Sedapnya Somtam Betik perkongsian saudari Rosmaliza Omar ni. Bagi penggemar sajian Thailand, menu ni antara yang patut anda cua hasilkan sendiri di rumah. Bahan-bahannya sangat udah dan senang diperolehi. Paling penting, ada betik mengkal. Barulah menjadi. Lepas ni tak perlu dah beli Somtam di kedai. Masak je sendiri di rumah. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk bawang putih sekadar pecah dalam lesung dan masukkan cili padi. Tumbuk sedikit untuk memecahkan cili. Kemudian masukkan gula siam. 2. Masukkan kacang panjang, tumbuk kasar sambil digaul dengan bahan yang tadi mengunakan senduk. 3. Kemudian masukkan parutan betik muda dan hirisan tomato. Gaul sambil tumbuk sedikit lagi. 4. Akhir sekali masukkan kacang tanah dan udang kering. Tumbuk beberapa kali dan masukkan sos ikan dan jus limau nipis. 5. Gaul rata. Rasa masam, manis dan pedas biar secukup rasa. Hidangkan bersama ulaman kangkung.
Walau sejauh mana kita merantau dan hidup dalam dunia moden, aneka masakan kampung tentunya sentiasa menjadi pilihan. Walaupun ringkas, tapi kepuasan dalam setiap suapan tu memang sukar digambarkan. Bagi anda yang teringin nak masak lauk kampung simple, ini antara resipi yang boleh dicuba.
1. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
5 batang serai | diketuk
5 helai daun kunyit | disiat
2 keping asam gelugur
1 liter santan cair
2 kg santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
Sedia untuk dihidangkan
2. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos cili
5 biji cili padi | dikisar
4 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar Holland | dihiris
1cm halia | dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji cili padi | dibuang tangkai
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
Sedia untuk dinikmati.
3. SAMBAL IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol saiz sederhana | dipotong kecil
6 biji bawang merah | dikisar
20 tangkai cili kering | direndam air panas dan dikisar
1cm belacan | dikisar
2 biji bawang besar | dihiris
4 keping asam gelugur
Sedikit garam kasar
Sedikit garam halus
Gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan susun di dalam periuk. Tabur garam kasar dan tiga keping asam gelugur.Rebus menggunakan api kecil sehingga ikan masak.
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan seketika.
Dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. Masukkan satu keping asam gelugur, garam dan gula. Gaul rata.
Masukkan ikan yang digoreng tadi bersama hirisan bawang besar. Gaul sehingga semua bahan sekata dan bawang sedikit layu.
Sedia untuk dinikmati.
4. LAWA MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
5kg mangga muda | disagat halus
1kg santan kelapa | anggaran mengikut kesesuaian dan jenis manga
300gm cili kisar | guna cili kering china
Sedikit cili padi | mengikut tahap kepedasan yang diingini
60gm lada hitam kasar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sekejap santan menggunakan api sederhana namun jangan sampai pecah minyak.
Masukkan cili kisar dan biarkan masak lebih kurang 2-3 minit sahaja dengan api sangat perlahan. Ia bertujuan untuk memastikan lawa mangga tahan lama.
Satukan mangga dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
Hidangan ala salad dari Thailand penuh dengan rasa menyegarkan. Masam, manis, masin dan pedas menaikkan selera makan anda. Somtam sesuai untuk yang menjaga berat badan.
SOMTAM BETIK MUDA
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih
2-6 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan kacang goreng
3 sudu besar perahan air limau nipis (sebiji limau nipis)
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula somtam @ gula melaka @ gula biasa
betik muda ( di sagat atau potong memanjang)
Lobak merah (di potong halus memanjang)
kacang panjang (di potong seinci panjang)
tomato ( di belah 4-6)
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi menggunakan lesung kayu (jika tidak ada lesung batu pun boleh).
2. Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan sayur-sayuran.
3. Akhir sekali masukkan kacang, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran.