Makanan nostalgia masa sekolah rendah sekitar tahun 80an, lepas balik sekolah sementara menunggu bas sekolah tiba, beli makanan yang dijual di gerai luar sekolah. Jom kembalikan nostalgia lama dengan membuat sendiri bebola ikan salut tepung. Sangat mudah buat. Anak-anak pasti menyukainya.
BEBOLA IKAN SALUT TEPUNG
Bahan-bahan:
Bebola ikan
Tepung berempah (saya guna bestari)
Tepung goreng pisang rangup
Cara membuat:
1. Campurkan kedua-dua jenis tepung, masukkan air gaul sebati.
2. Masukkan bebola ikan, gaul rata.
3.Panaskan minyak, goreng bebola sehingga keemasan.
4. Hidangkan bersama sos pencicah.
Kredit: Nur Masri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official