Wah, Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung sudah sampai ke penghujung rupanya.

Episod terakhir kali ini, membawakan barisan selebriti popular seperti Bell Ngasri, Joey, Kaza dan Aziz M Osman. 

Bell, Joey, Kaza & Aziz Berganding Bahu Siapkan Ayam Masak Merah, Nasi Hujan Panas & Acar Timun

Haa, jangan tak tahu, rupanya Bell ni pandai memasak ye. Yang lain-lain tu pula, boleh juga membantu Bell menyiapkan sajian nostalgia yang sangat istimewa.

Menu nostalgia yang dikongsikan kali ini, Ayam Masak Merah dan Nasi Hujan Panas.

Bell, Joey, Kaza & Aziz Berganding Bahu Siapkan Ayam Masak Merah, Nasi Hujan Panas & Acar Timun

Macam-macam gelagat tau mereka berempat ni nak menyiapkan sajian istimewa ni. Joey terlupa nak hidupkan suis periuk nasi, Aziz pula terpaksa menahan pedih menumbuk bawang. Alahai…

Bell, Joey, Kaza & Aziz Berganding Bahu Siapkan Ayam Masak Merah, Nasi Hujan Panas & Acar Timun

Bell, Joey, Kaza & Aziz Berganding Bahu Siapkan Ayam Masak Merah, Nasi Hujan Panas & Acar Timun

Ads

Menu Ayam Masak Merah dan Nasi Hujan Panas ni, memang menjadi hidangan istimewa untuk hari raya dan juga majlis kenduri. Nak buat pun rupanya senang je.

Bell, Joey, Kaza & Aziz Berganding Bahu Siapkan Ayam Masak Merah, Nasi Hujan Panas & Acar Timun

Bila dah ada Ayam Masak Merah dan Nasi Hujan Panas, gandingannya kenalah ada Acar Timun. Kacang je nak buat acar timun ni. Yang penting kena bahan perasa daripada AJI-NO-MOTO dan SERI AJI.

Bell, Joey, Kaza & Aziz Berganding Bahu Siapkan Ayam Masak Merah, Nasi Hujan Panas & Acar Timun

Bell, Joey, Kaza & Aziz Berganding Bahu Siapkan Ayam Masak Merah, Nasi Hujan Panas & Acar Timun

Dan untuk melengkapkan lagi hidangan, kenalah ada air yang sedap dan istimewa kan. Kita bawakan sekali cara untuk menyediakan Air Mata Kucing!

Bell, Joey, Kaza & Aziz Berganding Bahu Siapkan Ayam Masak Merah, Nasi Hujan Panas & Acar Timun

 

AYAM MASAK MERAH

Bell, Joey, Kaza & Aziz Berganding Bahu Siapkan Ayam Masak Merah, Nasi Hujan Panas & Acar Timun

BAHAN-BAHAN:

500gm ayam | dipotong kecil-kecil
1 biji bawang besar Holland | hiris
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 sudu besar SERI AJI® Rempah Gorengan Serbaguna
1 sudu besar SERI AJI® Perencah Masak Merah
540ml air
2 sudu besar minyak

CARA MASAK:

1. Kisar atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Sementara itu, gaulkan ayam dengan SERI AJI® Rempah Gorengan Serbaguna hingga sebati.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam hanya separa masak. Angkat dan toskan.
3. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan bancuhan SERI AJI® Perencah Masak Merah. Kacau-kacau hingga pecah minyak dan mendidih.
4. Bila dah mendidih, masukkan ayam. Kacau hingga sebati semuanya dengan bahan rencah.
5. Kemudian, masukkan bawang besar Holland yang dihiris bulat. Gaul-gaulkan. Apabila dah masak semuanya, tutup api. Siap.

 

NASI HUJAN PANAS

Bell, Joey, Kaza & Aziz Berganding Bahu Siapkan Ayam Masak Merah, Nasi Hujan Panas & Acar Timun

Ads

BAHAN-BAHAN:

Beras basmathi
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu besar minyak
3 kulit kayu manis
Bunga lawang secukupnya
Buah pelaga secukupnya
2 helai daun pandan (diikat)
3 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam

CARA MASAK:

1. Kisar atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bahan kisar, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis dan daun pandan sehingga pecah minyak dan naik bau.
3. Kacau-kacau sekejap, kemudian tutup api. Tuang bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasik yang ada beras.
4. Masukkan juga TUMIX® Perencah Pati Ayam. Titiskan beberapa titik pewarna. Kacau-kacau bagi sebati. Kemudian, masaklah nasi seperti biasa.

 

AIR MATA KUCING

BAHAN-BAHAN:

4 cawan air
½ mangkuk gula batu
1 tin buah mata kucing
½ mangkuk gula merah
2 helai daun pandan (diikat)

CARA-CARA:

Ads

1. Panaskan air dalam periuk. Bila air dah panas, masukkan gula batu, buah mata kucing dan gula merah. Kacau-kacau.
2. Jangan lupa untuk masukkan daun pandan. Kacau-kacau hingga gula batu dan gula merah hancur. Bila dah mendidih, tutup api.
3. Tuang air mata kucing dalam jag dan masukkan ais. Sedia untuk dihidang.

 

ACAR TIMUN

Bell, Joey, Kaza & Aziz Berganding Bahu Siapkan Ayam Masak Merah, Nasi Hujan Panas & Acar Timun

BAHAN-BAHAN:

1 biji nenas | dipotong kecil-kecil
2 biji bawang besar Holland | dihiris
2 biji timun batang | dipotong dadu
2 biji cili merah | dipotong
3 sudu besar gula
AJI-NO-MOTO secukupnya

CARA-CARA:

Campurkan kesemua bahan di dalam satu bekas/mangkuk. Gaul-gaulkan sehingga semuanya sebati.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI