Bepang kacang adalah salah satu kuih orang lama. Ia sejenis makanan manis dan rangup yang sedap dimakan, diperbuat daripada kacang yang bersalut gula cair.
Bepang sedap dimakan begitu sahaja sebagai kudapan waktu tengah bersantai. Sebenarnya tak susah mana pun nak membuat kuih bepang kacang ini. Apatah lagi pada zaman sekarang payah juga nak dapat yang sedap. Buat sendiri lagi puas hati.
Resipi ini telah dikongsikan oleh puan Kallthom Mohamed. Selamat mencuba!
Sangai bijan hingga agak kekuningan warnanya. Ketepikan.
Kemudian sangai kacang tanah. Bila cukup masak /rangup, masukkan ke dalam lesung dan tumbuk tapi jangan sampai hancur ye. Asingkan kulit dan ketepikan.
Masukkan gula ke dalam kuali dan panaskan. Caranya lebih kurang sama seperti kita nak cairkan untuk buat gula hangus.
Bila semua gula telah cair / larut, tambah minyak masak ke dalamnya dan masukkan kacang serta bijan. Gaul sebati.
Ads
Bila dah sebati cepat-cepat masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tekan-tekan adunan (alas dengan plastik dan kain) supaya padat dan nipis.
Potong adunan yang masih panas dengan menggunakan pisau yang telah disapukan sedikit minyak. Boleh guna pemotong pizza, lebih mudah rasanya.
Sempena Deepavali yang bakal menjelma, jom kita nikmati snek istimewa. VADA ~ Vada @ Vadai @ Vadey ialah Indian snek yang diperbuat dari pelbagai jenis kacang dal. Ada yang dibuat dari dal putih, dal kuning, dal merah, dal hitam dan lain-lain. Hari ini kita share resipi oleh Chef Sue, salah satu resipi vada yang diperbuat dari dal kacang hijau (berwarna kuning) atau dikenali juga sebagai moong (mung) dal. Buat bentuk bites size mudah untuk dinikmati. Rangup di luar tapi lembut di dalam.
MOONG DAL VADA Bahan-bahan: 1 cawan moong/mung dal 1/4 cawan air 3 sudu makan tepung beras 2 biji cili hijau – cincang 2 biji bawang merah India – cincang 2 tangkai daun ketumbar – cincang 1 sudu teh jintan manis 1/2 sudu teh garam halus 1/4 sudu teh baking soda
Cara memasak: 1. Rendam moong dal selama 4-5 jam. Basuh bersih dan toskan. Kisar halus dengan air. 2. Tuang kisaran kacang dal tadi ke dalam mangkuk. Tambah semua bahan-bahan lain lalu kacau sebati. Rehatkan 10-15 minit. 3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali. 4. Bentukkan campuran tadi mengikut citarasa. Boleh gunakan tangan* yang basah untuk bulat-bulatkan adunan tadi. Kemudian masukkan ke dalam minyak panas. 5. Goreng vada hingga kuning keperang-perangan. Toskan. 6. Hidangkan panas bersama chutney atau tomato sos. *saya guna 2 sudu untuk membentuk vada. Kredit: Sue M Arukin
Seronok mengunyah kacang sira pedas manis terutamanya bila menonton televisyen. Tahu-tahu dah tinggal separuh botol. Kacang sira pedas ini juga salah satu hidangan yang mudah untuk dibuat bila tiba hari raya. Buat banyak-banyak boleh makan bila-bila masa.
Rupanya mudah sahaja nak buat kacang sira pedas ini, cara dan bahan dikongsikan oleh Cik Ecah. Bolehlah buat untuk kudapan satu keluarga.
Resepi Kacang Sira Pedas Manis
BAHAN-BAHAN
1kg kacang tanah (digoreng)
½kg ikan bilis (digoreng)
Serbuk cili (ikut kepedasan yg kite nak)
4 senduk gula pasir
2 sudu kfc garam(tak letak pun tak apa, dalam resipi asal tiada, saya tambah sendiri)
Air
CARA MEMASAK:
Masukkan serbuk cili dan sedikit air dalam kuali. Jangan cair sangat. Kacau sekejap, jangan smpai hangit.
Selepas itu masukkan gula pasir dan garam. Kacau lagi, sentiasa kacau. Api kena jaga, kecil je. Takut gula hangit.
Bila gula dah betul-betul cair, berbuih dan nampak pekat, bolehlah masukkan kacang tanah dan ikan bilis yang dah siap digoreng. Api tu kecik je tau.
Kacau rata semua bahan.. Mula-mula memang susah sikit nak kacau sebab dia melekat-lekat.. Kacau lama sikit sampai dia jadi betul-betul kering.
Bila dh kering, bolehlah angkat dan letak dalam talam.. Sejukkan sekejap, jangan sejukkan bawah kipas angin, takut lemau. Bila dah betul-betul sejuk, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara
Siapa kata menu untuk diet tak sedap? Salah ye, banyak je menu sedap yang boleh diolah semula ikut cita rasa. Asalkan anda tahu kalori yang perlu diambil dan menggunakan cara memasak yang sihat. Berikut RASA bawakan dua resipi menu sihat yang pantas disediakan dan sihat.
SANDWICH PESTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 cawan daun ketumbar
1 ulas bawang putih
15gm daun pudina
1 sudu makan kacang tanah, dibakar
1/3 cawan minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
1/4 cawan keju cheddar
1 biji limau nipis | diambil jus
2 keping dada ayam | direbus dan dicarik
1 buku roti Perancis
1 biji tomato | dihiris
3 helai daun salad | dihiris
CARA MEMASAK:
Kisar daun ketumbar, daun pudina, bawang putih dan kacang secara kasar.
Masukkan minyak zaitun secara sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan. Kisarkan sehingga lumat.
Perasakan dengan garam, limau nipis dan lada hitam secukupnya.
Masukkan pesto ke dalam mangkuk berisi isi ayam. Gaul rata.
Potong roti Perancis dan susun daun salad serta tomato dengan secukupnya.
Sudukan pesto ayam. Sedia untuk dinikmati.
WRAP CAPATI KAMBING MASALA
BAHAN-BAHAN:
5-6 kepingan daging kambing (lamb chop)
250ml santan
Kepingan tortilla secukupnya
5 helai daun salad | dihiris
Sedikit daun ketumbar | dihiris
2 biji tomato | dihiris
Air secukupnya
BAHAN REMPAH:
2 sudu makan serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk pala
2 sudu makan puri tomato
BAHAN TUMIS :
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 biji bawang besar | dipotong dadu
2 biji buah tomato | dicincang
3 inci halia | ditumbuk lumat
6 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bagi menyediakan sos masala, panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis serta buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau perlahan sehingga garing.
Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk. Kacau perlahan sehingga garing. Seterusnya masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan puri tomato. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
Akhir sekali masukkan santan. Kacau sehingga kuah pekat. Tutup api.
Sapukan sedikit kuah masala yang dimasak tadi ke atas kepingan kambing dan panggang hingga masak.
Ambil dagingnya, letakkan di atas tortilla. Taburkan hirisan salad, daun ketumbar dan tomato. Sudukan sedikit sos masala. Gulung kemas dan hidangkan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.