
Tepung Bungkus atau dikenali juga sebagai Kuih Dara Dua Sebilik kerana dalam satu bungkus intinya di isi dua bahagian antara adunan tepung. Ia diperbuat dari tepung beras, santan dan inti kelapa sebagai bahan utama. Lebih sedap kalau untuk dibuat dengan kelapa tidak terlalu tua dan mennggunakan gula kabung atau gula melaka. Memang mantaplah rasa, tak rugi kalau korang buat sendiri. Resipi macam biasa dikongsikan di bawah.
KUIH TEPUNG BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
4 cawan santan segar
1 sudu teh garam
BAHAN INTI KELAPA:
1 biji kelapa | putih sahaja
1 cawan gula melaka
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Secubit garam
2 helai daun pandan | simpul
1 sudu makan tepung gandum
CARA MEMBUAT:
- Dalam periuk, campurkan santan, tepung beras dan garam. Kacau rata.
- Renehkan atas api kecil hingga pekat.
- Untuk membuat inti: Masukkan gula melaka, gula pasir, air, daun pandan dan secubit garam.
- Renehkan guna api perlahan hingga gula hancur.
- Masukkan kelapa, kacau sebati hingga air kering.
- Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
- Tutup api dan biarkan sejuk.
- Letakkan adunan tepung atas daun pisang seperti dalam gambar dan letakkan inti di dua bahagian atas adunan tepung. Kemudian balut dengan daun pisang seperti buat lepat biasa.
- Kukus selama 10 minit atau hingga masak.
- Setelah masak Tepung Bungkus sedia dihidangkan.
Kredit : iffat irdina
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masak Sotong & Udang Ala Tradisi, Chef Asma Kongsi Resipi Air Tangannya

Makanan laut kalau dimasak gaya lauk pauk tradisional pun teramatlah sedapnya. Lagi pulak olahan resipinya dari Chef tersohor Chef Nor Asmawati Nor Din atau lebih dikenali sebagai Chef Asma.

Tenaga pengajar dari UNITAR International University ini memang cukup dikenali dengan olahan resipi yang hebat di dunia maya. Ni Chef Asma berkongsi 4 resipi tradisi untuk sotong dan udang, rugi kalau tak cuba.
1. MASAK LEMAK SIPUT SEDUT LABU KUNING

BAHAN-BAHAN
- 1kg siput sedut | dibersihkan dan dibuang hujung
- 1/2 biji labu kuning | dipotong kecil
- 2 biji kelapa | santan secukupnya
- 1 batang serai | diketuk
- 1 helai daun kunyit | dicarik
- 2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
- 5 biji bawang merah
- 10 biji cili padi
- 2sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
- Bilas bersih siput sedut, kemudain gaulkan dengan hampas kelapa untuk menghilangkan bau hanyir dan lumpur.
- Kemudian basuh bersih dan toskan, kemudian potong bahagian hujung cengkerang.
- Kupas kulit labu dan rebus separuh empuk, toskan dan ketepikan.
- Dalam periuk masukkan santan, bahan kisar, serai, daun kunyit dan siput. Nyalakan api sederhana.
- Apabila mendidih masukkan garam, asam keping dan sayur labu
- Masak lagi hingga pekat. Perasakan garam dan gula.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Siput sedut yang berjus dan manis rasanya, terbaik dimasak kuah lemak
INFO CHEF : Selain siput sedut resipi yang sama juga boleh dimasak untuk ketam
SOTONG GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kg sotong
- 1 biji tomato | di potong kiub
- 1 tangkai daun kari
- 1 biji limau kasturi
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan cili kering mesin
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya menumis
Bahan dihiris :
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 2.5sm halia
Bahan dibancuh dengan air untuk dijadikan pes rempah:
- 1 sudu makan rempah kari
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
- Bersihkan sotong dan potong. Toskan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga wangi dan kekuningan.Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing
- Masukkan pes rempah dan daun kari. Tumis hingga pes masak .
- Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato. Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
- Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
- Perahkan limau kasturi dan kacau rata. Angkat dan hidangkan panas.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kaya dengan rasa rempah dan rasa masam manis serta pedas cili.
INFO CHEF: Air dari sotong akan menjadikan masakan sedikit berkuah jadi tidak perlu masuk sebarang air semasa memasak.
3. KETAM GORENG BERCILI

BAHAN-BAHAN :
- 4 ekor ketam | saiz sederhana
- 2 sudu makan sos cili
- 5 biji cili merah | dikisar
- 2.5sm halia | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 1/2 biji bawang besar | dikisar
- 1 sudu makan madu
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan tepung gandum | untuk disalut pada ketam sebelum digoreng
- Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK :
- Potong ketam pada dua bahagian dan dibilas bersih, kemudian toskan.
- Gaulkan ketam bersama sedikit garam dan salutkan dengan tepung gandum. Goreng hingga agak masak dan angkat.
- Kisar bawang besar dan bawang putih, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
- Setelah naik bau baru masukkan cili kisar. Selepas itu masukkan madu, sos cili dan air.
- Setelah agak pekat baru masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
- Perasakan dengan garam dan gula. Angkat dan hiaskan ketam bercili tadi dengan hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kaya dengan rasa sos dan pedas secukupnya
INFO CHEF : Pilih ketam segar yang mempunyai banyak isi untuk rasa yang lebih sedap.
4. GULAI LEMAK UDANG DENGAN PUCUK UBI

BAHAN-BAHAN :
- 12 ekor udang | saiz XXL
- 1 ikat pucuk ubi | direbus hingga empuk
- 1 helai kunyit hidup | dicarik
- 500ml santan dan air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
- 10 tangkai cili padi | ikut kepedasan yang disukai
- 5 ulas bawang merah
- 2.5sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
- Masak bahan kisar dan air secukup di atas dapur sehingga cilinya sedikit masak.
- Masukkan santan dan udang. Masak hingga mendidih dan masukkan pucuk ubi dan daun kunyit.
- Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 hingga 20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Gabungan udang dan pucuk ubi, gandingan yang melazatkan sajian.
INFO CHEF : Ketika menyiang udang besar pastikan usus di belakangnya dibuang agar udang benar-benar bersih.
RESIPI : CHEF NOR ASMAWATI NOR DIN
TERIMA KASIH : UNITAR International University, 3-01A Level 2, Tierra Crest, Jalan SS 6/3, Petaling Jaya, Selangor. https://unitar.my
Resipi Sayur Lemak Kelantan, Mudah Nak Buat & Sedap!

Resipi Sayur Lemak Kelantan mudah sahaja nak sediakan tapi bila makan memang sedap. Makan pula dengan ikan goreng atau ayam goreng pun dah cukup menyelerakan.
Nak buat sayur lemak ni boleh gunakan beberapa jenis ikan seperti ikan kembung, selar atau juga selayang. Tumbuk dengan bawang dan lada hitam tumis dengan air dan santan, siap.
Memang mudah sangat nak sediakan, seperti yang dikongsikan Iryani Zaki. Makan dengan nasi panas dan budu memang sesuai sangat. Bertambah-tambah makan nasi.
Resipi Sayur Lemak Kelantan

Sayur lemak senang je nak buatnya.sedap makan dengan ikan kering atau ikan rebus goreng. Ada budu dan nasi panas ,mak mertua duk sebelah pun tak peduli
Jom cikedot resepi
BAHAN-BAHAN:
Ikan rebus – kembung,selar,selayang
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sejemput Lada hitam
Sayur- sayuran – kubis,terung,petola,sawi,
bunga kubis( sayur ni korang boleh nak letak yang Mana)
Garam
Santan pekat

CARA MEMASAK:
- Rebus ikan selayang(Yani letak asam keeping,Garam Dan nissan. Sebab rebus ikan untuk goreng sekali)
- Kupas bawang dan tumbuk bersama Lada hitam dan ikan rebus yang dibuang tulang sehingga lumat

- Panaskan periuk/ kuali. Letak bahan santan dan sedikit air .
- Biarkan menggelegak dengan api sederhana baru letakkan bahan yang ditumbuk. Perlu dikacau supaya santan tidak berketul

- Masukkan sayuran dan kacau seketika. Perasakan dengan garam dan gula ( optional utnuk orang kelantan )

- Tutup api, dan kacau seketika untuk elakkan santan berketul.
- Goreng ikan rebus ,budu Dan nasi panas.

Tadaaa. Dah siap sayur Lemak Kelantan yang sedap. Cukup nutrisi untuk anak- anak.
Kredit: Iryani Zaki
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Cara Masak Peria Goreng Crispy Yang Sedap & Tak Pahit Hanya Guna 2 Bahan
Buat Labu Masak Lemak, Tak Perlu Guna Bawang & Cili. Lauk Paling Mudah & Sedap
Terung Bakar Bersantan Paling Sedap, Ikut Resipi Ni Pasti Jadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kerabu Kerang Ala Thai, Sajian Berbuka Gerenti Sedap

Kerabu kerang ala Thai ni nampak sungguh menyelerakan. Pastikan kerang yang dipilih adalah segar, baru manis sedap rasanya.
Ni resipi ala Ekin Omar, berbaloi dicuba. Kalau ikut gayanya kerang direndam dahulu dengan cuka dalam sejam, selepas tu cuci bersih guna berus kecil. Kemudian boleh direbus dua minit dan terus angkat dan rendam dalam air
KERABU KERANG ALA THAI VERSI EKIN

BAHAN-BAHAN :
Bahan kisar
5 biji cili merah @ cili segar
15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 sudu besar sos ikan
5 sudu besar limau kasturi
5 sudu besar gula perang
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk perasa ayam
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
Bahan sampingan dihiris halus
Daun ketumbar
Kobis
Lobak merah
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan didihkan sampai cili tu masak.
2. Kemudian baru masukkan air tepung jagung,(letak 2 sb tepung jagung & 1/2 cawan air kacau sebati).
3. Tuang dlm sos tadi,kacau rata dan masak lah hingga pekat. Boleh tambah gula garam kalau sambal tu terlampau pedas.
4. Tunggu sos thai tu sejuk baru campur dgn daun ketumbar yg di hiris halus.Boleh lah digaul dgn kerang tadi.
5. Campur lah dengan sayur yg korang suka. (saya guna kobis & carrot)
Siap..boleh lah di makan.
Selamat Mencuba By Ekin Kitchen😘
fb : Ekin OmAr
ANDA MUNGKIN SUKA VIDEO MASAK INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
https://www.rasa.my/menu-makanan-laut-tak-pernah-jemu-makan/





