Kuih lompat tikam memang sedap dimakan sebagai pencuci mulut. Enak dimakan sejuk-sejuk. Berbeza dengan lompat tikam versi Kelantan yang ada pulut merah, lompat tikam versi Terengganu tiada pulut.
Nak tahu cara membuatnya? Memang mudah dan ringkas, tapi sedap tak terkata. Ikuti resipi perkongsian daripada Min Hani yang diperoleh daripada ibunya. Jom kita cuba buat.
KUIH LOMPAT TIKAM VERSI TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras – Boleh beli online di sini
2 cawan air
2 cawan air daun pandan
½ sudu kecil kapur – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Satukan dan kacau bahan-bahan tersebut sampai pekat di atas api yang sederhana.
Dah nampak berkilat, boleh angkat masuk ke dalam loyang.
(KEPALA SANTAN)
1 cawan tepung beras
2 cawan air
2 cawan santan – Boleh beli online di sini
1 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan masak sampai likat.
Setelah masak, tuangkan adunan ke dalam loyang yang sama.
Sejukkan, potong dan bolehlah dimakan.
Untuk kuah air gula, masakkan gula Melaka dan air sampai gula cair. Letakkan daun pandan yang disimpul. Dah sejuk, bolehlah dituangkan ke atas kuih tadi.
Selamat mencuba.
Kredit: Min Hani
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official