Bebola Tauhu Telur Puyuh Serius Sedap, Rugi Tak Cuba Ni.

Share

Emak-emak semua, Bebola Tauhu Inti Telur Puyuh ini, boleh dimasukkan dalam list menu bekal anak korang ke sekolah, gerenti anak-anak tak tolak punya. Selain sedap berkhasiata menu ini sangat mudah disediakan, buat malam sebelum tidur, pagi tinggal goreng je. Selain sedap makan begitu saja, cicah dengan sos cili atau sambal kicap pun sedap tau..


TAUHU RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:

  • 100gm isi ayam | kisar
  • 10 biji telur puyuh
  • 2 keping tauhu putih | hancurkan
  • 1 bungkus mi segera | hancurkan
  • 1 biji telur | pecah dan kacau
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • ½ sudu teh serbuk lada sulah
  • ½ sudu teh serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tauhu yang telah dihancurkan bersama ayam kisar, bawang putih, lada sulah, garam,serbuk pati ayam dan telur yang sudah dikacau. Adun rata.
  2. Ambil satu sudu makan adunan kemudian leperkan dan letakkan telur puyuh ditengah. Bulatkan semula sebesar bola pingpong.
  3. Ulang proses hingga habis adunan.
  4. Golekan adunan di dalam bekas mi kering yang telah dihancurkan. Lakukan hingga habis.
  5. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bebola tauhu yang bersalut mi segera tadi.
  6. Angkat dan toskan sebelum sedia dihidangkan.
Published by
Norasida Myasin