Petang-petang kalau makan bebola ubi keledek memang nikmat. Nak pulak dapat makan panas-panas.
Bebola keledek daripada Farisha Sofea ni memang super sedap nih. Guna dua jenis tepung beras dan tepung pulut. Paling sedap ubinya guna dua cawan. Ada pulak santan pekat perggh..memang berbaloi masak bebola ubi keledek gayanya
BEBOLA UBI KELEDEK
.
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan ubi keledek ( dah direbus dan dilenyek ) – beli online DI SINI
- 1 cawan tepung beras – beli online DI SINI
- 1/2 cawan tepung pulut – beli online DI SINI
- 4 sudu besar gula ( boleh lebihkan / kurangkan ) – beli online DI SINI
- 1/4 sudu kecil garam – beli online DI SINI
- 1/2 cawan santan pekat- beli online DI SINI
- minyak untuk menggoreng -beli online DI SINI
CARA MEMASAK :
1. Satukan ubi keledek bersama garam dan gula .
2. Untuk versi baby , boleh asingkan sedikit adunan dan masukkan puri kurma / madu ( 1 tahun ke atas ) sebagai pengganti gula .
kacau sebati . 3. Masukkan pula tepung beras dan tepung pulut . 4. Gaul adunan sambil ditambahkan santan sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh . 5. Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bebola dengan kemas . 6. Ulang proses sehingga selesai . 7. Sementara itu panaskan minyak menggunakan api sederhana . 8. Setelah siap dibentuk , gorengkan bebola tersebut sehingga kekuningan . 9. Angkat dan toskan . 10. Siap , sedia dihidang !
FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea
INGIN MENCARI AIR FRYER TERKINI, BELI ONLINE DI SINI.
JOM TENGOK VIDEO MASAKAN MENARIK INI :
DAN RESIPI-RESIPI INI :