Buat cocktail memang mudah. Tetapi, ada cara untuk buat cocktail lebih sedap dan pekat kuahnya. Juga sentiasa kekal manisnya walaupun dalam jangka masa yang lama.

Untuk menghasilkan kuah cocktail yang pekat dan sedap ini, Zakiah Salehu sudi berkongsi cara penyediaannya. Memang betul, cara ini akan membuatkan kuah cocktail akan terasa lebih sedap dan kekal kemanisannya.

Dalam resipi ini ada dua cara penyediaannya, sama ada untuk dinikmati beramai-ramai atau dalam kuantiti yang sedikit. Jom kita buat.

KUAH COCKTAIL SEDAP DAN PEKAT

BAHAN-BAHAN:

¾ tin susu pekat – Boleh beli online di sini

2 tin susu cair – Boleh beli online di sini

2 tin cocktail (boleh guna jenama Hosen, buahnya tak lecah)

Laici atau nata de coco Boleh beli online di sini

Ads

Dragon fruit merah

Begini Cara Buat Cocktail Pekat Dan Sedap, Kekal Kemanisannya

CARA MEMASAK:

Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul sebati.

Kemudian, akhir sekali boleh campurkan laici atau nata de coco. Cuma, kalau nak letak nana de coco, pastikan tapis dan buangkan semua airnya. Ambil isinya sahaja. Jika tidak, kuah cocktail akan cair dan kurang enak.

Tapi, air cocktail dan air laici usah dibuang. Boleh dimasukkan sekali. Sedap air tu.

Boleh tambahkan juga buah seperti dragon fruit. Kuah akan jadi merah jambu.

Saya tak letakkan ais sebab kuah cocktail akan jadi tawar apabila ais mencair. Jadi, saya letakkan dalam peti sejuk dan rasa kuah masih padu.

Begini Cara Buat Cocktail Pekat Dan Sedap, Kekal Kemanisannya

Jika nak buat dalam kuantiti yang sedikit, boleh guna resipi di bawah.

BAHAN-BAHAN:

1 tin cocktail Boleh beli online di sini

1 tin susu cair

¼ tin susu pekat – Boleh beli online di sini

Laici atau buah-buahan disukai

Ads

Jika letak nata de coco, tetap perlu buang airnya dan ambil isinya sahaja.

Begini Cara Buat Cocktail Pekat Dan Sedap, Kekal Kemanisannya

Selamat mencuba.

Kredit: Zakiah Salehu

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Resipi Tumis Ayam Serai, Menu Ringkas Tapi Sedap Terangkat

Ads

Nasi Goreng Kampung Pedas Padu, Memang Teringat Keenakannya

Mi Udang Periuk Penang Resipi Bonda, Sedapnya Tak Cukup Semangkuk

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI