
Ramai yang suka makan Bebola Ikan Salut Tepung. Rangup dan berperisa, memang enak rasanya. Menurut saudari Nur Masri, snek ini adalah makanan nostalgia masa sekolah rendah sekitar tahun 80an. Kalau lepas balik sekolah sementara menunggu bas sekolah tiba, beli makanan yang dijual di gerai luar sekolah. Salah satunya Bebola Ikan Salut Tepung ni la tapi yang dijual tu dicucuk pada lidi pendek. Makan pula dengan sos. Memang nikmatlah. Jom cuba buat.
RESEPI BEBOLA IKAN SALUT TEPUNG

BAHAN- BAHAN:
Bebola ikan
Tepung berempah (empunya resipi guna tepung bestari) – beli online disini
Tepung Goreng pisang rangup – beli online disini
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Sos pencicah – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kedua-dua jenis tepung ke dalam mangkuk kemudian masukkan air. Gaul sebati.
2. Masukkan bebola ikan ke dalam bancuhan tepung. Gaul rata hingga adunan bersalut rata.
3.Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng bebola ikan yang bersalut tepung sehingga keemasan.
4. Angkat, toskan minyak dan hidangkan bersama sos pencicah. Selamat mencuba!


Kredit resipi & foto: Nur Masri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade Yang Sedap, Bersih & Dijamin Halal
Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka
Wanita Ini Kongsi Resipi Bihun Goreng Tomyam Yang Dia Buat Niaga, Boleh Cuba Buat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Terung Sambal Istimewa Sedap Dengan Ikan Kering & Petai

"Selak peti ais nampak terung bertimbun. Sayangnya kalau tak masak cepat ni, tapi bosan pula bila masak tak campur apa-apa.
Selak lagi peti ais ada ikan kering dengan petai. Memang padan ler tiga-tiga ni buat sambal kan. Makan dengan nasi panas tepi kolam ikan. Uih boleh layan 3 pinggan ni Sama je macam masak sambal biasa cuma campur ikan kering goreng dengan petai." itulah kata -kata Surya Sufyan yang berkongsi resipi ini.
Jom kita cuba sambal terung yang super lazat nih.
TERUNG SAMBAL IKAN KERING & PETAI

BAHAN-BAHAN:
2 biji terung terung
2- 3 ekor ikan kering (Saya guna ikan kering gelama)
Petai secukupnya

Bahan untuk ditumbuk kasar:
6 biji Cili padi
2-3 biji Cili merah
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Goreng terung, potong membulat
2. Goreng Ikan kering
3. Tumis bahan tumbuk
4. Letak garam dan gula
5. Masukkan petai
6. Masukkan terung dan ikan kering goreng tadi
7. Kacau sebati.
8. Ok, sedia di hidang.
Mudah dan cepat. Tak ada laut lain, pun boleh makan nasi sampai licin tau.
Selamat mencuba.
Kredit :Surya Sufyan.
Ayam Masak Merah Tanpa Sos, Kuah Melimpah. Ini Resipinya

Ayam masak merah tanpa sos cili ini rasanya berbeza dari ayam masak merah biasa. Paling best kuahnya banyak jadi tak perlulah mengikis pinggan untuk mendapatkan kuah yang menjadi penyedap masakan ini.
Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Sos Cili

Bahan bahan
1 ekor ayam, potong kecil (lebih kurang 30 ketul, kunyitkan dan goreng ¾ masak)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1-2 helai daun pandan
1 tin besar tomato puri
2 sudu besar gula melaka (untuk warna merah gelap & rasa memikat)
8 sudu besar gula pasir
Secukup rasa garam dan serbuk cukup rasa
1 tin kacang peas
1 biji bawang besar, hiris bulat untuk hiasan
Cili merah dan cili hijau, dibelah untuk hiasan
Cara penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak, tumis 3 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar bawang putih kisar dan daun pandan. Tumis dengan api sederhana selama lebih kurang 5 minit atau hingga naik minyak dan wangi.
2. Selepas tumisan naik bau, masukkan 1 tin besar tomato pure, kacau rata.
3. Tambahkan 2 sudu besar gula melaka, 8 sudu besar gula pasir, garam dan serbuk cukup rasa. Kacau sehingga kuah sebati, pekat dan naik minyak.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng ¾ masak tadi. Gaul hingga ayam bersalut kuah dan biarkan seketika supaya kuah meresap ke dalam ayam.
5. Masukkan satu tin kacang peas, kacau rata dan biarkan seketika.
6. Untuk hiasan goreng bawang besar yang dipotong bulat. Taburkan di atas ayam masak merah bersama hirisan cili merah dan cili hijau sebelum dihidang. Siap!

TIP EKSTRA
- Nak kuah lebih pekat, boleh lebihkan tomato puri.
- Gula melaka bukan saja beri rasa lemak manis, tapi buat warna ayam merah gelap berkilat cantik.
- Daun pandan buat aroma lebih wangi, rahsia ‘bau kenduri’
Kredit resipi & foto: CC NoorisHaris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
6 Idea Bakeri Dan Pastri Gebu, Terbaiklah Dari Hotel Summit USJ

Enam jenis resepi bakeri dan pasteri istimewa menemui pembaca kali ini memang gebu dan enak. Muffin, quiche, kek, mousse dan apple crumble sesuai dinikmati sebagai hidangan petang yang menyelerakan.

Jom cuba resepi istimewa dari barisan tenaga Chef hebat diketuai oleh Eksekutif Chef Sakya Hamid dari Summit Hotel Subang USJ dan Summit Hotel KL City Centre ini.
1. WHITE CHOCOLATE PANDAN MUFFIN

BAHAN -BAHAN :
- 4 biji telur
- 300gm gula kaster
- 200ml susu UHT
- 250gm mentega yang telah dicairkan
- 30gm serbuk penaik | diayak
- 450gm tepung gandum | diayak
- Cip coklat putih | secukupnya
- 1 sudu makan esen vanilla
- Beberapa titik perisa @ esen pandan
- Beberapa titik pewarna hijau
CARA MEMASAK :
1. Pukul gula kaster dan telur hingga sebati dan kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan mentega yang telah dicairkan.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan kering dan gaul.
5. Susunkan acuan kertas cup cake di dalam dulang pembakar dan tuangkan adunan ke dalamnya. Hiaskan dengan coklat cip putih di atasnya.
6. Panaskan oven pada suhu 190 darjah Celcius selama 10 minit.
7. Masukkan dulang pembakar dan bakar lebih kurang 20 minit.
2. SUMMIT APPLE CRUMBLE

BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk kulit pastri :
- 240gm tepung gandum | diayak
- 170gm mentega sejuk | dipotong kecil
- 2 sudu makan gula aising
- 4 sudu makan air ais
Bahan Inti:
- 5 biji epal hijau (Granny Smith)
- 1 biji parutan kulit lemon
- Secubit garam
- 2 sudu makan mentega
- 100gm gula perang
- Secubit serbuk kulit kayu manis
- 2 sudu makan tepung jagung
Bahan Crumble :
- 75gm tepung gandum
- 35gm mentega tanpa garam
- 35gm gula
- 35gm cip coklat
CARA MEMASAK :
Cara membuat pastri :
1. Mula -mula gaulkan tepung dengan gula aising.
2. Masukkan mentega dan gaul semula menggunakan spatula sehingga tekstur seperti serbuk roti
3. Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan spatula sehingga ia menjadi doh.
4. Masukkan doh kedalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
Cara membuat inti :
1. Epal dibuang kulit dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis
2. Ketepikan. Panaskan gula dan mentega di atas api sederhana,, kacau rata.
3. Masukkan hirisan epal. Gaul rata
4. Masukkan garam. serbuk kayu manis dan tepung jagung.
5. Kacau hingga epal lembut dan kuahnya pekat.
6. Padamkan api, angkat dan biarkan sejuk.
Cara membuat crumble :
Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan chip cokelat dan gaul rata
Cara membuat :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 220 Celcius
2. Sediakan acuan.
3. Keluarkan doh pastri dari peti sejuk
4. Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm
5. Alihkan kedalam acuan. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan pastri di tepi..
6. Masukkann inti ke dalam hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan epal sebagai hiasan
7. Tutupkan di atasnya dengan crumble.
8. Hiaskan dengan baki hirisan apple
9. Bakar pai selama 15 minit pada suhu 220 darjah Celcius.
10.Kemudian turunkan suhu kepada 190 Celcius dan bakar selama 45 minit hingga berwarna perang.
3. SUMMIT DELIGHT CHOC MOIST CAKE

BAHAN- BAHAN :
- 150ml susu UHT
- 20gm mentega
- 250ml susu segar
- 250ml susu pekat manis
- 310gm tepung kek | diayak
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
- 1 sudu teh soda bicarbonat | diayak
- 200 gm serbuk koko | diayak
- 300gm serbuk coklat gelap | diayak
- 4 biji telur
CARA MEMASAK :
1. Campurkan terlebih dahulu susu segar, susu pekat manis, susu UHT dan mentega ke dalam periuk. Masak kesemua bahan-bahan hingga cair larut, menggunakan haba yang rendah dan perlahan dalam suhu terkawal.Ketepikan
2. Kemudian campurkan bahan yang diayak iaitu tepung, serbuk koko, serbuk coklat gelap, serbuk penaik dan soda bicarbonat dengan sekata, dan gaulkan. Masukkan campuran ini sedikit demi sedikit dalam adunan larutan susu tadi.
3. Pukul empat biji telur hingga kembang di bekas yang lain, dan kemudian dicampurkan dalam adunan ini sediki demi sedikit. Gaul hingga sekata
4. Tuangkan ke dalam tin pembakar kek.
5. Sediakan pengukus, pastikan air sudah mendidih baru masukkan tin pembakar kek .
6. Kukus kek coklat lembab selama sejam.
4. CHOCOLATE GETO MOUSSE

BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan whipped cream
- 2 biji telur | diasingkan kuning dengan putih telur
- 5 sudu makan gula kaster
- 250gm coklat masakan
- 1 sudu makan mentega
- 1/2 sudu teh serbuk Nescafe | bancuh dgn sedikit air
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK :
1. Pukul whipped cream menggunakan whisker/mixer sampai bertanduk.
2. Dalam bekas yang lain yang lain, masukkan kuning telur dan gula.
3. Kacau sampai telur bertukar jadi cerah sikit. Dalam 3-4 minit.
4. Dalam bekas yang lain lagi, cairkan coklat masakan bersama mentega dengan menggunakan teknik double boiler.
5. Lepas coklat sudah cair, masukkan serbuk nescafe yang sudah dibancuh dengan air.
6. Masukkan adunan kuning telur tadi ke dalam adunan coklat dan masukkan esen vanilla. Kacau sampai sebati dan panaskan kembali adunan tersebut guna kaedah double boiler.
7. Kejap sahaja, angkat dan ketepikan.
8. Pukul putih telur dalam bekas lain sehingga bertanduk/kembang.
9. Akhir sekali, gabungkan kesemua adunan (whipped cream,coklat dan putih telur).
10. Kacau adunan sehingga sebati, jangan terlebih kacau supaya tekstur mousse tidak hilang. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
11. Sejukkan mousse dalam peti sejuk selama 4-5 jam atau semalaman. Sedia dimakan.
5. LAWAWA SEAFOO QUICHE (prawn Quiche)

BAHAN BAHAN
- 5 keping kulit popia | dipotong 12
- 200gm udang
- 50gm tepung
- 20gm mentega
- 20gm bawang merah
- 200gm ‘heavy cream’
- 10gm lada hitam
- 10gm cendawan butang | dimayang
- 20 gm keju
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak inti quiche :
1. Cairkan mentega dalam kuali.
2. Masukkan bawang yang dimayang dan cendawan butang,
3. Kemudian masukkan tepung dan udang dan biarkan seketika.
4. Masukkan pula heavy cream, garam dan juga lada hitam.
5. Biarkan sehingga sebati dan agak pekat. Padamkan api.
Cara membuat acuan quice :
1. Potong kulit popia menjadi 12 bahagian.
2. Lalu disusun dalam acuan muffin
3. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah Celcius, dan bakar selama 10 minit
4. Apabila acuan sudah masak, masukkan inti yang sudah sejuk tadi.
5. Letakkan keju dan udang diatasnya, dan bakar semula kira-kira 5 minit dalam oven.
6. Sajian siap dihidang
6. FRAGRANT COCONUT COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 300gm mentega
- 300gm tepung gandum | diayak
- 100gm gula pasir
- 100gm kepala parut | telah digoreng kering
CARA MEMASAK :
1. Masukkan mentega dan gula di dalam mangkuk adunan.
2. Kacau hingga sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit supaya semua bahan sebati. Sambil ulikan.
3. Akhir sekali masukkan kelapa yang sudah dikering dan diuli lagi hingga sebati.
4. Cubit dan bulatkan (kira-kira 20gm) , dan susun di atas dulang pembakar .
5. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan, dalam suhu 180 darjah celcius, lebih kurang 20 minit.
6. Sejukkan atas redai, dan biskut sedia dinikmati.
RESEPI : EKSEKUTIF CHEF SAKYA HAMID, CHEF AZAHAR JEMANGIN, CHEF JEFRY KHALID, CHEF ZURAIME MOHD ROSLI, CHEF HASNARISA WIDAHAYU MOHD NASIR, CHEF SHAMILA NABILLA ATIQAH SHAMSOLBAHRI, CHEF SITI NURZIANA MOHD SALLEHEN DAN CHEF SOFEANESAH MUHAMAD SUPIYAN.
PENGHARGAAN : SUMMIT HOTEL SUBANG USJ, Persiaran kewajipan, USJ1
UEP Subang Jaya & SUMMIT HOTEL KL CITY CENTRE.

