Bengkang Tepung Beras Sedap Macam Di Pasar Malam

Share

Walau hebat mana kuih moden, tidak mampu melawan keenakan kuih lama yang sememangnya punyai keistimewaan yang tiada tandingan. Mungkin agak remeh membuatnya berbanding kuih moden tetapi rasanya memang tidak boleh dipertikaikan. Seperti kuih bengkang ini kalau ikut cara lama kena kisar beras untuk membuat bengkang beras ini. Hasilnya jadi elok dan rasanya super enak.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 6 cawan santan
  • 1 helai daun pandan

TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Kek Berries Selembut Sutera

CARA MEMASAK:

1. Kisar kesemua bahan kecuali daun pandan sehingga sebati.

2. Masukkan daun pandan dan masak sambil dikacau atas api yang sederhana hingga naik wap. Tutup api dan kacau hingga kental.

3. Sapu rata loyang dengan minyak. Angkat daun pandan dan tuang adunan dalam loyang.

4. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam 30 min atau sehingga masak.

5. Sejukkan terlebih dahulu dan barulah dipotong. Sedia utk dihidangkan.

Kredit resipi & gambar: Khirul Asmaa Hj Mustafa via MAHN

Ada yang nak membeli BLENDER baru? Jom klik sini 

Published by
Putri