Tak perlu ke Thailand untuk menikmati ‘street food’ enak ini. Anda boleh hasilkannnya sendiri di rumah.
BAHAN-BAHAN:
- 300gm bebola daging
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN SOS THAI:
- 100gm cili padi
- 100gm bawang merah thai
- 100gm bawang putih
- 50gm daun ketumbar
- 1 sudu makan jus limau nipis
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu teh gula
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng bebola daging hingga garing. Ketepikan.
- Untuk menyediakan sos Thai,bancuh semua bahan diatas dan masukkan dalam mesin kisar beberapa saat.
- Tuangkan dalam mangkuk kecil dan hidang bersama bebola daging yang telah di goreng tadi.
INFO CHEF: Jika tidak mahu sos Thai hijau, boleh saja menggunakan sos cili Thai yang warna merah. Boleh dibeli di pasaraya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Popia Begedil Mudah Nak Buat, Rasa Pun Sedap!
Kalau begedil, biasa kita buat dengan tauhu. Kali ini, apa kata gantikan dengan kulit popia untuk jadikan popia begedil.
Resipi popia begedil yang dikongsi Aznor Aznora ini, sangat senang dan mudah untuk membuatnya. Sesuai untuk menu minum petang kita.
RESIPI POPIA BEGEDIL
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang | kupas kulit, basuh, potong-potong & goreng – beli online di sini
Sepotong isi ayam | cincang halus (bahagian dada)
Sedikit daun bawang & daun sup | potong halus
Blackpepper (saya guna Ajishio) – beli online di sini
Garam (optional)
Kulit popia | sekeping potong 2 bahagian – beli online di sini
2 biji telur | kacau & letak garam sikit
Minyak (untuk menggoreng)
TONTON Dapur Rasa – Projek Air Tangan Emas Bersama MAGGI
TONTON Muffin Coklat Biscoff Lotus Bersama Siti Norliza Mohd Misni
CARA-CARA:
1. Goreng kentang hingga sedang lembut, kemudian angkat dan toskan kejap.
2. Lepas tu, lenyek halus dan masukkan semua bahan. Saya tak letak garam sebab ajishio tu dah cukup rasa. Kalau anda suka masin, boleh letak sikit.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Dah siap gaul, bentukkan jadi lonjong dan boleh gulung dengan kulit popia yang sudah dipotong. Gam dengan sedikit bancuhan tepung dan air.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Masa nak goreng, celup dalam telur yang dikacau. Kemudian, goreng hingga kekuningan.
Kredit resipi: Aznor Aznora
Sedang mencari air fryer untuk memudahkan kerja menggoreng dan memasak? Dapatkan pelbagai pilihan DI SINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
https://www.rasa.my/papudak-kuih-banjar-warisan-yang-makin-pupus/
https://www.rasa.my/ini-rahsia-super-sedap-resipi-cencaru-belah-belakang/
https://www.rasa.my/rahsia-nasi-lemak-sedap-tahan-lama-wanita-ini-kongsi-resipi-arwah-mak/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Layan Sungguh Popia Karamel, Rangup & Sedap.
Kali ini RASA nak kongsikan satu lagi resipi berasaskan kulit popia yang sangat sedap, rangup dan manis berkaramel. Mana tau ia boleh dijadikan sebahagian koleksi kudapan raya anda semua, hanya guna tiga bahan je dan jadi. Anda untuk kerana kos murah, buat senang, kudapan raya bertambah. Jom cuba.
POPIA KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
15 keping kulit popia
3 sudu makan gula pasir
2 sudu makan tepung gandum | bancuh dnegan 3 sudu makan air
Kacang tanah secukupnya | goreng tanpa minyak/sangai dan buang kulit luarnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
- Gunting kulit popia menjadi 4 atau 6 bahagian. Disarankan potong 4 bahagian.
- Ambil satu keping kulit popia yang sudah digunting, sapukan bahagian hujung atas dan bawah dengan larutan tepung gandum tadi (berfungsi sebagai gam supaya kulit popia yang digulung melekat).
- Letakkan kacang tanah di bahagian bawah lalu gulung ke atas. Lakukan hingga habis.
- Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali (mesti betul-betul panas).
- Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula larut.
- Kemudian masukkan popia dan goreng hingga kuning keperangan. Angkat dan toskan.
- Popia Karamel sedia dihidangkan. By @dwimuslimah4
Brokoli Mozarella Bites. Snek Ringan Untuk Anak Yang Kurang Makan Sayur.
Anak-anak kurang gemar makan sayur? Resipi ni mungkin boleh umpan mereka untuk makan sayuran hijau penuh khasiat ni. Mudah & enak. pasti mereka akan sukakannya!
BROKOLI MOZARELLA BITES
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan madu
- 60gm brokoli | potong kasar
- 60gm keju mozzarela | parut kasar
- 1 biji telur
- 160ml susu segar
- 150gm tepung gandum serba guna
- 3gm serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh minyak masak
- 1 biji bawang merah | racik
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan.
- Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati.
- Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati.
- Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan.
- Angkat dan tos minyak.
- Sedia untuk dihidangkan.
JOM MAKAN BROKOLI!
Sayuran berwarna hijau ini agak kurang popular dan jarang digunakan dalam masakan tempatan. Namun, ia sangat tinggi khasiat dan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan. Selain ditumis atau dikukus, pelbagai hidangan enak yang boleh dimasak dengan menggunakan brokoli. Asalkan anda sanggup mencuba.
Beberapa kajian mendapati brokoli mengandung senyawa anti kanser kerana terdapat kandungan fitokimia yang bernama indole dan isothiocyanate. Inilah yang disebut-sebut sebagai manfaat brokoli yang paling besar. Di antara zat yang terkandung di dalam brokoli ialah serat, antioksidan, vitamin A, B, C, K, dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Berikut adalah di antara manfaat sayuran berwarna hijau ini.
MANFAAT BROKOLI TERHADAP KESIHATAN
1. Membantu Turunkan Berat Badan
Sayuran yang kaya akan serat seperti brokoli sangat membantu program diet penurunan berat badan anda. Kandungan seratnya yang tinggi dapat membuat perut kenyang lebih lama. Sayuran berwarna hijau ini juga mengandungi vitamin serta mineral, dan rendah kalori juga lemak.
2. Menjaga Ketajaman Penglihatan
Kandungan lutein dan vitamin A yang ada di dalam brokoli membuatkan sayuran ini memiliki kemampuan untuk menjaga kesihatan mata. Sebuah kajian menunjukkan bahawa kadar lutein yang tinggi dapat mencegah penurunan fungsi mata seperti katarak dan makula. Sementara vitamin A sangat penting untuk menjaga kesihatan retina.
3. Menjaga Kesihatan Kulit
Memiliki kulit cantik, sihat dan terbebas dari segala permasalahannya ialah impian semua orang. Di dalam brokoli terdapat senyawa glucoraphanin, yang dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat paparan sinar matahari atau proses penuaan. Selain itu, ia dapat membantu untuk memperbaiki jaringan kulit yang rosak dan membuat kulit yang sihat dan bercahaya. Secara umum, mengambil brokoli baik untuk proses detoksifikasi kulit. Vitamin E di dalamnya sangat bagus untuk mempercepat proses regenerasi sel-sel kulit mati.
4. Menjaga Kesihatan Pencernaan
Kandungan serat yang tinggi dalam brokoli mampu menjaga pencernaan agar berfungsi dengan baik, mencegah penyakit seperti sembelit. Dan antioksidannya merupakan detoks semula jadi yang membersihkan saluran pencernaan seperti lambung dan usus dari racun.
5. Mencegah Penyakit Kardiovaskular
Brokoli mengandung vitamin B6 dan asid folid yang terbukti dapat mencegah penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Jadi jangan ragu untuk memakan sayuran yang satu ini. Tentunya harus diimbangi dengan gaya hidup sihat dan berolahraga secara teratur.
6. Mengawal Tekanan Darah
Dengan kandungan kalium dan magnesiumnya yang tinggi, brokoli menjadi salah satu sayuran yang dianjurkan untuk diambil oleh penghidap tekanan darah tinggi.
7. Menjaga Kesihatan Tulang dan Gigi
Kalsium merupakan mineral yang sangat penting bagi kesihatan tulang dan gigi dan brokoli ini merupakan sayuran yang mengandungi kalsium yang tinggi. Selain kalsium, terdapat juga vitamin K yang dapat mencegah osteoporosis.