Jika anda pernah pergi ke Thailand dan Indonesia, pasti ada ternampak bebola ubi kopong dijual di jalanan. Boleh dikatakan, bebola ubi kopong ini sebagai snek yang biasa dijual sebagai street food.
Rasanya manis dan kenyal. Apabila digigit, terasa rangup dan akan nampak ruang kosong di tengah-tengahnya. Sebab itulah namanya kopong. Sedap dimakan panas-panas. Jom kita lihat resipinya.
BAHAN-BAHAN
2 cawan ubi keledek oren (direbus & dilenyek)
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk penaik
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, satukan semua bahan.
2. Gaul sebati sehingga menjadi doh.
3. Bulat-bulatkan doh sehingga habis.
4. Panaskan minyak masak dengan api yang sederhana. Masukkan bebola ubi apabila minyak telah benar-benar panas.
5. Apabila bebola ubi sudah kekuningan, layang-layangkan dan tekan-tekankan bebola tersebut dengan menggunakan belakang sudip. Tidak perlu risau bebola akan penyek kerana bebola akan kembali kepada bentuk asal.
6. Goreng sehingga bebola berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan. Siap.
Selamat mencuba!
Sumber: Farisha Sofea
Terima kasih kepada berkongsi resipi di Rasa Share Resipi