Beras baru saja beli dan terus masuk bekas. Siap tutup rapat letak cili kering lagi. Tapi masalahnya kutu beras tetap juga ada.
Jangan hairan ya, sebab haiwan ini sememangnya hidup dalam beras. Perkara ini dikongsi oleh Naim AJ Pest yang turut mengendalikan khidmat kawalan serangga perosak. Beliau juga turut menjelaskan tentang perkara ini dalam satu perkongsian di laman X.
Kutu beras atau Rice Weevil ini merupakan serangga di dalam kategori Stored Product Pest. Sumber makanan serangga ni adalah biji benih gandum, tepung dan beras.
Macam mana serangga ini boleh ada dalam beras walaupun beras baru beli ?
Serangga ini sebenarnya bertelur dalam beras tu sendiri. Ia akan jadikan sebutir beras kita sebagai tempat menyimpan telur. Caranya adalah dengan menebuk isi dalam beras sehingga kosong.
Bila dah sampai tempoh matang serangga ini akan keluar dari beras yang jadi tempat tinggalnya kemudian akan meneruskan hidup dengan memakan beras yang lain. Dalam masa yang sama ia akan biakkan lagi telur dalam beras yang lain.
Sebab itu bila kita jarang masak cepatlah serangga ini keluar, yang rajin masak nasi binatang ini tak sempat keluar sebab kita dah masak beras yang ada telur sekali jadi. Dapat lah extra protein tapi tiada masalah pun kalau termakan telur kutu beras ni.
Cuma kalau beras yang ada masalah kutu ini beras cepat hancur, kalau dimasak nasi tak tahan lama dan cepat basi sebab dah tercemar atau contaminated.
Serangga ini sangat sensitif dengan suhu. Paling mudah jemur saja tengah panas bawah matahari dalam 15-20 minit. Nanti kutu keluar sendiri dari beras. Pasti kan beras kita tebar atas talam ya, mudah sikit kutu beras nak lari.
Cara nak cegah kutu beras?
1. Letak daun Bay Leaves – daun bay leaves boleh jadi repellent pada kutu beras sebab bau yang dihasilkan.
2. Lada hitam – Biji lada hitam is highly toxic pada serangga ini. Tabur sikit saja dalam bekas beras.
3. Vacuum pack – Simpan beras dalam vacuum pack boleh mengelakkan dari telur kutu beras menetas.
4. Simpan beras dalam freezer – yang ini jarang dibuat, tapi berkesan sebab kutu beras sensitif juga dengan suhu sejuk. jadi ia tak boleh nak hidup.
Semoga bermanfaat
Sumber Naim AJ Pest