Minum petang dengan kuih muih melayu memang sedap. Kalau biasanya anda membeli, lagi puas membuatnya sendiri. Tambah pula kuih yang diidamkan sukar ditemui seperti bengkang tepung beras gula melaka ni.Ikut resipi yang dikongsi oleh Shah Shatry ni confirm menjadi.
BENGKANG TEPUNG BERAS GULA MERAH
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras-beli online di sini
7 sudu besar tepung jagung-beli online di sini
7 cawan santan-beli online di sini
¾ cawan gula putih (tak suka manis, kurangkan lagi)
1 cawan gula merah timbang
Garam (agak-agak ja untuk naikkan lemak kuih)
Cara membuat:
1.Loyang disapu minyak kemudian panaskan sekejap di dalam oven.Panaskan oven terlebih dahulu 5-10 minit, suhu 180°C.
2.Satukan ke semua bahan di dalam bekas, kemudian kacau sehingga sebati.Saya kacau pakai whisk.
3.Bila semua dah sebati dan gula pun dah larut, masukkan di dalam kuali atau periuk, masak di atas api sehingga kental.Guna api sederhana saja.
4.Bila dah kental, alihkan ke dalam loyang, bakar di dalam oven selama 1 jam atau lebih ikut oven masing-masing pada suhu 180°C api atas bawah (5 minit terakhir, saya tukar api atas untuk mendapatkan kesan hangit tu)
5.Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu baru potong
Kredit: Shah Shatry