. Cuci bersih dan toskan.
BAHAN LAIN
• 4 cawan santan pekat
• 1 sudu besar gula
• 2 sudu kecil garam
• 3 sudu besar minyak (jika guna santan kotak)
• 3 helai daun pandan
• Daun palas secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masukkan santan pekat, gula, garam dan minyak masak dalam periuk. Panaskan sambil dikacau selalu. Masukkan jugak daun pandan yang disimpul rapi.
2. Masuk beras pulut dan kacau sampai santan kering.
3. Masukkan kacang merah dan kacau lagi. Adunan ini memang mentah.
4. Tutup api. Sejukkan sekejap dan boleh dibalut dengan daun palas.
5. Rebus seketika dan angkat.
Selain goreng dan gulai, ikan Kerisi sedap juga dimasak pindang, ia lebih mudah, sihat dan cepat dimasak. Sesuai sangat dengan mak-mak yang sibuk dan kena dengan cuaca panas sekarang ni, hirup kuah masam-masam pedas menang sedap.
PINDANG IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
Nak masak kuah kacang tak susah sebenarnya, cukup bahan dan tak derhaka cara masakan gerenti menjadi. Ini contoh resipi masak kuah kacang terpaling mudah dan sedap. Resipi ini telah dikongsikan di Facebook oleh Yatt Ismailyang katanya ada Chef dari Hotel kongsikan cara masakan ni kepada ibunya. Wahhh beruntung betul ada Chef dari Hotel ajarkan resipi masak kuah kacang. Kalau Chef yang ajar semestinya menjadi resipi ni. Admin suka makan kuah kacang bersama nasi impit sahaja. Makan macam tu pun dah layan habis, apatah lagi makan bersama satay fuhhh sedap sungguh haihh! Korang pula suka makan kuah kacang dengan satay atau nasi impit? Tak kesahlah apapun cara gandingan korang makan kuah kacang yang penting jom cuba resipi kuah kacang ni.
KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg kacang tanah di sangai atau dipanggang dalam oven
Segenggam cili kering kurang pedas
2 biji bawang besar medium dimayang
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
6 batang serai
2 ulas bawang putih
2 mug santan pekat
5 kerek manisan
3 sudu besar gula
Sedikit garam
2 liter air
CARA PENYEDIAAN:
Panggang atau sangai kacang tanah. Yatt panggang dalam oven suhu 150 selama 25 minit. Sesekali buka oven kacau.
Dah siap panggang buang kulit. Ramas kacang dan tampi untuk buang kulit. Kuah kacang lebih sedap tanpa kulit kacang.
Hiris bawang nipis-nipis.
Panaskan minyak dan tumis.
Lengkuas, halia, serai dan bawang putih dikisar dengan cili kering.
Cili kering dipotong-potong dan dibuang biji
Kisar sampai lumat.
Goreng bawang sampai kuning dan garing. Hati-hati jangan sampai hangus.
Bawang dah garing, masukkan bahan kisar tadi.
Blend kacang panggang dengan air. Kacang tu jangan terlalu hancur. Kiranya 50% hancur.
Masukkan ke dalam bahan tumisan. Tambah baki air. Masak dalam 20 minit sampai kekacangan dah lembut.
Masukkan manisan kerek, gula dan garam. Garam tu sikit dulu ye. Nanti boleh rasa.
Lepas 20 minit masukkan santan pekat. Kalau kuah terlalu pekat tambahkan lagi air dan masak lagi selama 30 minit.
Bila dah naik minyak macam ni kuah dah cukup masak. Boleh rasa dulu. Kuah ni mesti ada rasa lemak manis.