Bekalan Kek Raya Untuk Seminggu. 1Kg Tepung Untuk 3 Adunan Dapatlah 9 Bekas, Memang Berbaloi!

Share

Memang berbaloi kalau buat kek untuk hidangan raya tapi dalam masa yang sama kalau dapat berkongsi kek dengan jiran tetangga dan sanak saudara lagi meriah. Resipi ni boleh buat sampai 3 adunan jadi boleh lah buat berbekas-bekas memang sedap dan jimat masa! Selamat mencuba.

 

Bekalan untuk seminggu, buat 3 adunan dapatlaa 9 tupperware nii, 1 kg gandum jer tu pun ada lebih lagi 1 cawan nii. Dah biasa makan benda sama beminggu berbulan, ikut kudrat & rezki sambil jimat petrol dan bajet membeli. Makan panas pun sedap, sejuk dari fridge pun sedap, buat simple  jerrr…..

 

RESIPI SUNQUICK MOIST CAKE

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
    * satukan ketiga2 bahan, gaul2kan sekejap & ayak.
  • 4 biji telur A @ 5 biji telur B
  • 2 sudu makan parutan kulit buah sunkist
  • 1/2 cawan sunquick (perisa OREN)
  • 2/3 cawan gula
  • 2/3 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak sayur @ minyak masak
  • 1 cawan air panas
  • sedikit pewarna kuning lemon @ kuning telur, blh jg guna kaler oren.
    * boleh kurang @ lebihkan sesudu dua gula @ susu jika nak lebih @ kurang manisnya.

CARA MEMASAK:
* Setelah pecah telur, buangkan tali pusatnya supaya kek tak hanyir, so tak guna esen vanilla puntak pe
– Pukul telur dan gula hingga gula hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil dipukul sebati.
* Jika adunan pekat atau berat untuk dipukul boleh selang selikan tepung dengan minyak yer. Buat hingga habis minyak & tepung.
– Tambahkan susu pukul kejap pastu tambah air panas, pukul lagi hingga adunan kelihatan licin & tidak berketul. Terus campurkan sunquick, pukul lagi hingga sebati & adunan pun kelihatan mula kembang naik dah time nii.
– Akhir sekali letakkan parutan kulit sunkist jg pewarna. Pukul sekejap hingga warnapun sekata dan dah boleh mula mengukus @ pun dibakar.

* Sukatan satu adunan di atas untuk sebiji kek bersaiz 8″x8″ @ 3 biji kek kecil bersaiz 4 1/2″x6 1/2″ (spt bekas dlm gmbr saya nii)

* UTK DIKUKUS:
Jika guna tupperware plastik tahan panas macam gambr nii boleh terus tuang & kukus dengan api besar leibh kurang 25 – 35 minit @ sehingga masak (2 biji sekali kukus).
* UTK DIBAKAR:
Alaskan dasar loyang dgn kertas minyak, sapukan sedikit marjerin, tuangkan adunan & bakar api atas bwh suhu lbh krg 160-170°c, dlm 45 minit @ hingga masak & bgantung jenis oven. Kalu nk lbh moist dibakar, blh alaskan tray k

 

Kongsi resipi: Nurazlina Azlin‎

Published by
Mastura Abu Kassim