Bendi Goreng Tumis Belacan dan Udang, Ratah Macam Tu Pun Sedap
Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang sedap dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja. Sekelip mata habis licin satu pinggan. Mari kita cuba resipi Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah ini. Kalau ada yang tak suka bendi berair, boleh ikut resipi ini dijamin bendi tidak akan berair lagi. Selamat mencuba!
RESEPI BENDI GORENG TUMIS BELACAN BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
Bendi Udang 1 sudu besar serbuk belacan –beli online 1 sudu kecil serbuk perasa ½ sudu kecil serbuk kunyit – beli online Minyak masak secukupnya – beli online
*4 ulas bawang putih –beli online *1 biji bawang merah *4 biji cili padi merah *1 biji cili merah –beli online *1 biji tomato
*Kisar atau tumbuk bahan yang bertanda
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi , masak sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan udang dan masakkan ia seketika.
Ads
3. Masukkan serbuk belacan, serbuk perasa dan serbuk kunyit kemudian gaulkan.
Ads
4. Masukkan bendi, goreng dan gaulkan sehingga sebati (goreng 3 minit)
5. Angkat dan siap untuk dihidang.
Ads
NOTA: Cara untuk bendi tidak berlendir, cuci dan toskan bendi kemudian barulah dipotong.
Hidangan pembuka selera lauk kampung yang unik tapi ringkas. Aroma terung bakar yang ditumis dengan cili padi serta diberi perahan limau kasturi memberi rasa masam pedas yang membangkitkat rasa makan anda.
TERUNG BAKAR TUMIS CILI PADI ISTIMEWA
BAHAN – BAHAN
Bawang Merah dihiris
Cili padi Hijau / Merah (dihiris nipis)
Belacan
Terung Gemuk
Limau Kasturi
Garam
Minyak
CARA MEMASAK:
1. Bakar terung di atas api. Pilih terung yang gemuk sebab jika di bakar terung mengecut. Lagi lama bakar laaagi sedap! Bakar hingga lembik tapi jangan lembik sangat.
2. Setelah puas hati dengan baunya dan aroma, buang kulit terung yang dibakar tadi. Tinggalkan sikit kulit hitam tadi pun ok sebab itulah benda yang sedap.
3. Dengan sedikit minyak tumis bawang merah, cili padi dan belacan sehingga naik bau. Selepas itu masukkan terung yang dibakar tadi
Minyak bijan memang sedap dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Sama ada untuk masakan berkuah, bergoreng, atau sekadar titisan terakhir sebagai penambah aroma, minyak bijan sentiasa memberi sentuhan istimewa pada setiap hidangan. Aromanya yang wangi bukan sahaja menaikkan lagi keenakan masakan, tetapi juga membuka selera.
Biasanya kita beli minyak bijan di kedai, tapi tahukah anda bahawa sebenarnya anda boleh buat sendiri minyak bijan homemade di rumah? Caranya sangat mudah dan menggunakan bahan yang ringkas sahaja. Jom cuba resipi minyak bijan homemade yang dikongsikan oleh UmiSarah AbdulRashid ini. Hasilnya wangi, pekat, dan tahan lama!
Resipi Minyak Bijan Homemade Hanya Guna 2 Bahan
Bahan-Bahan:
1 cawan bijan
2 cawan minyak masak
Cara Memasak Minyak Bijan Homemade:
Ambil bijan, cuci bersih dan toskan airnya.
Sangai sekejap bijan dalam kuali tanpa minyak untuk keringkan air dan naikkan aroma. Kemudian kisar menggunakan blender kering hingga halus.
Masukkan serbuk bijan ke dalam periuk dan tuang minyak masak.
Kacau hingga serbuk bijan sebati dengan minyak. Bila sudah betul-betul sebati, buka api sederhana dan teruskan mengacau.
Sentiasa kacau untuk elak bijan hangit di bahagian bawah. Bila bijan bertukar warna keperangan dan naik bau harum, tutup api tetapi teruskan kacau sebab minyak masih panas.
Tutup periuk dan biar minyak bijan sejuk sepenuhnya. Bila dah sejuk, tapis minyak bijan menggunakan penapis halus. Tekan dan kacau tapisan supaya semua minyak keluar dan tinggal hampas sahaja.
Hampas bijan jangan dibuang! Anda boleh gunakannya dalam masakan seperti tumisan sayur, mi goreng atau sambal untuk menambah rasa lemak dan aroma wangi bijan.
Minyak bijan homemade anda siap disediakan. Hasilnya dapat sebotol besar dan boleh digunakan selama 2 hingga 3 bulan jika disimpan di tempat sejuk dan kering.
Kelebihan Buat Sendiri Minyak Bijan Homemade
Selain menjimatkan, minyak bijan homemade lebih asli dan bebas bahan pengawet. Anda boleh kawal kepekatan serta aroma mengikut citarasa sendiri. Jika suka lebih wangi, boleh sangai bijan sedikit lama sebelum dikisar. Minyak ini juga sesuai digunakan dalam pelbagai masakan seperti mi goreng, sup, sayur tumis, ayam madu, atau nasi goreng Cina.
Selain untuk memasak, minyak bijan juga terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan kulit dan rambut. Ramai menggunakan minyak bijan homemade sebagai minyak urut atau pelembap semula jadi. Aroma semula jadinya membantu memberikan rasa relaks dan menenangkan.
Tips Simpanan Minyak Bijan Homemade
Simpan minyak bijan homemade dalam botol kaca bersih dan kering.
Pastikan penutup rapat supaya minyak tidak teroksida dan kehilangan aroma.
Elakkan meletakkan minyak di tempat panas atau terkena cahaya matahari secara langsung.
Gunakan sudu bersih setiap kali ingin mengambil minyak untuk elak pencemaran.
Kesimpulan
Dengan hanya dua bahan ringkas, anda kini boleh hasilkan sendiri minyak bijan homemade yang wangi, sihat dan menjimatkan. Ia bukan sahaja memberi rasa autentik pada masakan, tetapi juga menambah nilai pada gaya hidup sihat tanpa bahan tambahan. Lepas ni tak perlu beli lagi – cuba buat minyak bijan homemade di rumah dan rasai sendiri perbezaannya!
Masak Nasi Briani, tapi nak padankan dengan lauk apa? Jangan risau hari ni RASA ingin kongsikan menu Nasi Briani yang lengkap dengan lauk dan acarnya sekali. Padanan nasi dan lauk ini sesuai kalau anda sediakan untuk hidangan keluarga dan tetamu di hujung minggu ni. Jom cuba…
NASI BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
2 sudu makan rempah beriani | bancuh dgn sedikit air
4 biji buah tomato | potong dadu
100 gm daun pudina
100 gm daun ketumbar
1 liter air
200ml susu cair
4 sudu makan minyak sapi
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang gajus | bakar
Pewarna kuning |bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih |hiris
2cm halia | hiris halus
2cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
Masukkan rempak briani yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
Seterusnya masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang ditoskan tadi bersama daun ketumbar dan pudina.
Masak seperti nasi biasa. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
KAMBING BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | potong ikut cita rasa
4 biji kentang | kupas dan belah empat
2 biji bawang besar | belah empat
2 biji cili merah | belah 2 tapi tak putus
2 biji cili hijau | belah 2 tapi tak putus
2 sudu makan bawang goreng
2 pokok daun ketumbar
1 cawan susu cair/segar
1 biji lemon
1 biji bawang besar, hiris
2 sudu makan rempah briani
2 sudu makan gula Melaka
2 sudu makan kerisi
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya BAHAN KISAR
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cmhalia
1 biji tomato yang masak ranum
3 biji cili hijau BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian campurkan dengan minyak sapi, tumis hirisan bawang besar hingga layu. Kemudian masukkan bahan tumis dan masak hingga wangi.
Masukkan rempah briani yang telah disatukan dengan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging kambing, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Biarkan mereneh hingga daging lembut.
Masukkan kentang, kerisik dan belahan bawang besar.
Perah lemon dalam susu cair, kacau sebati dan masukkan kambing briani.
Apabila kentang empuk. Perasakan dengan gula Melaka dan garam secukupnya.
Akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau. Biarkan mereneh seketika sebelum dimatikan api.
Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
ACAR TUMIS:
BAHAN-BAHAN:
2 batang timun, | buang biji dan potong memanjang
1batang lobak merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | buang biji dan hiris memanjang
8ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk kari daging
2 cm halia hiris memanjang
2 sudu makan cuka
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh biji sawi
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan halia, kacau seketika.
Masukkan bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit tumis hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bawang merah dan bawang putih (biarkan sebiji-sebiji), timun, lobak merah, cili merah, kacau rata.
Kemudian tambahkan cuka, garam, gula dan biji sawi secukupnya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!