Beras rebus dan beras merah mana lebih baik terutama bagi kamu yang ingin diet, mesti tercari-cari beras yang sesuai. Sebelum ni tak pernah pun ambil tahu pasal beras, yang selalu beli pun beras putih, basmathi dan beras merah. Kami kongsikan info yang bagus ini untuk kamu lebih fahami.
MANA YANG LEBIH BAIK?
Beras rebus/parboiled
Beras parboiled adalah beras yang padinya direbus/ distim terlebih dulu sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras.
Beras parboiled/rebus mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat dan juga magnese.
Rupa beras parboiled agak keruh sikit berbanding beras biasa. Ia juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah.
Rupa beras parboil agak keruh sikit berbanding beras biasa. Ia juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah.
Beras perang
Beras perang adalah padi yang telah dibuang kulit padi setelah menjalani proses pengilangan yang minimal. Ianya perang kerana bran tidak dibuang dari beras. Beras perang tinggi nutirisi namun ramai yang kurang enak memakannya. Ianya juga mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak.
Beras putih adalah beras perang yang menjalani proses pengilangan yang maksima. Semua atau sebahagian bran dibuang, begitu juga dengan unsur-unsur lain dari padi sehingga ianya menjadi putih. Beras putih paling kurang nutrisi.
Harganya beras praboiled dan beras perang agak mahal sikit berbanding beras biasa…tapi kan nak lebih sihat kan?
Pilih karbohidrat kompleks kurangkan karbohidrat ringkas.
Khasiat beras rebus mampu menandingi beras perang dengan rasa dan kenikmatannya sangat berbeza. Terdapat pelbagai pilihan beras parboil dari pelbagai jenama seperti Faiza Basmathi Moghul Parboiled, Basmathi Pusa Parboiled, Beras Rebus Terpilih Jati, Beras Rebus cap gajah, dan lain-lain. Harganya agak mahal sikit berbanding beras biasa…tapi kata nak lebih sihat kan?
Ads
Ads
Beras yang siap dimasak. Warna beras ni agak kuning sedikit tetapi jangan ingat beras tak elok pulak. Bila makan…. tadaaa serius SEDAP weii. lagi SEDAP DARI BERAS PUTIH.. Lembut sangat beras ni.
Cara masak sukatan air semua macam masak nasi biasa.
So kepada yang sedang diet, nak jaga kesihatan sila la try beli beras parboiled ni. Jangan risau tak sedap, rasa pelik ke apa.. Janji nak sihat!
Teringin nak makan sajian berkuah dan sedikit manis? Boleh cuba resipi Pengat Bebola Durianperkongsian saudari Wirawati Negarani. Nampak sedap dan cara membuatnya pun sangat mudah. Bagi anda yang sukakan sajian pengat, sesuai sangatlah cuba menu ni. Sekali gigit, terasa enak durian. Wow! Memang berbaloi.
CARA MASAK PENGAT BEBOLA DURIAN
BAHAN DOH DURIAN: 7-8 ulas isi durian Tepung pulut secukupnya – beli online disini Air untuk merebus secukupnya
BAHAN KUAH: 1/2 kotak santan – beli online disini Sedikit air 2 helai daun pandan 2 ulas durian Gula merah / gula melaka secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Untuk menyediakan doh, ambil durian dan buang bijinya. Lenyekkan.
2. Masukkan tepung pulut dengan secukupnya. Sukatan agak-agak doh tidak melekat di tangan. Uli hingga jadi doh yang sempurna. Tidak perlu tambah air.
3. Rupa doh durian dan tepung yang telah siap diuli.
4. Cubit doh dan bulat-bulatkan.
5. Doh bebola durian yang telah siap dibulatkan.
6. Didihkan air dalam periuk bersesuaian. Bila air telah mendidih, masukkan bebola durian tadi.
7. Bila doh mula timbul, angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
8. Untuk membuat kuah pengat, masukkan santan ke dalam periuk bersama sedikit air supaya kuahnya tidak terlalu pekat. 9. Masukkan juga daun pandan. Masak guna api perlahan namun jangan sampai santan menggelegak.
10. Tambahkan ulas durian. Jika suka, boleh masukkan lebih tetapi nanti kuah akan menjadi terlalu pekat. Jadi terpulang atas cita rasa.
11. Masukkan gula merah. Boleh juga menggunakan gula melaka. Kemanisan boleh ikut cita rasa masing-masing.
12. Akhir sekali masukkan bebola durian yang telah siap dimasak tadi. Gaul rata dan bila kuah mula mendidih manja, padamkan api.
13. Pengat Bebola Durian sedia untuk dihidangkan. Lebih enak jika dimakan sejuk.
Bila pandang menu lauk pauk kampung ni, teringat kenangan masa kecil dahulu. Menu kebanyakannya simple sahaja. Namun rasanya memang sangat sedap dan buat kita teringat-ingat. Bagi anda yang gemarkan sajian lauk kampung yang ringkas, menu-menu dibawah ini antara yang boleh dicuba.
RESIPI LAUK PAUK KAMPUNG
1. MASAK LEMAK CILI API ITIK SALAI
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik salai
4 sudu makan cili api – yang telah ditumbuk lumat
2 sudu makan kunyit hidup- yang telah ditumbuk lumat
2 biji kelapa – ambil santan pekat sahaja
4 keping asam keping
4 batang serai – diketuk
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Masukkan daging salai, cili api dan kunyit ke dalam periuk dan masak atas api sederhana. 2. Biarkan seketika sehingga air dari itik dan cili telah sejat dan agak kering. 3. Apabila airnya telah sejat, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih hingga itik empuk sambil dikacau agar tidak pecah minyak. 4. Masukkan asam keping, serai dan garam secukup rasa. 5. Kecilkan api dan biarkan ia merenih hingga naik minyak.Kacau sekali sekala. 6. Masakan lauk kampung ini sudah sedia untuk dihidangkan
INFO CHEF : Inilah kelainan masak lemak cili api asli Negeri Sembilan, ramuannya tidak menggunakan bawang. Daging atau itik adalah yang telah siap disalai.
2. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
250gm udang saiz sederhana
1 mangkuk kecil terung pipit
5 sudu makan cili kering – dikisar
5 biji bawang kecil – ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
2 sudu makan asam jawa – diperah bersama setengah cawan air
1 biji bawang besar – dihiris nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang. 2. Goreng terung pipit sebentar. 3. Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak. 4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap 5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu. 6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar. 7. Angkat dan sedia untuk dimakan.
INFO CHEF : Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
3. AYAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
2 biji kentang – dipotong nipis memanjang
2 biji cili hijau – dihiris nipis
1 biji bawang besar – dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu makan pes cili kering
5 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan tepung jagung – dibancuhkan sedikit air
4 ulas bawang putih – dikisar atau ditumbuk
2 ulas bawang putih – dikisar atau ditumbuk
2.5 sm halia – ditumbuk
Gula dan garam secukup rasa
Kunyit serbuk secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit serbuk , goreng hingga masak dan ketepikan. 2. Gaulkan kentang bersama garam dan digoreng hingga masak. 3. Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. 4. Masukkan pes cili kering dan digoreng hingga garing. 5. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan biarkan hingga naik baunya. 6. Masukkan sos tiram dan kicap, masukkan air secukupnya. 7. Biarkan hingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukupnya. 8. Masukkan ayam dan kentang, biarkan mereneh seketika 9. Masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dihiris. 10. Masukkan tepung jagung yang dibancuh sedikit air untuk memekatkannya. 11. Masukkan asam jawa, garam, gula secukupnya dan biarkan ia mereneh seketika sebelum diangkat dan dihidangkan.
INFO CHEF : Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk.
4. IKAN CENCARU SUMBAT
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan cencaru
2 biji cili merah – ditumbuk
8 biji cili api – ditumbuk
1/2 biji bawang besar – dihiris
Sedikit belacan
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Cuci ikan, belahkan belakangnya dan lumurkan sedikit garam. 2. Tumbukkan cili merah, cili api dan belacan dan sedikit garam (jika suka) 3. Setelah lumat masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ditumbuk sedikit. 4. Perahkan limau kasturi dan digaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan. 5. Goreng sehingga masak
5. IKAN KELI GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan keli
2 biji cili merah – ditumbuk halus
10 biji cili api – ditumbuk halus
1/2 biji bawang besar – dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan ikan keli bersama kunyit serbuk dan garam. 2. Goreng ikan keli hingga garing, angkat dan ketepikan. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan cili merah dan cili api yang telah ditumbuk sehingga garing. 4. Setelah cili telah garing masukkan pula bawang besar yang dihiris memanjang dan biarkan sehingga bawang agak layu. 5. Masukkan garam secukup rasa. 6. Akhir sekali masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi. 7. Gaul rata dan sedia untuk dimakan.
INFO CHEF : Untuk menghilangkan lendir ikan keli, basuh dengan sedikit air limau nipis dan sedikit garam. Boleh juga digunakan tepung gandum untuk cuci ikan, disarankan juga untuk perap dengan tepung selama 15 minit. Ini juga mengelakkan ikan daripada meletup-letup atau melekat di kuali masa menggoreng.
6. KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN : 500 gm daging – dihiris nipis 1 biji bawang besar -dihiris membulat 5 biji cili api -dihiris 1 batang serai – dihiris nipis 2 biji limau kasturi Kicap lemak manis secukup rasa
CARA MEMASAK : 1.Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi. 2.Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi. 3.Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan
INFO CHEF : Sekiranya daging salai yang dibeli tidak terlalu masak, masukkan daging salai dalam kuali tanpa minyak atas api kecil ,dan biarkan seketika sehingga ia lembut.
7. SAMBAL TEMPE GORENG DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN :
2 keping tempe /dipotong sederhana nipis
250 gm ikan bilis/ secukupnya
3 sudu makan pes cili kering
5 biji bawang kecil/ ditumbuk atau dikisar
1 asam keping
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing. Biarkan ia sejuk. 2. Tumis pes cili kering hingga garing, dan masukkan bawang kecil dan biarkan seketika. 3. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. 4. Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis dan digaul rata.
INFO CHEF : Sambal ini juga boleh dijadikan sarapan ,dimakan bersama roti.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!