Bendi, kacang lendir atau okra hanya ada di negara beriklim panas lembap. Banyak kebaikkan bendi antaranya mencegah sembelit dan menstabil kandungan gula dalam darah.
BENDI GORENG BERCILI BERSAMA DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
- 20 batang bendi ] dihiris serong
- 5 keping daging burger ] dicincang kasar
- 3 ulas bawang putih ] dihiris
- 3 ulas bawang merah ] dihiris
- 2 sudu makan cili kisar
- Sos tiram secukup rasa
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit Air
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah serta cili kisar hingga garing.
- Kemudian masukkan daging burger. Masak sehingga sedikit kecut dan tidak melekat pada kuali.
- Seterusnya masukkan sos tiram, garam serta sedikit gula. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
- Akhir sekali masukkan hirisan bendi. Gaul hingga rata dan semua bahan kelihatan mesra.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Selain daging burger, boleh juga menggunakan corned beef.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Mudah disediakan dan tidak terlalu pedas.
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Tumis.