Bebola Keledek Keju. Rangup Di Luar, Cair Di Dalam

Share

Bebola keledek keju. Rangup di luar, cair di dalam. Tambahan pula, mudah, sedap dan gerenti anak-anak suka. 

Dengar nama pun macam dah boleh agak, rasanya tentu sedap kan? Campuran antara manis keledek dan rasa lemak masin keju. Bila gigit, aduh terus keluar kejunya. Bebola ini pasti jadi kegemaran seisi keluarga.

Ini satu lagi resipi yang best untuk dicuba, dikongsikan oleh Dapur Shai Anne. Sangat mudah dibuat dan bahan pun taklah perlu modal yang tinggi sangat.

Sesuai untuk disajikan saat minum petang, kudapan ringan sambil menonton TV pada waktu malam atau nak buat untuk sarapan pun boleh, Masak untuk bekal anak ke sekolah pun sesuai.

BEBOLA KELEDEK KEJU

BAHAN-BAHAN:

BAHAN DOH (KULIT):

350gm keledek

11/2 cawan tepung pulut – boleh beli online di sini

1/2 cawan tepung beras – boleh beli online di sini

1 sudu kecil baking powder – boleh beli online di sini

1/2 cawan gula – boleh beli online di sini

Secubit garam – boleh beli online di sini

Air secukupnya

BAHAN LAIN:

Keju cheddar (parut/hiris kasar) – boleh beli online di sini

Serbuk roti secukupnya – boleh beli online di sini

Sedikit bancuhan tepung gandum + air (untuk dijadikan pelekat serbuk roti)

Minyak masak – boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Mula-mula, rebus keledek hingga lembut. Angkat dan toskan. Kemudian lenyekkan ia hingga lumat.

Setelah itu, masukkan tepung pulut, tepung bekas, gula, baking powder dan secubit garam. Gaul sekata dan uli hingga ia membentuk menjadi doh. Dari semasa ke semasa masukkan air secukupnya  (jika perlu) dalam proses membuat doh.

Setelah itu, ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan leperkan. Letak sedikit keju cheddar di dalamnya.

Setelah itu,  tutup semula. Bentukkan ia seperti bebola. Ulangi langkah hingga selesai.

Kemudian celup bebola tadi ke dalam sedikit campuran tepung dan air, kemudian golekkan ke dalam serbebuk roti hingga merata.

Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng bebola keju itu hingga masak dan berwarna kekuning-kuningan. Angkat dan toskan.

Siap! Makan panas-panas. Memang mantap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

Published by
Nurul Azwa