Bebola Keju. Boleh Tarik Panjang Kejunya

Share

Bebola keju ini istimewa kerana kejunya boleh ditarik panjang. Wah! Menarik ni. Cara nak membuatnya pun tak susah. Kos bahan pun taklah mahal sangat dan taklah murah sangat.

Tapi kalau nak beli, makan kos juga apatah lagi kalau ahli keluarga yang ramai. Nak lebih jimat sendiri. Puas makan anak beranak.

Ikuti perkongsian daripasa puan Nor Azmawani Ismail ini. 

BEBOLA KEJU

Bahan-bahan:

500 gram ubi kentang – direbus empuk dengan sedikit garam 


1 cawan tepung gandum
Keju mozzarella – potong kiub

2 sudu besar minyak masak

1 kiub pati ayam – boleh beli online di sini

Sedikit serbuk lada sulah – boleh beli online di sini

Serbuk roti – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:
Ubi kentang dilenyek hingga lumat. Masukkan tepung gandum ke dalam kentang lenyek.

Ramas adunan sampai menjadi doh. Boleh tambah tepung gandum sikit demi sedikit sekiranya adunan masih lembik.

Bulat-bulatkan doh menjadi bebola. Leperkan dan masukkan kiub keju di tengahnya. Bulatkan semula doh. Bentuk belola sampai habis adunan doh.

Celupkan bebola ke dalam telur yang telah dipukul.

Kemudian golekkan bebola ke dalam serbuk roti hingga bersalut semuanya. Setelah itu bolehlah digoreng hingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan.

Sedia dinikmati!

Nota:Boleh guna sama ada keju jenis mozzarella atau cheddar. Tapi nak kesan tarik panjang, kena guna keju mozzarella. Nak rasa lebih lemak dan kesan meleleh, boleh guna cheddar.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Published by
Nurul Azwa