MILO® telah menghulurkan sokongan kepada ibu bapa yang menyambut sesi persekolahan baharu anak-anak mereka baru-baru ini melalui bengkel ‘Pack in the Energy for Champions: Bento Box Workshop’. Acara yang kini memasuki tahun ketiga penganjuran itu memberikan tunjuk ajar kepada ibu bapa tentang cara-cara menyediakan bekal makanan yang seimbang dan bertenaga untuk anak-anak mereka yang di bangku sekolah rendah. Bengkel merupakan sebahagian daripada program aktivasi MILO®UHT yang berlangsung selama tiga hari di 1Utama, Bandar Utama sempena tahun persekolahan baharu.
Bengkel ini menyajikan penampilan Georgen Thye, pakar pemakanan serta pengasas Georgen Cooking yang menjelaskan mudarat mengabaikan sarapan yang dapat menyebabkankanak-kanak mengalami kehausan tenaga.
Beliau disertai Lee Samantha, artis makanan yang terkenal dengan hasil ciptaannya yang luar biasa, berwarna-warni dan unik dalam sesi demonstrasi bersama beberapa resipi bekal makanan yang mudah dan cepat untuk dibawa ke sekolah.MILO® UHT mudah untuk dipadankan dengan bekal makanan yang sihat dan seimbang bagi membantu ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat tenaga yang mencukupi untuk memenuhi keperluan seharian mereka. MILO® UHT mengandungi ACTIV-GO®, iaitu kombinasi unik PROTOMALT™, pelbagai mineral serta vitamin yang penting untuk membantu membebaskan tenaga secara efisien daripada makanan. Minuman berkhasiat ini juga mengandungi kalsium dan Vitamin D untuk membantu mengekalkan kekuatan tulang dan gigi. Kanak-kanak yang mengambil minuman malt mempunyai pengambilan mikronutrien yang lebih tinggi, dan lebih cenderung memenuhi Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) untuk kalsium, fosforus dan vitamin B3.