Lempeng berinti yang mempunyai rasa auntetik dari cambodia yang menepati selera kita.

BENG CHIAU CHAMPA

BAHAN-BAHAN KULIT

Beng Chiau Champa, Lempeng Berinti Super Sedap Dari Cambodia Yang Wajib Anda Cuba

  • 1 bungkus tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 kotak santan kecil
  • Sedikit kunyit (boleh tambah jika suka lebih kuning)
  • Sedikit garam
  • Daun bawang (boleh letak atau tidak )

 

Ads

CARA MENYEDIAKAN

  1. Masukkan air dan gaulkan ke semua bahan diatas.

BAHAN-BAHAN INTI

Beng Chiau Champa, Lempeng Berinti Super Sedap Dari Cambodia Yang Wajib Anda Cuba

  • 1000gm Daging kisar
  • 5 ulas bawang Putih
  • 1 labu bawang Besar
  • Secubit garam

CARA-CARA MEMASAK

  1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan tumis daging kisar seketika.
  3. Bila daging kisar sudah kecut masukkan bawang besar yang dihiris.

BAHAN PENCICAH

Beng Chiau Champa, Lempeng Berinti Super Sedap Dari Cambodia Yang Wajib Anda Cuba

  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Daun Bawang
  • Bawang Merah
  • Masukkan kicap sotong
  • Cuka (boleh gantikan dengan asam limau)
  • Gula

CARA MENYEDIAKAN

Ads
  1. Tumbuk bawang putih dan cili padi sampai lumat.
  2. Hiris daun bawang dan bawang merah. Campurkan dengan bahan yang ditumbuk.
  3. Tambah sedikit air panas dan gula serta cuka.

BAHAN HIASAN:

  • Kacang Tanah
  • Daun salad
  • Timun

CARA MENYEDIAKAN

  1. Goreng kacang tanah, tumbuk dan masukkan sekali diatas.

*Daun pisang jangan sebagai alas dan batang.

Beng Chiau Champa, Lempeng Berinti Super Sedap Dari Cambodia Yang Wajib Anda Cuba

Ads

CARA-CARA MEMBUAT LEMPENG

 

 

Kredit resipi: Zuriaty Rashid

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI