
Hari yang baik haruslah bermula dengan sarapan yang mengenyangkan serta berkhasiat. Sebaiknya, jangan skip. Pagi ni anda belum sarapan? Hidangan ini paling cepat dan mudah untuk anda sediakan. Makan panas-panas, memang layan. Anak-anak pun suka.
ROTI TELUR BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping roti sandwic
- 1/2 biji bawang besar | dicincang halus
- 4 keping salami ayam | dipotong kiub
- 4 biji telur
- Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Gelek roti sehingga nipis dan isikan ke dalam acukan loyang mufin.
- Masukkan bawang cincang, salami ayam dan sedikit serbuk lada hitam.
- Kemudian pecahkan telur ke dalam roti dan bakar pada suhu 160C selama 15 minit.
- Angkat dan nikmati panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Scone Sedap & Mudah.

Petang-petang kalau pekena scone panas-panas dengan secawan kopi memang padu sedapnya. Lebih sedap, bila secone hasil air tangan sendiri, barulah anda mendapatkan rasa scone atau roti bantat yang lemak ini secara segar dan panas . Lebih sedap kalau dibelah tengah dan disapu dengan mentega dan dilapisi jem. Tak tau macam mana nak buat, nah ini resipinya:-
SCONE
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 2 sudu teh cream of tartar
- 1 sudu teh garam
- 125gm mentega tanpa garam sejuk ] potong dadu
- 25gm gula kastor
- 1 biji telur | pukul
- 275gm buttermilk/susu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selcius.
- Ayak tepung bersama soda bikarbonat, cream of tartar, garam dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan mentega. Gunakan jari, gaulkan ke dalam tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan gula dan gaul rata.
- Ketepikan 1/3 daripada telur dan campur selebihnya dengan buttermilk dan tuang ke dalam adunan tepung dan guli menjadi doh lembap. Taburkan tepung di atas pencanai dan uli Canai setebal 2 cm.
- Bahagikan doh kepada 12 menggunakan acuan bulat dan susun atas dulang pembakar. Sapukan telur yang dicampurkan dengan sedikit susu di atas doh dan bakar selama 15 minit.
- Angkat dan sedia dinikmati bersama mentega dan jem.
4 Menu Snek Barat Kesukaan, Daging & Keju Paling Sedap

Frittata, lasagna, volcano beef dan shepard pie, sebut nama resipi snek barat ni pun dah terbayang keenakkannya. Keju, susu, mentega adalah tiga bahan asas yang biasanya ada dalam masakan barat.
Ditambah pula dengan daging dan sayur-sayuran, barulah lengkap rasanya. Ni min kongsikan empat snek barat untuk dicuba, nak beli mahal nih.
1. VOLCANO BEEF CHEEZY ONION

BAHAN-BAHAN:
- 200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
- 400 gram daging cincang
- 3 biji bawang Holland (dibelah dua)
- 5 helai daun oregano (dicencang halus)
- ½ kg serbuk roti
- 2 biji telur
- 300 gram tepung gandum
- 1 sudu teh paprika
- Serbuk perasa
- Keju krim (untuk sos)
- Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK :
1.Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
2.Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
3.Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
4.Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum.
5.Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti.
6.Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan.
7.Boleh dihidangkan bersama keju krim.
2. FRITTATA BERKEJU

BAHAN-BAHAN :
- 5 biji telur
- 30 gram susu segar
- 25 gram cendawan butang (dihiris)
- 25 gram bawang merah (dipotong dadu)
- 25 gram lada benggala merah (dipotong dadu)
- 25 gram lada benggala kuning (dipotong dadu)
- 10 gram daun bawang
- 25 gram keju Cheddar (diparut)
- 25 gram keju Mozzarella (diparut)
- 10 gram mentega
- Garam
- Lada putih
CARA MEMASAK :
1. Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada putih hingga sebati.
2. Kemudian, panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang merah, cendawan, lada benggala merah dan kuning sehingga naik bau.
3. Seterusnya, masukkan adunan telur tadi dan kacau bersama bahan tumisan berserta sayuran tadi.
4. Apabila sekata, masak campuran telur berisi sayur dan taburkan dengan hirisan daun bawang hingga separa masak.
5. Akhir sekali, taburkan parutan keju Cheddar dan Mozzarella di atas permukaan telur dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 170 darjah Celsius.
6. Sedia untuk dihidang.
3. SHEPERD PIE DAGING

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kilo daging lembu atau kambing | dipotong dadu
- 100gm daging tetel lembu | dipotong kecil
- 5-6 biji kentang russet | direbus empuk
- 2 biji bawang besar | dicincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1 1/2 sudu besar serbuk brown sauce ( dilarutkan di dalam 125ml air suam)
- 1/2 kiub stok daging lembu | mengikut cita rasa
- 1 batang lobak merah | potong sebesar 2.5cm
- 2 batang seleri | potong sebesar 2.5cm
- 6-7 biji cendawan butang segar | dihiris kasar
- 2 helai daun bay
- Sedikit herba rosemary dan thyme
- 2 sudu teh sos Lea & Perrins
- Sedikit tepung gandum yang dilarutkan ke dalam 125ml air
- 180ml susu segar
- 100gm mentega ( untuk dimasukkan ke dalam kentang lenyek)
- 100gm mentega ( untuk menumis bersama minyak zaitun)
- 2 sudu makan minyak zaitun
- Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
CARA MEMASAK:
1. Lenyek kentang rebus bersama susu, mentega dan garam, untuk diletakkan di bahagian atas daging yang telah dimasak. Ketepikan.
2. Rebus daging sehingga empuk. Ketepikan.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun dan sedikit mentega. Masukkan sos Lea & Perrins, air, stok daging, lobak merah, saleri, cendawan, daun bay, rosemary, thyme, lada hitam dan garam. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul sehingga sebati. Apabila sudah masak, masukkan tepung dan sedikit mentega. Jangan masak hingga ia terlalu pekat. Biar ia basah dan lembap, tidak terlalu kering.
4. Setelah itu, masukkan semua bahan yang dimasak tadi ke dalam kaserol dan ratakan. Setelah itu masukkan kentang yang sudah dilenyek di bahagian atas dan ratakan.
5. Bakar dengan suhu 180 C selama setengah jam sehingga kentang menjadi garing sedikit.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Inti yang tidak terlalu kering akan menambah kesedapan Sheppard Pie itu ketika dinikmati.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak: 40 minit
Jenis Hidangan: Inggeris
Keistimewaan: Rasa lemak ubi kentang dan rempah ratus yang seimbang
Jenis Penyediaan: Pai
Cara Memasak: Tumis dan bakar
Anggaran kos: RM30-RM40
4. LASAGNA

BAHAN-BAHAN:
- 1 kotak ‘oven- ready’ pasta lasagna
- 650gm daging kisar
- 2 batang seleri | panggang dan dikisar
- 2 biji tomato | panggang dan dikisar
- 2 batang lobak merah |panggang dan dikisar
- 2 biji bawang besar |panggang dan dikisar
- 3 biji bawang putih
- 1 tin kecil tomato puri
- 6-7 biji cendawan butang
- 500ml air
BAHAN HERBA:
- 2 sudu kecil oregano
- 2 sudu kecil paprika
- 2 helai daun bay
- 1 sudu kecik thyme
- Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
- 125ml susu cair (evaporated)
- 2 sudu makan serbuk keju parmesan
- 1 kiub stok daging
- 100gm mentega
- 2-3 sudu makan minyak zaitun
BAHAN UNTUK SOS KEJU:
- 60gm tepung gandum
- 375ml susu cair segar
- 100gm mentega
- 7 keping kepingan keju cheddar
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan yang telah dipanggang iaitu seleri, tomato, lobak merah dan bawang besar dengan 500ml air. Ketepikan.
2. Panaskan mentega dengan minyak zaitun. Goreng bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan daging kisar.
3. Goreng sehingga naik bau wangi dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Kacau sehingga sebati dan masukkan air sekiranya pekat. Setelah mendidih masukkan tomato puri dan semua bahan herba, kiub stok daging, lada hitam, sedikit garam dan sedikit gula. Kacau sekata. Apabila hampir masak, masukkan susu dan keju parmesan dan kacau lagi sehingga sebati. Masak jangan sampai ia terlalu cair. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
4. Untuk sos keju; Panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
5. Masukkan susu dan keju dan kacau sehingga sebati. Pastikan sos tidak terlalu cair atau pekat/kental. Angkat dan sejukkan.
6. Untuk membuat lapisan lasagna; Sapukan mentega secara rata pada kaserol atau bekas pembakar. Letakkan sos daging dan ratakan.
7. Susunkan lasagna pasta di seluruh permukaan bekas.
8. Sapukan sos keju dan taburkan serbuk keju parmesan.
9. Sapukan sos daging lagi dan ratakan. Seterusnya susunkan pasta lasagna.
10. Sapukan sos keju dengan rata. Taburkan keju mozarela di seluruh permukaan.
11. Bakar pada suhu 180 C selama 1/2 jam sehingga keju mozarela cair dan kekuningan. Barulah angkat dan enak dimakan ketika panas.
Info chef: Hanya masukkan sedikit sahaja garam untuk menggelakkan ia masin memandangkan sudah ada aneka jenis keju.
Saiz Hidangan: 3-5 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Mengenyangkan dan sedap
Jenis Penyediaan: Pasta
Cara Memasak: Tumis, goreng dan bakar
Anggaran kos: RM30-RM40
Buat Sendiri Peach Strudel, Rasa Sedap Macam Dekat Bakeri

Dah lama mengidam makan Peach Strudel macam dekat Kenny Hills Bakers. Jadi bila dah teringin sangat, kita cubalah buat sendiri ikut resipi yang dikongsi oleh Hidayati Hana . Ikut step by step pasti menjadi elok. Kalau nak buat banyak boleh gandakan adunan.

PEACH STRUDEL
Bahan-bahan:
4 keping kulit pastry puff
1 biji kuning telur
Pastry Puff dipotong 4
Sapukan kuning telur
Lapikkan tray dengan baking paper
Bakar dalam oven suhu 160 selama 30 minit
Dah siap sejukkan dahulu
125gm cream cheese
2 sudu besar gula ising- BELI ONLINE DI SINI
70gm whipping cream
Buah peach dalam tin
Cara membuat:
1.Putar cream cheese hingga lembut.
2.Masukkan gula ising.
3.Masukkan whipping cream.
4.Putar hingga sebati
5.Masukkan ke dalam piping bag.
6.Pipekan atas pastry puff tadi. ( kalau cream cheese tu cair boleh masukkan dalam peti sejuk sekejap sebelum digunakan)
7.Susun buah peach yang dah dipotong.
8.Taburkan gula ising jika suka

Kredit: Hidayati Hana
Roti Garlic Semerbak Harum , Pasti Jadi Rebutan Untuk Minum Petang
5 Resipi Mudah Untuk Sarapan & Minum Petang. Paling Senang, Guna 2 Bahan Saja Tau

