Makan & Kekal Sihat. Buah Beri Biru Hanya Mengandungi 80 Kalori Sahaja!

Share

Blueberi atau Beri Biru adalah buah bermusim yang berasal dari luar negara. Walaupun tidak ditanam di Malaysia namun ia tidak bermakna rakyat negara ini tidak berpeluang untuk merasa dan menikmati keenakan serta kebaikan buah istimewa ini.

Ada berita baik untuk kita semua! Kini rakyat Malaysia tidak perlu lagi menunggu musim blueberi untuk merasai kebaikannya kerana U.S Highbush Blueberry Council

di Malaysia telah melancarkan kempen “The Blues That Make You Feel Good” pada 8 November yang lalu yang membolehkan kita semua menikmati buah ini sepanjang tahun.

Didatangkan dalam bentuk sejuk beku (frozen) dan kering, USA Highbush Blueberries sememanya terbaik. Ia bukan sahaja baik untuk cita rasa anda, tetapi juga baik untuk kesihatan secara keseluruhan.

Ia mengandungi serat, vitamin C, vitamin K dan mangan yang baik. Malah Blueberi juga mengandungi sejenis flavonoid yang dipanggil anthocyanin, yang bersifat antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun badan. Kajian 2016 (1) juga menunjukkan bahawa flavonoid memainkan satu peranan penting dalam sistem pertahanan imun saluran pernafasan.

Khabar gembira buat yang sedang diet. Setiap hidangan blueberi hanya mengandungi 80 kalori sahaja. Ia mengandungi fiber yang sangat baik untuk mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan menjadikan buah ini salah satu makanan terbaik dan menyihatkan.

Malah ia juag boleh dijadikan sebagai salah satu bahan dalam rutin kecantikan harian dimana kandungan  asid lemak Omega 3 dan antioksidan semulajadi membantu dalam menyembuhkan kulit serta merupakan bahan popular dalam penghasilan pelembap dan serum.

Bagusnya buah beri biru ni! Berikut adalah beberapa resipi serta produk kecantikan yang anda boleh hasilkan secara homemade menggunakan buah ini. Jom cuba. Anda pasti kagum dengan rasa serta hasilnya.

 

 

 

Published by
Nadzirah Rashid