Kuih Bengkang Ubi Gula Merah memang sangat sedap dan jadi kegemaran ramai. Nak membuatnya pun bukan susah. Guna resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Sesuai sangat dijadikan sajian pada bila-bila masa. Selamat mencuba!
RESIPI KUIH BENGKANG UBI GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Perah parutan ubi kayu. Biarkan patinya mendap. Kemudian buang airnya. Ambil pati.
2. Satukan gula merah, gula pasir, daun pandan dengan 1 cawan air. Masak hingga larut, sejukkan, tapis dan ketepikan.
3. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan. Gaul hingga sebati.
4. Sediakan loyang bersama 9×9, sapu marjerin.
5. Tuang adunan bengkang ke dalam loyang.
6. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau hingga masak menggunakan api atas bawah.
(Lepas bengkang masak, Opah tambah 5 minit masa bakar guna api bawah sahaja dan kemudian bakar lagi 10 minit guna api atas.)
7. Angkat, sejukkan kuih dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
Nak beli LOYANG KUIH baru? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official