1. GARAM
Bau pada bekas plastik atau tupperware seringkali datang dari sisa-sisa makanan yang tertinggal dan bersembunyi dalam celah-celah bekas plastik. Cara untuk bersihkannya m,udah sahaja. Ambil garam halus dan gosoklah perlahan-lahan. Ia boleh menghilangkan kesan makanan yang terperangkap, seterusnya menghilangkan bau.
2. KERTAS SURAT KHABAR LAMA
Jika bekas makanan anda masih berbau, cuba pula gunakan kertas surat khabar lama. Ambil beberapa helai surat khabar dan renyukkan. Kemudian celupkan dengan sedikit air. Letak surat kahabar tadi ke dalam bekas makanan dan tutup kemas. Biarkan beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung dalam kertas surat khabar boleh menyerap bau kurang enak dari bekas plastik atau tupperware. Bila nak guna, keluarkan kertas dan bersihkan bekas makanan anda.
3. BIJI KOPI
Ini salah satu lagi cara bijak untuk menghilangkan bau dari bekas makanan. Caranya mudah sahaja. Untuk bekas kecil, masukkan satu atau dua sudu makan biji kopi. Untuk bekas lebih besar, gunakan 3-5 sudu makan biji kopi. Biarkan selama beberapa hari dan barulah dicuci serta digunakan kembali. Hasilnya bekas makanan anda berbau harum.
4. UNCANG TEH
Ambil 2-3 pek uncang teh terpakai yang telah dikeringkan airnya. Biarkan di dalam bekas makanan tersebut dan keluarkan apabila anda mahu menggunakannya. Sisa harum daun teh membantu mengurangkan bau busuk pada bekas makanan.