Bau, Pegang dan Teliti, Cara Pilih Tempe Segar & Petua Simpannya

Share

Tempe memang asalnya daripada masakan orang Jawa di negara ini. Malah tempe juga sudah menjadi sebati dianggap sebahagian dari masakan tradisional Melayu terutamanya di negeri Johor dan Selangor.

Namun nak membeli tempe ni pun ada petuanya, pilih elok-elok dan berkualiti tau…
1. Tempe berserabut putih


Perkara pertama yang perlu anda perhatikan apabila membeli tempe adalah rupanya. Jika tempe itu berserabut putih itu tandanya tempe itu segar dan boleh dimakan. Usah membeli tempe yang sudah mempunyai tompok atau tanda kehitaman kerana ia sudah tidak segar lagi.

2. Aroma segar dan terasa hangat bila dipegang



Jika anda selalu membeli tempe pastinya anda sudah terbiasa menghidu bau aroma tempe yang cukup istimewa ini. Aroma kacang sayang dalam tempe lebih kuat berbaunya berbanding dengan kacang soya yang terdapat dalam tauhu. Selain itu bila anda pegang tempe ia terasa hangat dan suam. Tu maknanya tempe tu segar dan sudah matang penapaiannya.

3.Tidak berlendir



Permukaan tempe kena bersih dan tidak lendir, Elakkan membeli tempe yang berlendir dan aromonya agak bacin atau busuk sedikit.

4 .Beli tempe mentah



Pernah tak anda terbeli tempe mentah yang dibalut rapi dalam plastik, tetapi kacang soyanya belum sebati dan bersatu . Kalau ada simpanlah kerana dalam waktu beberapa hari tempe tu akan matang dan kacang soya yang terurai akan menjadikan tempe itu padat. Dan yang pastinya tempe itu gerenti segar.

*2 Langkah Agar Tempe Tidak Cepat Busuk
Tempe memang mudah rosak, kerana biasanya ia tidak mengandungi bahan pengawet. Jika betul cara menyimpannya tempe boleh bertahan lebih lama dan tidak cepat busuk.

  1. Langkah Pertama
1.Biarkan tempe dalam bentuk asal dibeli, tidak perlu dipotong atau dikerat.
2.Jika anda beli tempe yang dibalut daun pisang, biarkan daunnya tetap melekat pada tempe.

3.Masukkan tempe dalam bekas kedap udara yang ditutup rapat, kemudian baru diletakkan dalam peti sejuk.

2. Ni ada satu lagi langkah menyimpan tempe yang boleh anda ikuti :
1.Cuci tempe bersih-bersih.
2.Potong tempe ikut ketebalan yang anda suka
3.Kemudian masukkan tempe ke dalam bekas berisi air yang sudah dicampur bawang putih yang dicincang halus dan sedikit garam. * Garam dan bawang putih boleh membasmi bakteria dan memberi rasa pada tempe.
4.Masukkan bekas ke dalam ‘chiller’ peti sejuk. Ia boleh membuat tempe tahan sehingga tiga hari.
5.Sebelum masak keluarkan tempe dari peti sejuk , toskan dan biarkan ke suhu bilik, usah masak tempe yang sejuk kerana ia akan jadi keras.

Sumber rujukan : https://bacaterus.com

Published by
Faridah Talib