Kudapan apa yang enak untuk dinikmati ketika ini? Buat bebola keledek manis pasti jadi rebutan. Makan panas-panas pasti tak cukup satu. Jika suka bebola yang lebih kenyal, lebihkan tepung pulut. Goreng sepinggan gerenti licin nanti.
BEBOLA KELEDEK MANIS
Bahan-bahan:
1 ½ cawan keledek oren
(siap direbus dan dilenyek)
1/4 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung pulut
Ads
3/4 cawan tepung beras
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
Cara memasak:
1.Satukan kesemua bahan.
2.Uli sehingga jadi doh yang lembut.
3.Bulat-bulatkan.
4.Dengan menggunakan api sederhana,goreng terendam sehingga masak kuning keemasan
Kuih getas merupakan kuih tradisional yang sangat unik kerana rasanya yang lemak manis. Ada yang juga memanggil getas-getas atau gegetas. Cara penyediaannya antara yang paling senang berbanding kuih tradisional yang lain. Uli, gentel dan goreng je. 10 minit dah boleh siap! Rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati dan sering dijadikan sebagai hidangan minum petang seisi keluarga.
KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN
1/2 biji kelapa parut
2-1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 cwn air (atau secukupnya)
1 sudu teh garam
Untuk sira gulanya
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa.
Bentukkan doh sebesar nugget
Goreng dengan api sederhana.
Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.
Air dan gula dimasak hingga pekat. Berbuih macam ni tanda gula telah pekat.
Masukkan kuih yang telah digoreng dan boleh tutup api, kacau hingga jadi seperti ini.
Menerusi perkongsian saudari Khairani Binti Ismail, berliau berkongsi cara-cara membuat pulut lemang atau ketupat lemak versi homemade. Memang mudah sebab tak perlu kukus atau bakar. Hanya masak guna plastik bersesuaian yang sesuai untuk suhu tinggi dan tahan panas. Jom cuba!
RESIPI PULUT LEMANG / KETUPAT LEMAK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut – anggaran 1 kg
Secubit garam
1 keping asam gelugur
Daun pandan – disimpul
Plastik bersesuaian
1 kotak santan
Air secukupnya
Sedikit gula – ikut citarasa. Nak abaikan pun tak apa.
CARA MEMASAK:
1. Rendam beras pulut bersama garam, asam keping dan daun pandan. Biarkan selama 5 jam. Jika guna beras pulut susu, rendam sekejap sahaja.
2. Isi beras pulut ke dalam plastik. Jangan letak penuh supaya bila dimasak, santan boleh meresap pada pulut.
Plastik aiskrim boleh digantikan dengan plastik bersesuaian yang sesuai untuk suhu tinggi dan tahan panas.
3. Cucuk lubang pada plastik pulut tadi.
4. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan santan dan air sehingga pulut tenggelam. Tambah sedikit gula ikut citarasa masing-masing. Tutup periuk dan tunggu hingga masak.
5. Ketupat /lemang homemade ni dah masak bila air dah kering, santan putih-putih dan tak ada dan jadi berminyak.
6. Angkat, biarkan sejuk dan bolehlah dinikmati bersama rendang.
INFO: Bila pulut hampir masak, tolak beras pulut supaya padat di dalam plastik kemudian ikat balik. ( supaya teksturnya lemak, lembut dan gebu.)
Ramai yang menyukai kuih Puteri Ayu, kuih berwarna hijau yang lemak manis dan kaya dengan rasa pandan ini sememangnya disukai ramai tanpa mengira usia. Tapi kalau korang belum pernah membuatnya, kali ini korang cuba berpandukan tip yang RASA kongsikan ini, ia sangat mudah tidak mengambil masa lama untuk mengukusnya.
Panaskan Pengukus Terlebih Dahulu:
Langkah pertama, panaskan mengukus, sementara anda mula untuk membancuh adunan Puteri Ayu.
Pukul Atau Putar Telur dan Gula Hingga Kembang:
Putar atau pukul telur bersama gula pasir dan bahan penaik (ovelete) hingga kembang. Tambahkan esen Vanilla dan sedikit garam, pukul hingga kembang. Ia penting agar apam tidak mendapat selepas dikukus.
Guna Tepung Berprotein Sederhana & Tepung Jagung:
Selepas adunan telur dan gula kembang, masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak bersama. Menggunakan tepung berprotein sederhana mampu membantu apam mengembang dengan elok yang memberikan tekstur yang empuk dan lembut. Masukkan dua jenis tepung yang diayak bersama sedikit demi sedikit. Untuk meratakan campuran tepung boleh gunakan spatula dengan cara kauk balik.
Campur Santan, Air Dan Pewarna Hijau:
Setelah campuran telur dan tepung sekata, tambahkan bahan cairan campuran santan pekat air pandan dan perasa pandan. Air pandan adalah hasil dari daun pandan yang dikisar halus dan ditapis airnya. Air pandan memberikan aroma pandan yang wangi, pewarna hijau memberikan warna hijau lebih menarik.
Kelapa Parut Sebagai Kepala Atau Topping:
Sebelum memasukkan adunan ke dalam acuan, sapu acunan dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan sedikit kelapa parut yang telah diambil bahagian putihnya sahaja dan gaulkan dengan secubit garam halus. Padatkan kelapa parut, kemudian tuangkan adunan apam 3/4 acuan. Lakukan hingga adunan habis.
Kukus Tidak Lebih 20 Minit:
Susun acuan dalam pengukus dan kukus dalam pengukuks yang telah sedia dipanaskan selama tidak lebih dari 20 minit menggunakan api besar. Setelah Masak, angkat dan sejukkan, Keluarkan dari acuan apabila sejuk.
Resipi Apam Puteri Ayu.
Bahan-Bahan :
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecik ovelate
1 1/2 cawan tepung gqndum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 cawan santan kotak
2 sudu makan patu pes pandan
1 penutup pewarna hijau
Bahan Kelapa Parut:
Kelapa parut
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)
CARA MEMASAK:
Ayakkan tepung bersama baking powder
Putar telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih.
Masukkan santan selang seli dengan tepung.
Gaul sebati baru tuang pewarna hijau. Mutar sebati lagi sekali.
Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan.
Tuang adunan tepung paras acuan. kukus 10-15 minit api besar.