Untitled design - 2021-01-30T092054.062

Tiada yang mustahil untuk dikecapi selagi yakin dengan apa yang diusahakan. Biarpun pernah berhadapan dengan saat kesedihan ketika hilang pekerjaan akibat Covid-19 Farah Zieda Mohd Anuar percaya rezeki Allah itu luas selagi berusaha dan yakin. Kini dia dan rakan-rakan niaga mengembleng usaha dan tenaga bersama memasarkan jenama 6ix Butchers agar dikenali dan diterima masyarakat.

Bekas Pilot Giat Usahakan Bisnes Daging Segar Secara Online Di Bawah Jenama 6ix Butchers

Bekas Pilot Giat Usahakan Bisnes Daging Segar Secara Online Di Bawah Jenama 6ix Butchers

Idea bisnes daging segar
“Pada pertengahan bulan Jun 2020 saya mendapat berita bahawa perkhidmatan saya akan ditamatkan disebabkan oleh pandemik Covid-19. Mulanya saya berasa sangat terkejut, penuh persoalan dalam kepala, apa yang perlu dibuat? Perasaan sedih mula datang beberapa hari kemudian, hingga termimpi-mimpi betul ke apa yang saya lalui ni?
Sebulan selepas servis saya ditamatkan, saya sibukkan diri dengan aktiviti sukan seperti larian, hiking, berbasikal, camping terus menerus.Selain itu belajar ilmu niaga, menghadiri kursus-kursus online untuk tambah ilmu berniaga lagi.

Mulanya idea tercetus apabila saya semakin kenal dan rapat dengan workout buddy iaitu dua pasang lagi suami isteri, rakan bersukan dan juga jiran kami sebelah taman perumahan. Apabila hari-hari berjumpa, tercetus idea mahu belajar ternak biri-biri Dorper. Selepas berfikir dan membuat research, kami setuju untuk belajar menjual daging segar dorper lamb dahulu sebelum belajar menternak. Begitulah tercetusnya idea berniaga daging segar online ini,” cerita Farah.

Perniagaan ini diwakili oleh tiga pasangan suami isteri dengan bermodalkan RM4K untuk setiap pasangan di mana jumlah keseluruhan RM12K di awal perniagaan.

Bekas Pilot Giat Usahakan Bisnes Daging Segar Secara Online Di Bawah Jenama 6ix Butchers
6ix Butchers

“Saya pernah berniaga nasi lemak panas semasa zaman di UniKL. Minat saya dulu dan dibuat secara kecil-kecilan. Buat masa sekarang saya ada mengambil beberapa kelas dan seminar online berkenaan pemasaran dan strategi perniagaan.
Jam 9 pagi setiap hari kami sudah bersedia untuk melayan pelanggan online melalui whatsapp dan juga sosial media Instagram dan FB,” ujarnya.

Jenis daging yang dijual
Daging-daging yang dijual adalah segar dan bukan sejuk beku dengan potongan premium. 6six butchers menawarkan daging segar Japan Wagyu A5 BMS 12,Wagyu Mb7-8,Angus Beef,BCL Imported (Bali Charolais Limousine),Local Brahman dan Dorper Lamb.
Peminat daging segar bolehlah mendapatkan daging jenama 6six butchers ini dengan pilihan yang pelbagai. Contohnya Tomahawk Steak, Porterhouse T-bone Steak, Picanha Steak, Flat Iron Steak, Yakiniku, Tri tip, Eye Round Steak, Rump Steak, Beef Cube, Daging Tetel, Lamb Rack, Leg Chop, Lamb Shank, Lamb Cube pun ada.

IKLAN

Bekas Pilot Giat Usahakan Bisnes Daging Segar Secara Online Di Bawah Jenama 6ix Butchers

Bekas Pilot Giat Usahakan Bisnes Daging Segar Secara Online Di Bawah Jenama 6ix Butchers

Bekas Pilot Giat Usahakan Bisnes Daging Segar Secara Online Di Bawah Jenama 6ix Butchers

Bekas Pilot Giat Usahakan Bisnes Daging Segar Secara Online Di Bawah Jenama 6ix Butchers
wagyu picanha.

Bekas Pilot Giat Usahakan Bisnes Daging Segar Secara Online Di Bawah Jenama 6ix Butchers

IKLAN
Bekas Pilot Giat Usahakan Bisnes Daging Segar Secara Online Di Bawah Jenama 6ix Butchers
Angus Tomahawk
Bekas Pilot Giat Usahakan Bisnes Daging Segar Secara Online Di Bawah Jenama 6ix Butchers
Porter T-bone Steak

Daging segar ini disediakan dengan potongan premium serta harga mampu milik. Harga dari serendah RM20 sehingga RM200 bagi setiap satu pek.
Pembelian secara online dengan servis penghantaran ke rumah.Mereka yang ingin membeli boleh follow FB 6ix Butchers dan IG @6ixbutchers. Akan datang pembelian boleh melalui website 6ix Butchers.
“Kami mengambil tempahan melalui whatsapp dan ada beberapa rider untuk penghantaran seluruh Lembah Klang dan juga Seremban. Cara pemasaran kami melalui online. 100% Online. Instagram dan Facebook,”akuinya.

Bekas Pilot Giat Usahakan Bisnes Daging Segar Secara Online Di Bawah Jenama 6ix Butchers
suami kiri.

Bekas Pilot Giat Usahakan Bisnes Daging Segar Secara Online Di Bawah Jenama 6ix Butchers

Semasa isu kartel hangat diperkatakan, ianya memberi kesan yang positif pada peniaga daging segar dan penternak tempatan. Sumber ternakan ada di antaranya di import dari luar negara secara hidup, tetapi proses penyembelihan di lakukan di rumah penyembelihan yang mendapat pensijilan Halal dan menepati piawaian dari pihak berwajib.

Bekas Pilot Giat Usahakan Bisnes Daging Segar Secara Online Di Bawah Jenama 6ix Butchers

IKLAN

Bekas Pilot Giat Usahakan Bisnes Daging Segar Secara Online Di Bawah Jenama 6ix Butchers
Penyembelihan dilakukan setiap minggu untuk mengekalkan tahap kesegaran dalam masa yang sama memberi keyakinan pada para pelanggan. Impak positif ini bukan sahaja membantu menaikkan perniagaan daging segar malah ianya juga membantu para penternak tempatan memasarkan daging segar tempatan sepanjang tahun tidak hanya bergantung jualan menjelang Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan majlis keramaian yang lain. Kini perniagaan daging segar kembali mendapat tempat di hati para pengguna tempatan.

“Alhamdulillah masih terlalu awal untuk kami katakan berjaya, bisnes kami masih lagi baru dua bulan lebih beroperasi, masih banyak perkara yang perlu kami perbetulkan dan perkukuhkan.Belajar dan terus belajar.
Nasihat saya buat yang ingin berniaga, jangan peduli cakap orang, niat hati kena ikhlas kita nak berniaga untuk bantu orang lain, ahli keluarga kita dan demi memperbaikkan kualiti hidup kita,”jelasnya mengakhiri bualan.

INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH BELI DI SINI.

10 Teknik Panggang Daging Stik Terbaik, Masak Berjus.

Resipi Daging Masak Hitam Paling Sedap

Resipi Daging Masak Lada Hitam Paling Senang Tapi Sedap

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI