Belum Sarapan? Roti Telur Bakar Ni Paling Mudah Nak Buat.

Share

Hari yang baik haruslah bermula dengan sarapan yang mengenyangkan serta berkhasiat. Sebaiknya, jangan skip. Pagi ni anda belum sarapan? Hidangan ini paling cepat dan mudah untuk anda sediakan. Makan panas-panas, memang layan. Anak-anak pun suka.

ROTI TELUR BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping roti sandwic
  • 1/2 biji bawang besar | dicincang halus
  • 4 keping salami ayam | dipotong kiub
  • 4 biji telur
  • Sedikit serbuk lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Gelek roti sehingga nipis dan isikan ke dalam acukan loyang mufin.
  2. Masukkan bawang cincang, salami ayam dan sedikit serbuk lada hitam.
  3. Kemudian pecahkan telur ke dalam roti dan bakar pada suhu 160C selama 15 minit.
  4. Angkat dan nikmati panas-panas.
Published by
Nur