Patty burger yang sudah siap diproses memanglah melambak jualannya di pasaraya. Macam-macam jenama yang ada. Tapi kalau nak puas hati dan segar apa kata cuba buat sendiri, homemade lagi sedap tu..
Jom semak resipi perkongsian Amida Ida, gerenti sedap dan lebih puas hati menikmatinya
‘PATTY’ BURGER HOMEMADE
BAHAN-BAHANNYA :
- Isi ayam | dipotong dadu kecil2…
- Bawang besar
- Bawang putih
- Sedikit halia
- Rempah ketumbar
- Rempah jintan manis
- Rempah jintan putih
- Serbuk lada sulah/hitam
- Garam gula secukup rasa
- Sos tiram
CARA MEMASAK :
1. Segala bawang dan halia ditumbuk dahulu.
2. Rempah-rempah dikisar halus, guna pengisar kering.
3. Kemudian satukan semua bahan-bahan di atas bersama ayam yang telah dipotong kecil.
4. Kemudian kisar sehingga semuanya halus, dan seterusnya panaskan sedikit minyak dan masakkan bahan-bahan yang dikisar tadi
5. Kacau selalu sehingga isi ayam hancur dan masak hingga air kering.
Seterusnya sediakan :
- Serbuk roti
- Telor
6. Selepas itu satukan ayam yg dah dimasak tadi bersama telor dan serbuk roti
7. Nak masukkan bawang yang dipotong dadu pun boleh.
3. Kacau bahan-bahan tadi sehingga sebati.
4. Campurkan semua bahan-bahan yg di masak tadi bersama2 telor dan serbuk roti…semua ni kena agak2 ye utk jadikn bentuk seperti patty burger.
5. Kemudian panaskan kuali dan sapu sedikit majerin di permukaan kuali.
6. Bubuh acuan ring burger mengikut acuan yg di kehendaki, masak sehingga warna seperti di gambar.
7. Siap boleh lah dijadikan inti roti burger ayam
#resepipattybegeramidaida#
KREDIT : Amida Ida
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Agihan Percuma 1500 Bubur Lambuk Warisan Anjuran Majalah Rasa Dan BABA’S
Sempena bulan Ramadan ini, Majalah RASA di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 dengan memasak 1,500 mangkuk bubur lambuk. Program ini berlangsung di AEON Mall Shah Alam pada 16 Mac 2024, bermula pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang.
Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini telah berlangsung selama enam (6) tahun berturut-turut.Kali ini, Majalah RASA bersama BABA’S, berganding bahu untuk memasak dan mengedarkan secara percuma 1,500 mangkuk bubur lambuk kepada warga Shah Alam dan kawasan berhampiran selain diedarkan eksklusif kepada para petugas hospital, pegawai agensi badan beruniform dan warga Shah Alam.
Program ini tidak hanya bertujuan untuk memasak dan menyediakan hidangan yang berkhasiat, tetapi juga untuk memupuk rasa perpaduan dan rasa syukur dalam masyarakat. Program ini juga adalah bukti komitmen RASA dan rakan penaja serta kolaborasi menunaikan tanggungjawab sosial. Ramadan adalah masa terbaik bagi mencapai matlamat ukhuwah ini.
Program yang pertama berlangsung pada 16 Mac Di AEON Shah Alam telah direncahkan oleh BABA’S dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti Sissy Iman dan Chef Qayyum yang merupakan seorang chef selebriti yang tidak asing lagi di kalangan peminat rancangan memasak.
Sebagai sebahagian daripada usaha yang mulia ini, Chef Qayyum telah menyumbangkan kepakaran memasaknya dalam penyediaan bubur lambuk warisan bagi memastikan rasa bubur lambuk dimasak menepati cita rasa masakan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, menyuarakan rasa kegembiraan dan komitmen penuh para penaja dan rakan kolaborasi terhadap program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.
“Kami sangat berbangga dan bersyukur dapat bersama-sama dengan BABA’S untuk menyumbang kepada masyarakat, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam, melalui inisiatif penyediaan 1,500 mangkuk bubur lambuk. Semangat kebersamaan dan keikhlasan dalam berbakti kepada masyarakat. Ini semua selaras dengan nilai-nilai yang kami galakkan, dan kami berharap program ini dapat memberi kegembiraan dan keceriaan kepada mereka yang menerima sumbangan ini”.
Syamil juga mengajak pihak lain dari sektor korporat dan masyarakat untuk turut serta dalam usaha ini, mendukung program kebajikan dan sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.
“Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk menjayakan inisiatif kebajikan yang sejajar dengan nilai-nilai kemasyarakatan dan keinsanan.”
Emma Masri, selaku Ketua Unit Bisnes Masakan dan Dekor juga menyatakan pentingnya menjalani inisiatif seperti ini dalam bulan Ramadan, di mana nilai-nilai kasih sayang, kepedulian dan solidariti amat ditekankan. “Bulan Ramadan adalah masa yang istimewa dan kami melihat Program RASA Bubur Lambuk Warisan sebagai peluang untuk berkongsi kebahagiaan dengan komuniti. Kami berharap hidangan bubur lambuk yang disediakan dapat memberi keselesaan dan keceriaan kepada penerima, sambil merapatkan ukhuwah di antara kita semua.”
Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA‘S menyatakan pandangan positif terhadap penglibatan BABA’S dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini. “Ini merupakan kali kedua penglibatan BABA’S dan sangat berbesar hati dapat bekerjasama. Kami menggunakan beberapa produk keluaran sebagai bahan utama masakan bubur lambuk warisan pada kali ini, antaranya Serbuk Kurma Baba’s, Serbuk Sup Baba’s dan Serbuk Jintan Manis dan Serbuk Lada Hitam Baba’s. Gabungan ini menghasilkan rasa enak dan menaikkan selera.
Tuan Haji Azrain Mohamad turut menekankan nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang dipegang teguh oleh BABA’S. Beliau berkata, “Penglibatan kami dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tempatan. Kami percaya bahawa melalui usaha bersama dengan Majalah RASA, kita dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam.”
Pengedaran Bubur Lambuk berlaku di pelbagai lokasi dengan tumpuan kepada petugas-petugas beruniform yang berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti pasukan polis, bomba, profesional kesihatan dan perkhidmatan penting lain.
Majalah RASA dan BABA’S, menjemput orang ramai untuk menyertai usaha bermakna ini .
Selain itu, jangan lupa saksikan rancangan masakan rancangan Rasa Mak Ajar Masak yang dibawakan oleh BABA’S.
Teringat masakan mak? Rasa Mak Ajar Masak, program masakan istimewa akan membawa anda mengimbau memori Ramadan menerusi resipi tradisi keluarga yang dikongsi oleh selebriti tanah air bersama mak atau anak mereka. Masakan paling sedap adalah hidangan yang mak kita masak. Antara selebriti yang terlibat ialah Menampilkan selebriti seperti Diana Danielle, Fizo Omar, Uyaina Arshad, Nubhan Ahmad, Didie Alias, Aiman Tino, Ruhainies, Sharifah Shahira, Wafiy Aan, Abby Abadi, Dato Nora Ariffin, Tyzo Xander.
Oleh itu, Rasa Mak Ajar Masak tampil dengan pelbagai resipi menarik untuk anda cuba. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini akan disiarkan bermula 11 Mac 2023, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di saluran ASTRO RIA.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Ikan Bilis Rangup, Makanan Pembangkit Selera. Mudah Sangat Nak Buat!
Tip Pilih Ikan Bilis Berkualiti Tinggi, Sedap Bila Digoreng. Kena Tengok Belang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Rahsia Bihun Goreng Singapore Sedap, Tambahkan Udang Kering Didalamnya
Korang suka makan Bihun Goreng Singapore? Mudah sangat nak membuatnya kalau korang yang pertama kali membuatnya pun pasti menjadi. Buat untuk buka nanti gerenti lah ramai suka. Rahsia nak bagi sedap, adalah udang kering. Sila cuba okey. Sebab senang sangattt! Makan dengan sambal kicap tau. Adoi menambah-nambah jadinya.
RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 biji bawang merah – kisar
- 5-6 biji bawang putih – kisar
- 1 sudu kecil lada hitam – kisar
- 2 sudu makan udang kering – kisar
- 2 inci halia – kisar
- 1 mangkuk udang segar
- 400gm bihun
- Daun kucai dan cili merah -sebagai hiasan
- MAGGI®️ CukupRasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar lumat bahan-bahan yang perlu dikisar tadi.
- Kopek kulit udang. Ketepikan.
- Rendam bihun hingga lembut (400gm)
- Kucai dipotong dalam 4cm.
- Tumis bahan kisar dengan minyak secukupnya sehingga jadi keemasan dan garing.
- Kemudian perasakan dengan MAGGI®️ CukupRasa.
- Masukkan udang. Gaul hingga udang masak.
- Seterusnya masukkan bihun yang sudah ditoskan airnya.
- Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
PETUA: Bihun Goreng Singapore ini enak dimakan bersama Sambal Kicap. Nikmati semasa masih panas untuk rasa yang lebih optimum.
Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv
Ni Dia Burger Homemade Terbaik , Paling Asli Dagingnya
Burger ni makan bila-bila masa pun sedap. Nak-nak kalau dah bosan makan nasi. Tapi anda pernah cuba tak buat sendiri patty burgernya. Sedap sangat dan ‘fresh’. Tanpa pengawet dan pewarna . Nama pun buat sendiri.
Nak lebih segar, kisar atau cincang daging segar, baru betul betul bebas lemak dagingnya. Rasanya pun berganda lebih sedap dan pastinya asli berbanding daging kisar yang dah diproses.
DAGING BURGER HOMEMADE
.
Bahan-bahan:
- 1/2 kg daging lembu cincang
- 2 sudu besar bawang besar – dicincang halus
- 1 biji telur
- 1/2 sudu besar lada hitam – dikisar
- 3/4 sudu bawang putih – dicincang halus
- 1 sudu mustard
- 1 cawan serbuk roti
- Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Sediakan daging yang telah dicincang.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah disediakan bersama daging cincang & kacau rata.
3. Masukkan garam & sesuaikan ikut citarasa.
4. Bentukkan daging tadi seperti daging burger mengikut citarasa anda.
.
5. Bakar di atas pan dengan menggunakan minyak/majerin.
.
6. Boleh dihidang bersama roti burger.
FB : Resipi Orang Kampung