Bergedel Salmon Yang Sedap & Senang Membuatnya.

Share

Bergedil salmon! Tak pernah dengarkan, apa kata cuba  buat, sebabnya ia lebih ringkas dan mudah disediakan berbanding bergedil daging dan ayam. Lebih penting ia sangat sedap,sesuai untuk anda yang diet dan dijadikan bekal sihat untuk anak-anak ke sekolah dan encik suami ke pejabat. Jangan risau tak menjadi sebab RASA tunjukkan cara membuat secara DIY tau….

BERGEDEL SALMON

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm salmon | panggang dan hancurkan
  • 1 sudu teh minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 1 /2 biji bawang Holland | cincang halus
  • Sedikit daun parsli |cincang halus
  • Sedikit cili benggala | cincang halus
  • 1 biji telur
  • ½ cawan serbuk roti
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh empingan cili
  • 2 sudu makan mayones

 LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Panaskan mentega,tumiskan bawang putih, Holland dan cili Benggala  hingga layu.

LANGKAH 2: Masukkan  isi ikan salmon dalam mangkuk bersma telur, gaul rata.

LANGLAH 3:  Campurkan ke dalamnya serbuk roti, tumisan bawang tadi, daun parsli, lada hitam dan lada sulah.

LANGKAH 4: Gaul rata sehingga sebati dan cukup rasa.

LANGKAH 5: Bulat-bulatkan doh kemudian leperkan dan gaulkan dengan serbuk roti.

LANGKAH 6: Panaskan minyak dan goreng bergedil hingga kuning keperangan. Angkar dan sedia dihidangkan dengan pencicah seperti

cili sos, mayones atau sos keju.

 

Published by
Norasida Myasin