Kalau makan nasi, memang sedap kalau ada sambal belacan. Automatik terus mengundang selera. Adakala, cukup nasi dengan ikan goreng dan sambal belacan pun dah cukup menyelerakan.
Nak tahu cara buat sambal belacan yang sedap? Ikuti perkongsian resipi oleh Farra Eira ini. Gerenti menambah-nambah nasinya. Jom buat stok banyak-banyak. Senang kalau nak makan nanti, ambil sahaja daripada peti sejuk.
SAMBAL BELACAN SEDAP
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili merah* – Boleh beli online di sini
7 biji cili padi (nak pedas, boleh tambah lagi)* – Boleh beli online di sini
2 inci belacan* – Boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah kecil*
6 biji limau kasturi – Boleh beli online di sini
Garam
Gula
CARA MEMASAK:
Kesemua bahan bertanda (*) dibakar atas kuali tanpa minyak.
Limau kasturi diambil jusnya sahaja. Ambil 1 belah kulit limau sahaja untuk dikisar sekali. Pastikan buang bijinya untuk elakkan rasa pahit.
Kisarkan semua sekali bahan di atas di dalam pengisar. Tambahkan sedikit air untuk memudahkan mengisar.
Jika tak mahu letak pun tak mengapa. Boleh tambahkan perahan limau kasturi supaya senang mengisar.
Siap. Boleh dimasukkan ke dalam balang kecil ataupun bekas dan disimpan di dalam peti sejuk.
Kredit: Farra Eira
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official