Bepang kacang adalah salah satu kuih orang lama. Ia sejenis makanan manis dan rangup yang sedap dimakan, diperbuat daripada kacang yang bersalut gula cair.
Bepang sedap dimakan begitu sahaja sebagai kudapan waktu tengah bersantai. Sebenarnya tak susah mana pun nak membuat kuih bepang kacang ini. Apatah lagi pada zaman sekarang payah juga nak dapat yang sedap. Buat sendiri lagi puas hati.
Resipi ini telah dikongsikan oleh puan Kallthom Mohamed. Selamat mencuba!
2 cawan kacang tanah – boleh beli online di sini
1 cawan bijan – boleh beli online di sini
* boleh lebihkan kacang dan kurangkan bijan jika suka kadang atau begitu juga sebaliknya.
2 cawan gula – boleh beli online di sini
2 sudu minyak masak /marjerin
Sangai bijan hingga agak kekuningan warnanya. Ketepikan.
Kemudian sangai kacang tanah. Bila cukup masak /rangup, masukkan ke dalam lesung dan tumbuk tapi jangan sampai hancur ye. Asingkan kulit dan ketepikan.
Masukkan gula ke dalam kuali dan panaskan. Caranya lebih kurang sama seperti kita nak cairkan untuk buat gula hangus.
Bila semua gula telah cair / larut, tambah minyak masak ke dalamnya dan masukkan kacang serta bijan. Gaul sebati.
Bila dah sebati cepat-cepat masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tekan-tekan adunan (alas dengan plastik dan kain) supaya padat dan nipis.
Potong adunan yang masih panas dengan menggunakan pisau yang telah disapukan sedikit minyak. Boleh guna pemotong pizza, lebih mudah rasanya.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official