Dalam episod ketiga rancangan terbaru Rasa: Jelajah Rasa Nusantara, Adam Didam dan Ili Sulaiman berkongsi pula cara-cara memasak Mi Celup yang sangat terkenal di negeri Kelantan dan juga hidangan Pho yang menjadi kegemaran rakyat Vietnam.
Kedua- duanya memang sangat sedap dan membuka selera.Nak tahu apa persamaan serta perbezaan antara dua menu ni? Jom lihat cara-cara penghasilannya.
1. PHO
BAHAN KUAH SUP PHO:
CARA MEMASAK:
1. Bakar bawang holland bersama halia hingga hangus. Kemudian barulah dikupas kulitnya.
2.Rebus tulang bersama air selama satu jam. Kemudian buang air. Ia bertujuan bagi membuang rasa hanyir.
3. Masukkan kembali tulang tadi ke dalam periuk. Rebus kembali bersama kesemua bahan-bahan lain hingga empuk dan perasa kuah sempurna.
BAHAN MEMASAK PHO:
BAHAN HIASAN:
CARA MENGHIDANG:
1. Masukkan tauge ke dalam mangkuk dan juga mi.
2. Letakkan hirisan bawang holland, daun sup, daun bawang dan juga daging mentah yang telah dihiris nipis.
Tonton video cara masak Pho:
2. MI CELUP
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SAMPINGAN:
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging bersama sup bunjut, halia, kayu manis, sengkuang kering, bunga lawang dan goji beri.
2. Tambahkan garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya. Rebus selama 1 jam.
3. Kemudian masukkan kicap manis. Kacau rata dan rasa kuah.
4. Untuk menghidangkan mee celup, celur mi bersama tauge dan kangkung. Angkat dan toskan airnya.
5. Masukkan mi ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan daging yang direbus dalam sup tadi.
6. Tuang sup dan nikmati bersama sos ikan, emping cili, kacang tumbuk, limau nipis, bawang goreng dan hirisan daun bawang serta daun sup.
7. Sedia untuk dinikmati.
Tonton video cara masak Mi Celup:
Jom cuba!