Minum petang nanti nak hidangkan apa ye? Ada lebihan roti gardenia dari berbuang elok juga buat bengkang roti. Lemak-lemak manis dihidang bersama air kopi.
BENGKANG ROTI
Bahan-bahan:
8 keping roti gardenia
1 cawan santan *
1 cawan susu cair*
1 cawan gula *
1 cawan air masak
1 biji telur *
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecil esen vanila*
Secubit garam*
Mentega secukupnya untuk sapu sekeliling loyang ( kalau saya loyang lapik kertas minyak senang nak keluarkan bengkang nanti)
Cara memasak:
1.Rendam roti yang dah dicarik-carik ke dalam air masak 1 cawan tadi ke dalam mangkuk besar. (Tekan-tekan roti tadi sampai meresap air.rendam 10 minit sampai kembang.
2.Kisar semua bahan yang bertanda* 2 minit,masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang berisi roti tadi kacau-kacau rata.
3.Tuangkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam loyang yang telah disapu mentega.
4.Bakar dalam oven api atas bawah suhu 180 °c (ikut kesesuaian oven masing-masing) selama 40 hingga 50 mnit.
Kredit: Minah Ramli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikan Celup Tepung Rangup. Resipi Paling Mudah Untuk Minum Petang
Duduk rumah ni, otak kadang-kadang jadi tepu bila fikir bab juadah apa nak dihidangkan untuk keluarga. Lebih-lebih lagi juadah makan petang atau kudapan di kala melayan angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Wah gitu.
Jadi, untuk kali ini, kita kongsikan resipi Ikan Celup Tepung atau orang pantai timur sebut, colek ikang perkongsian saudari Umi Watie! Senang sangat nak buatnya tapi buat pembaca Rasa, kita kongsikan sekali rahsia ikan celup tepung rangup dan kerak yang tahan lama! Ratah pula panas-panas, cicah dengan sos Thai memang terangkat habis!
Jom kita tengok apa bahan-bahan untuk membuatnya.
RESIPI IKAN CELUP TEPUNG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras – beli online disini
1 biji telur saiz A
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini
1½ cawan air sejuk
½ sudu teh cuka (inilah rahsia kerak ikan celup tepung tahan lama!)
1 sudu teh air kapur – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung beras, telur, serbuk kunyit dan garam. Gaul sekata.
2. Kemudian, masukkan cuka. Gaul lagi. Masukkan air kapur dan juga air sejuk. Air tu guna air yang dibubuh ais. Ais tak payah masuk sekali. Ini nak buatkan bancuhan tadi rangup.
3. Kacau rata kesemuanya. Kemudian, masukkan ikan yang telah siap dicuci bersih. Pastikan semua bahagian kena bancuhan tepung.
4. Gaul-gaul ya. Bancuhan ini boleh guna untuk 15 ekor ikan.
5. Panaskan minyak. Kemudian, goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas ya.
6. Bila ikan dah masak kekuningan angkat dan toskan.
7. Tadaaa hidangkan pada anak dan suami. Jajan sihat untuk anak-anak. Ikan bagus untuk tumbesaran anak-anak yang cerdik dan pintar. Haaa gituh.
**Kerak atau keruping tu pakat berebut anak-anak makan. Bancuhan tepung ini boleh juga guna buat goreng pisang tau. Keriuk-keriuk tu makan dengan nasi panas dan sambal belacan pun syok. Uissshhh sambil tulis ni pun dok kecur liur.
Kredit resipi & foto: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Garlic Prawn Sedap Macam Dekat Restoran. Macam Ni Cara Masaknya
Daun Kesum 2 Minggu Masih Segar. Begini Cara Simpan Supaya Tahan Lama
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Snek Kudapan Ala KFC Yang Umphh!
Siapa di sini, setiap kali beli chezzy wedges tu mesti mintak sos lebih. Fuhh, nikmat sungguh dapat makan kentang tu dengan sos cheese yang melimpah ruah.
Haa, memandangkan kita tak boleh nak ‘dine-in’ di luar, apa kata kita bawa resipi daripada Tyra Manan yang boleh layan sambil tengok drama online.
Jom kita tengok bahan-bahannya.
BAHAN MASHED POTATO
1kg kentang
100gm mentega | dipotong dadu
100ml whipping cream
50ml air (ini bukan untuk rebus kentang tau)
Lada hitam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus kentang sampai betul-betul lembut. Kemudian, campurkan semua bahan, gaul sampai mentega itu cair. Jangan risau! Rasa hidangan ini akan menjadi sedap.
BAHAN AYAM:
Ayam bahagian dada | Potong dadu
Tepung bestari
CARA-CARA :
Bancuh tepung dengan air, kemudian goreng dalam minyak panas.
BAHAN TOPPING:
Jagung rebus
Serbuk cheese (dibancuh dengan air panas)
Mayonis
*Jagung rebus dahulu tapi jangan lama-lama nanti kecut. Kemudian, gaulkan dengan gula dan garam sikit.
CARA NAK LETAK DALAM MANGKUK :
Mula-mula, letak mashed potato, kemudian letak sos cheese dan mayonis. Kacau, kemudian masukkan kentang dan ulang langkah tadi ikut anda inginkan berapa lapisan. Akhir sekali baru letak jagung, ayam goreng dan curahkan sos cheese dengan mayonis. Ok selesai, dah boleh makan!
Kredit resipi & foto: Tyra Manan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat masak di laman web Rasa:
Pes Nam Prik Pao, Tambah Dalam Tomyam Jadi Lebih Sedap & Cantik Merah Menyala!
Pes Nam Prik Pao adalah sejenis Pes Cili Thai. Ia juga dipanggil Pes Cili Sangai. Ia ada dijual di pasaraya tetapi rupanya nak buat sendiri pun mudah je. Pes cili ini adalah bahan asas da;a, ,asalam Tomyam Thailand yang merah menyala tu. Cantik warnanya. Selain itu, ia juga sesuai digunakan dalam pelbagai masakan bercili ala Thai yang lain seperti Paprik, Tiga Rasa, kacau goreng dan lain bermacam-macam lagi. Ia juga boleh dijadikan sebagai pes ikan bakar, boleh dijadikan bahan pengganti sos cili untuk masakan pedas dan berwarna kemerahan. Pendek kata, boleh guna dalam bermacam-macam masakan. Nak cuba? Saudari Munirah Binti Mohd Ramli ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
BEZA PES TOMYAM & PES NAM PRIK PAO?
- Pes Tomyam adalah pes yang sudah dicampur dengan ramuan lain seperti serai, lengkuas, jus limau dan daun limau purut. Jika masak tidak perlu tambah bahan-bahan ini lagi.
- Manakala jika masak Tomyam menggunakan pes Nam Prik Pao, anda perlu menambah serai, lengkuas, daun limau purut & jus limau nipis. Istimewanya jika masak Tomyam guna pes ini, warna Tomyam akan jadi lebih cantik dan merah menyala sama seperti sajian yang dinikmati di negara asalnya.
RESIPI PES CILI THAI ATAU NAM PRIK PAO
BAHAN-BAHAN:
- Segenggam cili kering – beli online disini
- 4 biji bawang besar
- 12 ulas bawang putih
- Ikan bilis secukupnya
- Udang kering secukupnya – beli online disini
- Sedikit belacan – beli online disini
- 2 sudu makan gula perang – jika tiada boleh ganti dengan gula kabung thai atau gula melaka – beli online disini
- 4 sudu makan sos ikan – beli online disini
- Air asam jawa atau sedikit air perahan limau nipis – jika ada
- Garam secukup rasa – jika perlu
- 1/2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Hiris bawang merah dan goreng tanpa minyak di dalam kuali bersama bawang putih. Angkat dan ketepikan.
2. Seterusnya masukkan cili kering dan sangai dengan api perlahan. Kacau selalu supaya tidak hangus.
3. Pada masa ini, boleh tambahkan sedikit garam untuk elakkan kuali berasap dan menyebabkan bersin.
4. Masukkan hirisan cili yang sudah disangai tadi ke dalam pengisar kering. Kisar halus.
5. Sangai juga ikan bilis, udang kering dan belacan hingga naik bau.
6. Masukkan cili kering kisar, bawang, ikan bilis, udang kering dan belacan ke dalam pengisar basah.
7. Masukkan juga gula perang, sos ikan dan asam jawa yang dilarutkan dengan air panas. Boleh juga ditambah sedikit jus limau nipis. Kisar hingga lumat.
8. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi dengan api perlahan. Pastikan tumisan sentiasa dikacau supaya tidak hangus dan pecah minyak dengan sempurna.
9. Bila pes mendidih, kacau rata dan tutup api. Walaupun api sudah padam, pastikan pes sentiasa dikacau hingga sedikit sejuk.
10. Biarkan pes hingga betul-betul sejuk kemudian masukkan ke dalam balang kedap udara. Simpan dalam peti sejuk dan gunakan dalam aneka masakan anda.
Kredit resipi & foto: Munirah Binti Mohd Ramli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI