Siapa orang Terengganu pasti tahu kuih bekang telur. Kuih tradisional yang sangat jarang dijual. Nak menikmatinya kenalah usaha buat sendiri.Jika ada yang teringin nak makan dikongsikan resepi membuatnya. Kuih ni dibuat kuah dalam 2 versi iaitu versi manis dan satu lagi versi lemak.Selamat mencuba.
Bekang Telur
Kuah Lemak & Kuah Manis
1 pek tepung beras (5 cawan)-beli online di sini
7 cawan air
5 biji telur
Secubit garam
Cara membuat:
1.Campur semua dan pukul sebati. Bolehlah dibakar dengan api kecil (atas dapur gas je). Boleh guna acuan cara, baulu dan sebagainya.
Kuah manis
Bahan-bahan:
1/2 biji kelapa (3 cawan sederhana pekat), guna 200g santan segar.
2-3 sudu besar tepung beras
3/4-1 kerek nisang . Jika nak lebih manis tambah nisang
Secubit garam
Daun pandan
Cara membuat:
1.Campur semua bahan dan kacau hingga pekat
Kuah lemak:
1/2 biji kelapa (3 cawan santan) – 200g santan segar
2-3 sudu besar tepung beras
Secubit garam
Cara membuat:
1.Campur semua bahan dan kacau hingga sederhana pekat
* jika kurang pekat, bancuh sedikit lagi tepung beras dengan sedikit air dan tambah ke dalam adunan.
Sambal ikan
3 ekor ikan panggang/rebus- asingkan tulangnya
Sedikit santan
Bawang merah dan halia- mayang/ blend-beli online di di sini
Halba-beli online di sini
Garam
Cara membuat:
1.Masak di atas api sederhana hingga agak lembap.
Kredit: Kallthom Mohamed
Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official