Tempe memang asalnya daripada masakan orang Jawa di negara ini. Malah tempe juga sudah menjadi sebati dianggap sebahagian dari masakan tradisional Melayu terutamanya di negeri Johor dan Selangor.
Namun nak membeli tempe ni pun ada petuanya, pilih elok-elok dan berkualiti tau… 1. Tempe berserabut putih
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan apabila membeli tempe adalah rupanya. Jika tempe itu berserabut putih itu tandanya tempe itu segar dan boleh dimakan. Usah membeli tempe yang sudah mempunyai tompok atau tanda kehitaman kerana ia sudah tidak segar lagi.
2. Aroma segar dan terasa hangat bila dipegang
Ads
Jika anda selalu membeli tempe pastinya anda sudah terbiasa menghidu bau aroma tempe yang cukup istimewa ini. Aroma kacang sayang dalam tempe lebih kuat berbaunya berbanding dengan kacang soya yang terdapat dalam tauhu. Selain itu bila anda pegang tempe ia terasa hangat dan suam. Tu maknanya tempe tu segar dan sudah matang penapaiannya.
3.Tidak berlendir
Ads
Permukaan tempe kena bersih dan tidak lendir, Elakkan membeli tempe yang berlendir dan aromonya agak bacin atau busuk sedikit.
4 .Beli tempe mentah
Ads
Pernah tak anda terbeli tempe mentah yang dibalut rapi dalam plastik, tetapi kacang soyanya belum sebati dan bersatu . Kalau ada simpanlah kerana dalam waktu beberapa hari tempe tu akan matang dan kacang soya yang terurai akan menjadikan tempe itu padat. Dan yang pastinya tempe itu gerenti segar.
*2 Langkah Agar Tempe Tidak Cepat Busuk
Tempe memang mudah rosak, kerana biasanya ia tidak mengandungi bahan pengawet. Jika betul cara menyimpannya tempe boleh bertahan lebih lama dan tidak cepat busuk.
Langkah Pertama
1.Biarkan tempe dalam bentuk asal dibeli, tidak perlu dipotong atau dikerat.
2.Jika anda beli tempe yang dibalut daun pisang, biarkan daunnya tetap melekat pada tempe. 3.Masukkan tempe dalam bekas kedap udara yang ditutup rapat, kemudian baru diletakkan dalam peti sejuk.
2. Ni ada satu lagi langkah menyimpan tempe yang boleh anda ikuti :
1.Cuci tempe bersih-bersih. 2.Potong tempe ikut ketebalan yang anda suka 3.Kemudian masukkan tempe ke dalam bekas berisi air yang sudah dicampur bawang putih yang dicincang halus dan sedikit garam. * Garam dan bawang putih boleh membasmi bakteria dan memberi rasa pada tempe. 4.Masukkan bekas ke dalam ‘chiller’ peti sejuk. Ia boleh membuat tempe tahan sehingga tiga hari. 5.Sebelum masak keluarkan tempe dari peti sejuk , toskan dan biarkan ke suhu bilik, usah masak tempe yang sejuk kerana ia akan jadi keras.
Sumber rujukan : https://bacaterus.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Berhabis wang beli produk yang beratus harganya, apa kata cuba petua guna 3 bahan ni. Bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, malah membantu untuk kuatkan lutut juga.
Bahan Kuatkan Lutut Dan Kurangkan Berat Badan (3 Bahan Sahaja) Tip bagaimana cara nak guna bahan ini:
Cara untuk susutkan berat badan:EPAL, kalau nak turunkan berat badan, minum jus epal hijau atau makan epal satu kali selama seminggu. Tahu apa fungsi epal hijau? Epal hijau membantu membuang lemak di celah-celah otot perut.
Selain itu, segala kanji, karbohidrat yang kita makan akan dihakis dari dinding usus kita. Peringatan: Epal hijau boleh dimakan begitu sahaja atau boleh dimakan dengan cara lain. Sekiranya jus, kena tunggu selama 15-20 minit untuk makan makanan lain.
LEMON, tujuannya untuk detoksifikasi. Selesai makan epal atau minum jus, cuba makan pula lemon atau minum jus lemon 1 biji sebelum sarapan ataupun 1 biji sebelum masuk tidur setiap hari. Kalau tak nak rasa masam, campur dengan madu dalam jus lemon ataupun letak gula perang. Dalam masa 2 minggu sahaja, lihat perubahan.
BENDI, untuk kuatkan sendi lutut, potong bendi nipis nipis dan rendam dalam air panas. Minum pada keesokan hari sebelum sarapan pagi. Yang penting, amalkan setiap hari okay!
Dalam masa sebulan, insyaallah ada kesannya. Selamat mencuba semua!
Nak tahu petua simpan sayur agar tahan lama? Ini caranya. Maklumlah, barang masak seperti sayur-sayuransegar agak sukar untuk disimpan dalam tempoh masa yang lama. Biasanya dalam dua atau tiga hari, sayur yang dibeli mula layu dan membusuk. Menerusi perkongsian saudari Maryam Salleh, beliau menunjukkan cara menguruskan sayur-sayuran agar kekal segar macam baru beli di pasar walaupun sebenarnya sudah seminggu dibeli. Jom lihat cara-caranya.
CARA SIMPAN SAYUR-SAYURAN AGAR TAHAN LAMA
Sebelum ni kan bila beli sayur dan terus simpan dalam peti ais tahan dua tiga hari jer. Lepas tu kompom jadi buruk la, berair la dan cepat busuk. Maklumlah takde ilmu pengurusan yang betul. Akhirnya saya jumpa cara yang berkesan dan dah seminggu sayur yang di simpan masih kekal segar macam baru beli di pasar.
CARA-CARANYA:
1. Basahkan tisu dan jadikan pelapik di dalam bekas. Sediakan bekas yang berpenutup untuk simpan sayur.
2. Jangan basuh sayur yang nak di simpan. Hanya potong sahaja dan masukkan ke dalam bekas. Masa nak masak baru basuh.
3. Setiap bekas tu mestilah cukup-cukup untuk sekali atau dua kali masak. Elakkan simpan secara banyak sekaligus.
4. Kemudian tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk. Selepas seminggu pun kalian akan dapati sayur tersebut masih kekal segar seperti baru dibeli di pasar.
Simpan bawang dan kentang di dapur jangan dekat dekat ya. Tapi yang selalu kita buat adalah sebaliknya.
Kedua bahan ini memang kita letak dalam bekas yang berdekatan malah da juga yang menyimpannya dalam satu bekas. Ini lagi sikap besar.
Perlu diketahui bahawa bawang dan kentang ini memang tidak serasi diletakkan berdekatan, ia akan menyebabkan keduanya cepat rosak.
Elak simpan bawang dan kentang dekat-dekat
-Bawang kuat ‘merembes’ gas etilena menyebabkan kentang cepat bercambah.
-Kentang ‘berpeluh’ banyak, akibatnya boleh buat bawang jadi lembik dan berair bila diletakkan berdekatan.
– Bila dua-dua bertemu, cepat ‘panas’ dan tak tahan lama
Cara simpan yang betul
-Simpan kentang dalam beg kertas, tempat sejuk dan gelap.
-Bawang pula kena letak tempat kering dan berangin.
-Jangan campurkan sayur yang mengeluarkan gas etilena dengan sayur yang sensitif.
INFO: Jangan makan kentang bertunas
Makan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan kita berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.
Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.
Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!