Makan

Belimbing Buluh Buat Kerabu Pun Boleh, Letak Budu & Isi Ikan Lagilah Sedap

Share

Selalunya belimbing buluh ini kita letak dalam sambal, gulai atau dibuat halwa tapi rupanya boleh juga dijadikan kerabu.

Rasanya memang berbeza dari kerabu lain, nak lagi sedap campur dengan budu dan ikan goreng yang dihancurkan. Memang terangkat rasanya. Bagi yang nak cuba boleh ikut cara  yang dikongsikan oleh Crystal Soo

ini.

Bahan-bahan:

Belimbing buluh (dihiris nipis)
Bawang merah (dihiris halus)
Kelapa goreng
Isi ikan goreng
Timun (dihiris)
Bunga kantan (diracik halus)
Daun kesom (diracik halus)
Budu & gula

 

Cara Membuat:

1. Hiris nipis semua bahan-bahan dan masukkan ke dalam bekas.

2. Masukkan sedikit budu dan gula ikut citarasa. Siap!

 

Selamat Mencuba!

Sumber: Crystal Soo

 

Published by
Rose