Ikan bakar memang ramai peminatnya. Tapi dalam masa yang sama, ada yang kata renyah nak buat ikan bakar sebab perlu buat air asam. RASA kongsikan resipi ikan bakar yang sangat mudah nak dibuat. Tanpa ada air asam pun, dah sedap dimakan.

IKAN BAKAR TOMYAM

Bau Je Pun Dah Buat Lapar La Ikan Bakar Ni

Ads

BAHAN-BAHAN
2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
2 cm kunyit (tumbuk lumat)
2 cm halia (tumbuk lumat)
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
1 peket pes tomyam
1 tangkai serai (tumbuk / ketuk)
2 helai daun limau purut (koyak-koyakkan)
1 ekor ikan cencaru (basuh bersih)

 

Bau Je Pun Dah Buat Lapar La Ikan Bakar Ni

Ads

CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk kecil, masukkan bawang putih, kunyit, halia dan cili padi.
2. Masukkan pes tomyam, serai dan daun limau purut. Gaul semuanya.
3. Ambil ikan dan belah sedikit bahagian atas ikan itu.
4. Lumur ikan dengan bahan tadi. Serai itu masukkan dalam perut ikan. Sumbatkan semua pes ke dalam bahagian perut ikan.
5. Bungkus ikan menggunakan aluminium foil.
6. Bakar ikan dalam kuali leper menggunakan api perlahan.
7. Bakar sehingga masak.

TIP RASA
1. Anda boleh gunakan resipi ini untuk membakar ikan lain selain cencaru. Boleh bakar ikan pari, kembung, siakap atau tenggiri.
2. Daun limau purut perlu dikoyak-koyak supaya aromanya lebih wangi dan menyelerakan.
3. Resipi ini tidak menambah garam atau sebarang penambah perisa. Anda masih boleh tambah bahan tersebut jika suka.
4. Sebelum makan, boleh juga perahkan limau kasturi untuk menambah rasa masam.
5. Jika tidak tambah perahan limau kasturi, boleh juga buat air asam. Tapi sebab gunakan pes tomyam, rasa masam itu sudah mencukupi.

Ads

Selamat mencuba!

Kredit resipi: Mawar Alina MAHN

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI