Teringin menhirup cendol di musim panas ini? Tapi tak boleh keluar, jangan gundah gulana. Buat sahaja sendiri, ia mudah dan tak banyak guna bahan. Lagi senang kalau anda beli saja cendol segera. Untuk resipi penuh, ada disertakan dibawah, tak sampai 30 minit anda sekeluarga sudah boleh menikmati cendol yang sedap dan menikmati dengan puas.
CENDOL
BAHAN-BAHAN:
1.5 kg Cendol segera
1tin susu sejat
1tin santan pekat | guna tin susu sebagai ukuran
Secubit garam
Gula melaka /Gula merah
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
IKLAN
Campurkan santan dengan susu dalam bekas, kacau rata.
Campurkan secubit garam, untuk seimbangkan rasa lemak manisnya.
Masukkan air gula melaka atau merah yang telah dimasak dengan sedikit air dan disejukkan dan ditapis tadi.
Untuk penyediaan, masukkan cendol, gula melaka diikuti sanatan mengikut selera.
Lebih sedap jika dimasukkan air semasa menghidangkannya.
INFO: Untuk rasa lebih sedap, gunakan santan kelapa parut (blend hingga halus dan ditapis santannya).
Har Gow atau Crystal Shrimp Dumpling, makanan tradisional masyarakat Kantonis, yang dimasak secara kukus.
Kulit Har Gow agak lembut berbanding kulit wantan dan akan menjadi lutsinar apabila dikukus, membolehkan isi di dalamnya kelihatan.
Menerusi perkongsian daripada Ida Alina Salleh, ini adalah kali kedua dia membuat Har Gow.
Jom cuba yang ingin mencuba membuat dumplings ala Dim Sum di rumah.
RESEPI CARA BUAT HAR GOW @ ATAU CRYSTAL SHRIMP DUMPLINGS
BAHAN INTI UDANG:
400 gm udang segar (dibersih dan siang, cincang halus dengan pisau, saya tak kisar sebab suka tekstur dan rasa udang kasar-kasar) 1/2 cawan kucai | hiris halus Sedikit halia | potong mancis halus-halus –beli online DI SINI Beberapa biji water chestnuts | potong dadu halus-halus 1/2 sudu kecil minyak bijan – beli online DI SINI 1 sudu besar kicap cair – beli online DI SINI 1 sudu kecil tepung jagung – beli online DI SINI Sedikit garam, gula & lada sulah
40gm wheat starch (kanji gandum) 40gm corn starch/tapioca starch 1 sudu teh minyak sayur 80 gm air mendidih (agak-agak, doh lembut tapi tak melekit – tekstur lembut sikit dari playdoh).
1.Campurkan tepung dan minyak. Tuang air panas mendidih (mesti menggelegak dan tuang, saya jerang 100ml, tuang sikit-sikit, kacau tepung dengan chopstick). 2. Kalau tangan besar macam saya, boleh terus uli 1-2 minit hingga “pliable” dan “smooth”.
*Rupa dia seperti playdoh budak-budak. Kalau tangan tak tahan panas, biarlah dia sejuk kejap. Tutup mangkuk dengan kain basah beberapa minit, baru uli.
3. Sapu sikit minyak pada doh dan rehatkan sebentar. Buat jadikan silinderdan potong kepada 12 bahagian. Bulat-bulatkan dan masuk dalam bekas kedap udara.
4. Leperkan doh, masukkan inti. Kelim dan letak atas pinggan yang dah disapu sedikit minyak.
5. Kukus 8 minit, api sederhana besar. Matikan api, dan biarkan sebentar dalam pengukus.
6. Bila dah sejuk sikit, baru hidang. Kalau baru sangat matikan api, dumplings akan agak melekat pada piring.
Sambal telur simple ini memang tak ambil masa lama nak siapkan. Bahan pun tak banyak. Senang pula tu nak memasaknya. Orang yang tak pandai masak pun boleh buat.
Masakan simple maca ni sesuai dimakan waktu sahur. Sebab hidangan ringkas tapi sedap. Gerenti tak cukup sepinggan nasi nanti.
Boleh semak resipi yang dikongsikan oleh puan Wawa ini ye. Selamat mencuba!
Selalunya petai kita buat sambal, rupanya boleh juga dibuat masak serunding. Menu serunding petai ini ‘rare’, kalau nak tahu rasa kenalah cuba masak sendiri. Resipinya dikongsi oleh Siti Yani.
Resipi serunding petai
Bahan-bahan:
Petai dibuang kulit & hiris kecil
Asam Keping
Garam
Gula
Serbuk Perasa
Daun Kunyit
Bahan tumbuk:
2 batang serai
3 labu bawang besar
Belacan
Cabai kecik
Cabai besar
Ikan bilis
Cara membuat:
1. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Kemudian perasakan dengan asam keping garam, gula dan serbuk perasa.